Isnin, September 29, 2008

Budaya kita?

Dulu, pemberian duit raya bukan kemestian.

“Pergi beraya rumah orang, makan saja apa ada. Jangan minta duit, malulah sikit,” kata orang tua.

Barangkali waktu itu, era awal tahun 70 an, kehidupan orang kampung susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pesawah padi atau penoreh getah meraih pendapatan harian tidak seberapa.

Kini ..

“Assalamualaikum! Kami datang nak beraya,” kata sekumpulan anak kecil lengkap berbaju Melayu dan kurung.

Mereka dijemput masuk ke rumah.

“Makanlah,” pelawa tuan rumah.

“Tak apa lah mak cik, kami datang ni nak duit raya,” ujar mereka terus-terang sambil tersenyum simpul tanpa menyentuh hidangan.

Jarang paket duit raya berisi seringgit, sekurang-kurangnya berjumlah dua ringgit ke atas.

Menghulurkan duit raya kini sudah jadi budaya kita?

8 ulasan:

  1. Dude

    Wa anggap bagu duit raya ni mcm kita bagi sedekah aje lah.... seberapa yg mampu.

    Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

    Cheers

    ManB

    BalasPadam
  2. Menghulurkan duit raya kini sudah jadi budaya kita? zaman dah berubah...hehehe

    BalasPadam
  3. Istilah budaya mcm tak tepat, tapi bg duit raya ni dah jd satu kemestian.
    tambah lg bila kita dah berkerja, kalo tak bg duit raya kat anak2 saudara, rasa malu pun ader..D'org tak meminta, tp kita kena faham2 sendiri dah lah ye.. alah, setahun sekali jek, apa salahnya..

    BalasPadam
  4. if duit raya satu budaya,jadi niat beraya ke rumah orang utk meminta maaf dah bertukar kepada membuat keuntungan ke,sampaikan kuih pun dh taknak makan...??????

    BalasPadam
  5. hahahah..macam marah jer abang eaddy nieh hehehehe

    BalasPadam
  6. Nik, orang muda memang macam tu. Tak marah pun, bunyi macam marah ..
    Tapi for sure dia pencinta setia beb ..

    BalasPadam
  7. ManB, ingat pun macam sedekah juga. Tapi sedekah ni, kalau nak bagi secara ikhlas. Bagi duit raya sekarang bagi golongan berduit OK, tapi kekadang budak2 tak faham, bukan semua orang berkemampuan. Mak bapak pulak buat tak tahu. Segan tuan rumah ..

    BalasPadam
  8. aiks.. lari topic ni.hehehe... slamat hari raya maaf zahir batin AZLIN, nik n mazidul...
    salute!!

    p/s: nik,tq for finding it!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.