Khamis, September 04, 2008

Potong Kaki

“Sebelum ni aku bukan biasa bangun malam pergi toilet, kencing. Lately ni sampai tiga empat lima kali, kadang-kadang lebih, hairan juga,” ujar rakan.

“Selalu rasa haus tak?,” soal saya.

“Ha! Betul. Rasa macam nak minum especially carbonated drink. Cokes ke, Pepsi ke. Apa sajalah minuman bergas,” jelasnya.

“Kalau macam tu bro, elok la engkau pergi check darah kat klinik. Itu dua simptom utama kencing manis tu. Aku tahu,” kata saya.

15 tahun dahulu tiada siapa mengingatkan saya berhubung perkara sama. Waktu awal organ dalaman saya diserang virus.

Dalam tubuh manusia, ada organ dipanggil pankreas. Pankreas merembeskan insulin, cecair berfungsi memecahkan gula dalam darah sekaligus menukarkan gula terbabit kepada tenaga. Tenaga membenarkan kita berdiri, berjalan dan berlari setiap hari. Tanpa insulin, gula dalam darah akan diproses ginjal dan dikeluarkan sebagai bahan kumuhan, air kencing, badan menjadi lemah tanpa tenaga. Air kencing itu manis. Barangkali itulah sebab mengapa penyakit dihidapi jutaan rakyat Malaysia mendapat nama ‘kencing manis’ atau diabetes dalam bahasa Inggeris.

Saya perasan, pesakit kencing manis seringkali didatangi mereka, golonngan mendakwa mempunyai ‘ubat’ nya.

“Tak apa. Jangan risau. Saya ada ubat, tablets. Ubat botol nombor 3 campur dengan nombor 25. Try la,” bisik pelakon terkenal kepada saya suatu ketika dulu.

‘Try’ itu bukan percuma, ratusan ringgit harganya.

“Macamana ubat 3+25 ni boleh menyembuhkan kencing manis?,” tanya saya.

Dia terdiam. Gagal menjawab soalan. Lalu saya bisikkan terima kasih kepadanya. Jangan silap, saya sama sekali tidak menolak kaedah perubatan tradisional tetapi cuma ingin tahu cara logik ubat itu mampu membantu.

“Try minum air misai kucing. Pahit sikit la. Tapi itu normal sebab Mazidul kan kencing manis,” ujar lelaki saya temui di pusat membeli-belah.

“Macamana air misai kucing boleh membantu?,” saya sekadar ingin tahu.

“Ya lah since you kencing manis. Air tu kan pahit,” jelasnya dalam keraguan.

“Ok,” balas saya ringkas.

Itu logik akal bukan realiti. Saya sertakan analogi membantu penjelasan.

Jika kita masukkan 10 sudu gula ke dalam gelas dan kacau, larutan tepu akan terbentuk. Maksudnya, sebahagian gula larut, hilang dari pandangan, sebahagian kecil mungkin boleh dilihat di dasar gelas. Soalan saya, adakah apabila air di dalam gelas itu dicampur cecair pahit (air misai kucing misalnya), mengakibatkan kandungan gula dalam gelas berkurangan? Jawabannya jelas, TIDAK. Justeru, kepada pengidap kencing manis, mempunyai kandungan tinggi gula dalam darah, saya percaya meminum cecair atau air pahit TIDAK membantu.

Ingin saya ingatkan kepada pesakit kencing manis, berhati-hatilah. Banyak pihak menawarkan pelbagai penawar. Telahan saya, 20 peratus berniat ingin membantu, selebihnya bertujuan sekadar mengaut keuntungan daripada golongan pesakit dianggap kronik.

“Pak cik ni boleh tolong buat air jampi. Sakit awak ni pun dah teruk. Boleh potong kaki, boleh mati,” ujar lelaki tua saya temui sewaktu berusia 28 tahun.

Belum sempat saya membuka mulut, dia berkata ..

“Sebotol RM300. Tapi kalau fikir fikir, apalah sangat duit berbanding seksa penyakit”

“Terima kasih pak cik. Lain kali saya datang,” respon sekadar pemanis kata.

Saya tinggalkan rumah pengamal perubatan tradisional itu.

“Cis! Tu lah awak. Dah sakit teruk baru datang jumpa wak. Masa sihat tak ingat. Minum lagi gula tu banyak-banyak,” ujar wak berketurunan Jawa, bomoh terkenal di Selangor.

Wak itu kelihatan dan dianggap hebat. Setiap pesakit dikenakan bayaran RM65 ringgit di samping wajib membuat reservation sebelum mendapatkan rawatan di rumahnya. Rumah kayu dua tingkat halaman dipenuhi pesakit, lelaki, perempuan, kanak-kanak. Semua menunggu masa dirawat sambil minum di gerai makan milik wak.

“Mari sini,” tinggi suaranya memanggil saya, biarpun usia lebih separuh abad.

Saya diminta duduk berlunjur kaki di hadapan wak berkain pelikat. Pantas dia mencapai pisau cukur Gillette, dipatahkan dua dan kemudian diguna mengikis tapak dan celah jari kaki saya. Dua minit kemudian, tikar getah di bahagian bawah kaki saya basah, melekit.

“Tengok tu! Punya banyak air gula keluar. Nasib baik, kalau tidak mesti kena potong kaki kamu ni,” dia yakin.

“Wak, kalau saya test darah pakai mesin bacaan kandungan gula Ascensia Elite XL, berapa reading ni?,” soal saya cuba berjenaka.

Wak tidak senyum.

“Itu wak tak tahu. Tapi kamu dah kira sembuh la,” katanya.

Sebaik masuk ke dalam kenderaan saya membuat ujian darah.

“Huh! Jangan la datang sini lagi. Kuat kelentong wak tu. Lepas tu cara cakap dia punyalah kasar,” saya memberitahu keluarga.

Berapa bacaannya? 12 mmol/liter, pada ketika itu. Bacaan normal antara 3 dan 6 mmol/liter sahaja.

Saya akui bukan doktor pakar kencing manis hospital swasta tetapi practitioner. Berpengalaman menyuntik insulin ke badan 4 kali sehari sejak 15 tahun lalu. Kini kencing manis saya dalam keadaan terkawal.

Pesanan saya kepada semua pengidap kencing manis, dapatkan rawatan doktor bertauliah. Kencing manis penyakit boleh dikawal biarpun setakat ini dunia sains masih belum menemui penyembuhnya.

[ Kata Mazidul: Wak tu dah jadi jutawan kut ]

3 ulasan:

  1. Salam bang

    Ada kat satu tempat tu ( di Malaysia juga la...)

    Rumah tok bomoh banglo...
    Kereta mewah parking depan rumah 2 -3 biji

    siap ada notis... "Wang akan di pulangkan dalam masa 30 hari jika anda tidak puas hati"

    Alid kata: Tok bomoh tu orang gelarkan dia Jutawan Air jampi/ air sejuk, check punya check rupanya Dr. Homopati daaaa...

    BalasPadam
  2. kawan jiran saya buat bekam...kuar air gula + darah, dia buat selalu sehingga akhirnye dia tidak lagi menghidap kencing manis...ini menurut org yang bercerita tu la...berbekam kan sunnah nabi....lg pun allah kata dia sakit yg tiada ubat....mazidul boleh cuba ... tak salah kalu mencuba.....

    BalasPadam
  3. betul tu..dalam Islam cakap semua ada ubat..kecuali mati..

    yg selalu disebut2, bekam, habbatus sauda, madu...

    mak saya umur sudah 60..tp bila pegi check hospital doktor punyer kagum..doktor ckp, darah mcm org muda (tak de penyakit la maksudnya),,,tp sy mmg perasan, dari dulu, dalam family sy, ulam2 tu wajib ada..mak tak suka masak sayur..dia ckp hilang zat..huuu...agak2nya kalau sy check darah, mesti lagi teruk dari mak saya..huuu

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.