Sabtu, September 27, 2008

Zalim Jika Tidak Dibantu

Saya jarang berasa sebak dalam menempuh pelbagai kejadian dalam kehidupan. Biarpun peristiwa pahit maupun maung. Tetapi saya sering berasa terkilan. Terkilan melihat kedaifan hidup mereka kurang bernasib baik.

Antaranya Norhayati Hassan, 41 tahun saya temui di Sri Cempaka, Kuantan, Pahang 21 September lalu.

Ketika berkunjung ke rumah sewanya layak bergelar pondok, hati saya tercuit dek satu persoalan. Mengapa tiada pihak membantu meringankan bebanan keluarga ini ketika lebaran bakal bertandang?

Norhayati dan suami, Khairudin Yasin, 37 tahun dianugerahkan 9 anak berusia antara 3 dan 17 tahun.

“Kita orang susah, anak ramai. Kadang-kadang ada rezeki kadang-kadang tak ada. Bila tak ada nangislah, hujung tahun selalu susah sikit, nelayan rezeki kurang. Nak bagi anak sekolah, anak makan. Anak-anak dah biasa, kadang-kadang tak makan sampai 4 hari,” ujar Norhayati.

“Mereka tak pernah meminta-minta, mereka faham kami susah,” sambungnya lagi.

Melihat wajahnya, saya dapat membayangkan keperitan dilalui wanita berusia 41 tahun itu. Dinding rumah hampir runtuh dimamah anai-anai, telaga dijadikan sumber air minuman dan membersihkan diri.

“Kalau nak guna air perigi tu kena tunggu dua hari, biar kelodak turun dulu,” katanya.

Air dari perigi sama diguna memandikan anak lelaki kurang upaya berusia 8 tahun.

“Dulu masa kecil dia kena demam panas. Sekarang tak boleh jalan. Bila kita cakap dia faham, senyum. Kalau ada makanan kita kena suapkan dia. Kalau tak ada dia diam, tak menangis,” ujar Norhayati lagi.

Zalim, jika tiada pihak membantu.

9 ulasan:

  1. memang saya sedar akan kehidupan org susah nie..saya terus terang tak leh tengok apa nama dokumentari tuh..pasal org org susah nieh...sebak tak leh handle...cuma saya nak kongsi kat sini...selain dari membantu mereka...kita juga patut bersyukur dengan setiap apa yang tuhan telah memberi kepada kita nieh..jangan dok nak cakap itu tak cukup ini tak cukup..tak cukup betul betul karang baru tahu...bersyukur lah dengan apa yang kita dah ada...

    BalasPadam
  2. Nik, kadang2 bila dah kaya kita tak sedar ramai orang susah. Bukan susah sikit, susah banyak. Memang saya takkan lupa bila ibu tu berkata anak dia selalu tak makan 4 hari. Ni kita puasa sehari tak sanggup he he he he

    BalasPadam
  3. kpd wakil rakyat kampung tu, jenguk-jenguklah sikit rakyat marhaen ni. Tolong lah apa2 yg patut. Takkan nak tunggu masuk TV3 dulu baru nak bantu. Semoga Allah memberi rahmat kpd keluarga ini.

    BalasPadam
  4. daripada memberi derma tak tentu punca lebih baik duit tu diberikan pada mereka yang benar-benar memerlukan seperti ini.

    yang penting kita yang rasa mahu membantu harus berusaha sedikit mencari mereka yang benar-benar susah ini.

    kasihan.

    BalasPadam
  5. "Ni kita puasa sehari tak sanggup he he he he" ish ish ish..apa nak jadi...hehehe

    BalasPadam
  6. Ya Allah engkau jadikan harta yang banyak itu adalah untuk kegunaan semua hamba Mu yang engkau jadikan didunia ini...ayuh...marilah kita sama bantu membantu pada mereka yang memerlukan...Pusat Zakat kemana ya agaknya....please, kalau kitalah agaknya bila raya merasa lemang, kuih rendang dan sebagainya...MEREKA NI...? macam mana ya....Allah hu Akhbar..

    BalasPadam
  7. apa kata hantar krew 'Bersamamu' ke sana.. Insya Allah, pasti ramai yang datang menyusul.. semua nak masuk tv..

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum bang

    Masih ada orang miskin lagi di Pahang?

    Mana perginya YB YB yang sibuk nak berjuang masa pilihan raya dulu?

    Pahang bukan ke hometown TPM?

    kat tempat TPM pun masih ada orang fakir miskin lagi?

    Peliklah prang politik ni?

    BalasPadam
  9. saya memang simpati dengan orang2 miskin dan hidup daif begini...
    dan saya xsangka ada juga rakyat malaysia yg berhati murni memberi sedikit kesenangan...

    akan tetapi, yg ingin saya luahkn adalah tentang orang2 miskin begini...

    Hidup boleh dikatakan xsempurna, mkn xckup, pkai xckup...tetapi, anak ramai sampai 9..kadang2 ada org miskin yg mempunyai ank hingga 5-11 org...Mmg anak rezeki dari ALLAH..tetapi klau, "x dibuat x jd"
    benar??

    ini amat pelik bagi saya, kita sebagai rakyat malaysia seharusnya menyaran kan mereka ini agar tidak melahirkan anak tanpa kawalan..


    kerana, jika isi rumah bilangan nya sedikit maka sedikit lah penggunaan wang dan keperluan...
    Bukan kah itu menjimatkan dan menguntungkan ibu bapa....

    jadi, fikir2 kan...


    thanx..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.