Rabu, September 17, 2008

Wajarkah Dia Mati?

Dua rantai leher disamun mengakibatkan penjenayah berusia 30 an ditembak mati.

Suspek dilaporkan memasuki kedai emas di Pasaraya Giant, Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada jam 7.45 malam tadi. Menyamar pelanggan, dia kemudian meminta jurujual mengeluarkan 2 rantai leher dan tangan, memakainya sebelum melarikan diri keluar dari premis terbabit.

Jeritan jurujual wanita itu kemudian didengari pengawal keselamatan lalu mengejar suspek dan menembaknya menggunakan pump gun. Semasa melarikan diri, suspek berbangsa India sempat mecampakkan seutas daripada rantai disamun.

Pegawai dan anggota Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor membuat pemeriksaan mayat menemui seutas lagi rantai di dalam mulut suspek. Tiada senjata ditemui pada mayat terdampar kira-kira 100 meter dari kedai emas terkenal itu. Isteri dan anak penjenayah itu dilapor berada di sekitar premis disamun, mereka dipercayai tidak mengetahui tindakan suspek.

Wajarkah penjenayah terbabit ditembak mati? Itu persoalannya. Memandangkan dia tidak bersenjata.

18 ulasan:

  1. Tak patut.. tak patut.. siapa kita nak menghukum org, negara kita kan ada undang2.. mmg apa yg dia buat tu salah, tp pernah tak kita fikir knpa dia blh jd mcm tu? melainkan terdesak.. kita tak berada di tmpat dia so kt tak tau.

    Dari apa yg sy faham, dia tdk bersenajata, ini menunjukkan suspek tidak merancang utk berbuat begitu.(merompak)

    Skrg ni penjenayah dah mati, nak kata apa pun dah tak boleh.. kpd yg masih hidup, fikir dulu sebelum bertindak..

    Bak kata Apek, "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN"

    BalasPadam
  2. Saya rasa tak wajar dia ditembak mati...kesian kat dia sbb wife and kid dia ada kat situ...maybe dia nak bagi kat diaorg tapi tak cukup duit...tapi camner pun tindakan dia salah laa sbb mencuri...

    pasal pengawal tu...saya rasa dia cuak kot, then terus tembak... :-\ ntah apa laa nasib dia nanti kan..??

    kesian kat penjenayah tu and kesian kat pengawal tu jugak...mesti dia rasa bersalah (kalau dia rasa bersalah laa) sbb penjenayah tu tak bersenjata bila dia ditembak...

    BalasPadam
  3. ...satu lagi, kenapa pengawal keselamatan tak tembakkat lain tempat? kaki atau bahu dekat tangan...?

    kecualilah perompak itu lawan dan ada senjata.

    BalasPadam
  4. kesian gak ya..sure desperate org ni..apa2 pun mencuri membawa padah... jgn sekali-kali mencoba...

    BalasPadam
  5. ikut kan memang le tak patut
    sebab nye dia dikira tak membahayakan pun..tapi tu lah kan
    dah tugas pengawal utk jaga keselamatan..mungkin niat dia cuma nak cederakan je perompak tu tapi tak sangka lak mati...

    tapi barang yg dia curi tu tak setimpal dgn kematian yg dia dapat :D

    BalasPadam
  6. Hmm.. mcm2 kes jenayah yang kita dengar sekarang.. bro mazidul mmg best la host rancangan 360 tu :) ni 1st time saya komen blog bro mazidul ni.. ada masa singgah2 la blog sy.. all the best

    BalasPadam
  7. pada pendapat saya bang...saya rasa..kalau setakat kena pukul dengan baton pun dah cukup...tapi tembak sampai mati tanpa ada senjata...i think that is too much...but then again...maybe guard tuh panic...susah nak cakap...

    BalasPadam
  8. dh tugas as pengawal..lgpun apa2 punboleh berlaku..masa kejadian ada x sape bgtau pengawal yg die dtg dgn family ke dgn rakan penjenayah ke dgn bersenjata ke... xde kan.. as security guard any action they take is their responsible.. not them do it the rule but the act to be fulfill. (kebanyakan rompakan kebarangkalian mengunakan senjata mmg ada, so fikir la sendiri bila kita berada di tempat pengawal keselamatan tue)

    BalasPadam
  9. Dari mencuri kecil-kecilan, golongan ini akan merompak dan membunuh kemudian hari.

    Berani melakukan perbuatan jahat, beranilah menanggung risikonya.

    Rasanya susah untuk saya berasa kasihan pada golongan seperti ini.

    BalasPadam
  10. askum abang...ingat lagi saya G??yang kita jupo kat KB..yang bagi topi 360 tu?? G buat blog sebab nak joint abang punya blog...
    Hidup abang mazidul..!!!

    BalasPadam
  11. abang mazidul...(lupa la..)..
    JOMLAH!!!Masuk Blog G..adakhas untuk abang.
    Gambar profil saya pun tengah pakai topi yg abang bagi.

    BalasPadam
  12. Kalau dia bersenjata, dah tentu pengawal yang kena tembak dulu...

    BalasPadam
  13. nak wat cam mana..kita pun tiada di tempat kejadian itu,mungkin pada pandangan saya,bukan salah pada pengawal..dah tugas dia..mungkin pengawal itu cuba memberhentikan dia,dan penjenayah itu lari,dan memang pengawal itu ada hak untuk menembak penjenyah tersebut.x kira dia bersenjata atau tidak.dan kemungkinan juga pengawal itu tidak bermaksud menembak penjenayah itu sehingga mati,tapi walau bagaimana pun,pengawal tersebut telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dia.jadi sama ada salah atau tidak,pekara sudah terjadi,jikalau lelaki itu tidak pergi merompak,mungkin dia tidak akan mati dan kemungkian juga yang pengawal itu tidak tahu akan kebolehan dia menembak dengan tepat.Kepada perompak yang sedia ada atau bakal yang jadi perompak bertaubat lah segera jikalau tidak mahu mati kerana nyawa kita cuma ada satu aja.(masalahnya boleh mereka bertaubat..hahaha)

    BalasPadam
  14. Memang patut pun pencuri tu ditembak sebab kalau pengawal tu tidak menembak pencuri tu, pengawal tersebut akan dipersalahkan kerana tidak menjalankan tanggungjawab dia. Mungkin orang ramai rasa kesian sebab pencuri itu mencuri sebab ingin membeli susu anak yg sedang menuggu didalam kereta. Tapi itu bkn alasan untuk kita menghalalkan perbuatan yang salah. Jika bukti yang menunjukkan dia mencuri, apa lagi yang harus kita bicarakan. Keluarga pencuri itu pun tidak berhak menuntut pembelaan atas kematian suaminya kerana suaminya mati kerana mencuri bukan menghalang kecurian.Betul, kita tidak boleh menghukum seseorng, tetapi apabila jenayah terjadi di depan mata, adakah kita harus menuggu sehingga pencuri itu membunuh suatu hari nanti barulah kita nak menghukum dia..fikir2 lah saudara2...dunia sekarang,orang yang bersalah terbela dan yang tak bersalah di hukum...salam..

    BalasPadam
  15. erm....nak komen ape ye...patutnye guard tu bagi tembakan amaran dulu..tembak la kat udara dulu ke...jgn main tembak je...aku pasti semasa latihan dulu pon diorang mesti di ajar camtu...sedangkan polis pon bg amran dulu...kalo dah konferm bersenjata...tembak mati je la...

    by the way..aku ade lepak kat giant tu beli makan berbuka pose setengah jam sebelum kejadian..

    BalasPadam
  16. dalam keadaan panic manusia masih boleh berfikir sebagai contoh menipu... guard ni panic but still dia ade 4 angle utk tembak supaya cedera.brape umur guard tu? brape kali di pegi latihan menembak? ni kiranye bukan terpaksa but teringin tembak org.... payah!!!

    BalasPadam
  17. sepatutnya xperlu la tembak..dalam undang2 pun ade kate..kite xleh tembak sape2 yg x bersenjata...dah tuh kenape wat..memg terdesak nk tangkap penjenayah tp ade gak alternatif lain..baling ngan batu ker, kayu ker, aper ker...
    lagi satu merompak tu kan salah..kalo nak kaya sekali pun usaha la sendiri..niat tidak menghalakan cara walaupun dalam keadaan terdesak..

    BalasPadam
  18. wah! "Niat tak menghalalkan Cara" macam pernah dgr jek ayat ni, tapi di mana ya?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.