Ahad, September 21, 2008

Tangan Gatal

Majoriti daripada kita memiliki dua tangan sempurna. Malangnya tidak digunakan sebaik mungkin. Papan tanda ‘Jalan Sehala’ ini saya rakamkan di Kuantan, Pahang. Pemikiran cetek mendorong tangan gatal mengikis tulisan tercacat di papan tanda disediakan pihak berkuasa untuk kemudahan pengguna jalanraya. Itu telahan saya.

Saya percaya vandalisme bukan sahaja berlaku di Pahang malah di pelbagai lokasi berbeza di negara kita. Ada pihak tidak senang melihat papan tanda dalam keadaan sempurna.

Barangkali mereka gembira dan tertawa melihat hasil tindakan tidak berfaedah itu. Siapakah pelakunya? Kanak-kanak? Remaja?

Banyak kali melihat kejadian sama, terfikir, apakah tujuan sebenar pihak terbabit?

Anda ada jawabannya?

7 ulasan:

  1. sifat semula jadi manusia yang sukar menerima kesempurnaan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Abang Mazidul..
    Kat kampung G banyak juga papan tanda macam ni. Rasa-rasanya ada dua perkara.
    Pertama: Memang tertanggal tapi tak ada yang repair...
    Kedua: Sikap vandalisme
    Terima kasih Abang Mazidul. Bila nak datang Kelantan lagi???

    BalasPadam
  3. Dude

    Budaya vandalism bukan saja wujud di Malaysia, bahkan ada dimana2. I think we have to get on with it. Pihak yg berkenaan kena buat apa yg perlu.

    Majlis Perbandaran kena betulkan semula tanda yg diconteng, ibubapa kena terus mendidik anak2, matapelajaran sivik disekolah kena ditekankan lagi (tak semestinya matapelajaran UPSR aje yg dikira utk mengukur prestasi murid), takkan benda2 ni depa tak ajar di PLKN?, etc, etc

    My 2 cents

    AzmanMA

    BalasPadam
  4. betul tuh..memana jer ada vandalisme..tangan gatal..memang sesuai tajuk dia tuh...ambik gambar tuh time malam ker? nampak gaya macam diambil dalam manual mode..ker auto? flash tak pecah atau over expose... welldone :)

    BalasPadam
  5. G Ogy, kekadang papan tanda memang dah luntur tulisannya, malah ada patah, terkopak dek ditiup angin ..

    BalasPadam
  6. Azmanma, Selamat Hari Raya utk sdr sekeluarga .. Semoga hari lebaran disambut gembira. Dah tua dah kita kan?

    BalasPadam
  7. Dude

    Salam Raya utk lu dan keluarga juga. This year kakak ipar butakan rumah untuk mak & bapak mertuadi kampung. Happy depa kali ni. Wa tumpang sekaki je hehe...

    Esok wa masuk 41 dude!

    Keep on blogging bro!!

    AzmanMA aka ManB
    www.usananiaga.com

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.