Rabu, September 10, 2008

Raja Rimba

Ngauman raja rimba, singa boleh didengari jelas pada jarak 5 kilometer. Ngauman lambang kekuasaan haiwan ditakuti manusia dan binatang lain di hutan belantara. Itu fakta.

Singa bergerak dalam kumpulan, ada ‘komander’ sebagai pemerintah. Justeru kekuatan mereka tidak dapat disanggah secara mudah. Bertempur, haiwan pencabar pasti rebah, berdarah. Itu satu lagi fakta.

Bagaimanapun singa betina dan dubuk jantan mampu berkongsi buruan, makan bersama tanpa masalah. Tidak singa dan dubuk jantan. Biarpun makanan mencukupi dikongsi, dua haiwan berbeza sama jantina itu tetap bertarung. Itu juga fakta.

Terfikir, mungkin itukah sebab di kalangan manusia, lelaki selalunya lebih selesa bersama wanita?

4 ulasan:

  1. betul kat abg mazidul..

    wanita duduk dengan wanita pasti akan sentiasa berlaku konflik..tidak seperti lelaki duduk dgn lelaki..walaupun kekdg sentiasa menunjukan siapa lagi hebat..tp xde la sampai ngumpat mengumpat atau menarik rambut he...23x

    BalasPadam
  2. Bukankah setiap yg bernyawa itu pastinya memerlukan pasangan? dah terang lg bersuluh.. itu fakta yg tdk blh disangkal.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum w.b.t

    Salam bang

    Teringat commentary dalam Discovery Channel yang katanya, sudah menjadi lumrah alam, pihak lelaki sering merasakan dirinya berkuasa dan yang wanita masih beranggapan mereka lemah dan hanya mampu hidup jika ada sokongan dari pihak lelaki. Ini berlaku samada pada manusia atau haiwan di dunia.

    Jantan dengan jantan selalu bergaduh kerana ego masing masing, sebab itu dubuk jantan dan singa jantan selalu bergaduh.

    Perang dalam dunia ni pun di sebabkan lelaki.

    Kes bunuh baru baru ini juga di sebabkan oleh lelaki.

    Pendek kata lelaki tetap dengan ke EGOan mereka jika sesama mereka, tapi CAIR kalau dengan jenis berlawanan.

    Ingatkan manusia je macam tu, Singa pun sama juga rupanya.. he he he

    Jazak Allah hu khairan

    Wasalammu...

    BalasPadam
  4. Kalau tak ada kepala singa kat duit kertas, maka tak laku lah duit anda.

    p/s suka tgk kpala singa kat maybank. Mcm berkuasa gitu. Ahaks

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.