Saya rakamkan wajah mereka pada jam 1 pagi, 5 September 2008. Mereka bukan orang kenamaan jauh sekali artis dikenali ramai. Berusia antara 18 dan 31 tahun.
“One for the album. Boleh semua pandang sini tak?,” pinta saya sambil bersedia menekan butang kamera.
“Masukkan dalam blog bang,” respon seorang daripada mereka jauh lebih muda berbanding usia saya, 41 tahun.
Saya tersenyum.
“Ok”
Klik!
Mereka, wartawan dan jurugambar meja jenayah pelbagai media cetak dan elektronik bertugas mengikut jadual. Tapi saya tahu ada antara mereka kurang tidur kerana bekerja hampir 24 jam sewaktu gambar ini dirakamkan.
“I was there before,” detak hati saya.
Semoga mereka semua terus bersemangat menjalankan tugas. Tanpa mereka, tiada paparan maupun cerita berhubung kes jenayah di Lembah Klang.
“One for the album. Boleh semua pandang sini tak?,” pinta saya sambil bersedia menekan butang kamera.
“Masukkan dalam blog bang,” respon seorang daripada mereka jauh lebih muda berbanding usia saya, 41 tahun.
Saya tersenyum.
“Ok”
Klik!
Mereka, wartawan dan jurugambar meja jenayah pelbagai media cetak dan elektronik bertugas mengikut jadual. Tapi saya tahu ada antara mereka kurang tidur kerana bekerja hampir 24 jam sewaktu gambar ini dirakamkan.
“I was there before,” detak hati saya.
Semoga mereka semua terus bersemangat menjalankan tugas. Tanpa mereka, tiada paparan maupun cerita berhubung kes jenayah di Lembah Klang.
Terima kasih kepada semua para wartawan yg sentiasa bertungkus-lumus mencari maklumat utk dipaparkan kpd kami yg berada di luar ni. Saya hargai pengorbanan anda semua.
BalasPadamSelamat menjalankan tugas.
abg mazidul,
BalasPadamnape diaorg b'kumpul tu?
ada kes ke?
tanpa mereka tiada lah cerita
BalasPadamyup..tugas dorg amat penting...
BalasPadam--->> ade award tuk abg mazidul..sila amek kat blog saya..saya suke penulisan abang..
Teringat masa aku jadi wartawan dulu...Camni la kitaorg....aku tak boleh lupa masa masuk dalam asrama pekerja wanita bangladesh. Katil mereka 3-4 tingkat.Kalo duduk atas katil, kepala akan mencecah tingkat yg satu lagi kat atas.Kat bawah katil pulak sarat dengan barang-barang yang telah dibeli untuk di bawa pulang ke negara mereka kelak.Dapur 2 je. Ada lah dalam 30 org duduk dalam rumah kedai tu yg diubahsuai menjadi asrama.Kesian.Tapi rata-ratanye cukup gigih bekerja. Ada antara mereka bekerja 16 jam sehari.Bayangkan betapa kuatnye mereka bekerja.Yang kesian, setiap kali hendak memasak, pasti berlaku pertengkaran akibat merebut dapur.Masa aku datang pun sedang berlaku perbalahan dan ada antaranya tidak bertegur sapa. Tapi mereka boleh bertahan bertahun-tahun kat Malaysia kerana mereka cakap kat Malaysia duduk mana-mana pun boleh buat duit. Aku juga pernah interview seseorang daripada mereka, yang kononnye seorang doktor.Entah betul ke tak aku pun tak tau.Tapi dia telah menyelamatkan seorang daripada rakannye yang mengalami pendarahan teruk akibat kemalangan. Menurut rakan-rakannye yang lain, dia seorang doktor di sana. Tapi...kenapa dia sanggup menjadi seorang pekerja industri dengan entah berapa bayarannya dan bekerja selama 16 jam sehari??? Cuba kita fikir-fikirkan.
BalasPadamAcusayang, gambar tu saya rakamkan sebelum Pak Sako membuat sidang media ringkas awal pagi semalam. Memang macam tu la kehidupan wartawan dan jurukamera.
BalasPadamBelum lagi kalau kes bunuh. Nak menunggu pasukan forensik, kekadang berjam jam. Letih menunggu, lenguh kaki, tangan dan badan.
Emir, memang banyak kejadian menghairankan dari dulu, sekrang dan di masa akan datang ..
BalasPadamAzlin, blog belibuy, terima kasih atas penghargaan itu ..
BalasPadamAtie, saya dah lawat blog awak.
tanpa diorang ni semua u xde cerita ler kan.. :)
BalasPadamMira, cerita sentiasa ada selagi manusia bernyawa
BalasPadam