Selasa, April 27, 2010

Kes Tembak Remaja 15 Tahun

Menurut laporan akhbar, dia disyaki suspek kes samun dan senjata tajam ditemui di dalam kereta dipandunya, namun kenyataan itu tidak berpeluang untuk dibuktikan di mahkamah.

Kira-kira jam 2 pagi, dia dilaporkan cuba merempuh anggota unit kereta peronda, MPV di Jalan 11/2G, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor.

Dia dilaporkan memandu kereta Proton Iswara Aeroback bersama rakannya secara mencurigakan. Bagaimanapun perkataan ‘curiga’ itu bersifat subjektif. Tiada fakta terperinci dicatatkan berhubung perlakuan ‘mencurigakan’ itu di dalam akhbar tempatan.

Diarahkan berhenti, dia kemudian dikatakan memecut laju kereta, berikutan itu polis melepaskan tembakan ke arah tayar mengakibatkan kereta dipandunya terbabas di bahu Jalan Makyong. Rakannya melarikan diri dan dikejar polis. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, 2 daripada 4 anggota MPV bertugas cuba memeriksa kereta itu namun mendakwa pemandu mengundurkan kenderaannya sekaligus cuba melanggar mereka.

Bagi mempertahankan diri, polis terbabit dilapor melepaskan tembakan mengakibatkan pemandu, Aminulrashid Amzah, 15 tahun, maut.

Sebagai tindakan awal sebelum siasatan penuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai, Datuk Khalid mengarahkan 4 anggota MPV terbabit melakukan kerja pejabat. Hemat saya, itu tindakan wajar.

Fakta, polis sewaktu menjalankan tugas jarang mengenali identiti ‘penjenayah’ mereka depani. Justeru, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, nyawa mereka mampu melayang andai tersilap percaturan.

Dalam kes jenayah, lazimnya polis melepaskan tembakan ke arah suspek jika nyawa mereka diancam, contohnya apabila suspek diekori atau terserempak, menyerang menggunakan senjata tajam atau mengeluar senjata api dan melepaskan tembakan.

Kepada keluarga Amirulrashid, takziah saya ucapkan. 

Sebagai peringatan, di Malaysia, hanya individu berusia 18 tahun ke atas layak memiliki lesen memandu dan berhak mengendalikan kenderaan di jalan raya.

Sehubungan kes itu, Kementerian Dalam Negeri menubuhkan panel khas bagi menyiasat insiden berlaku secara terperinci dan telus.

Justeru, usah membuat spekulasi mendadak kerana setakat ini hanya anggota MPV terbabit, si  mati dan rakannya sahaja mengetahui fakta kes. Laporan polis sudah dibuat.

Kita tidak berada di lokasi kejadian, wajar mengelak daripada melontarkan komen rambang, bimbang tanpa butiran tepat, penghakiman kita tersasar dan berkemungkinan mempengaruhi pandangan pelbagai pihak berhubung tindakan si mati mahupun polis.

83 ulasan:

  1. Tugas polis penuh dugaan dan cabaran..bukan senang nak kesan sama ada seseorang itu penjenayah atau bukan melalui paras rupa..diharap siasatan dijalankan setulusnya..
    Saya menghormati Bro sebab laporan tidak menyebelahi mana-mana pihak.Tidak seperti sesetengah blog yang terus menunding jari menyalahkan satu-satu pihak.

    BalasPadam
  2. al-fatihah..
    takziah kepada keluarga arwah

    BalasPadam
  3. Semoga siasatan yang dijalankan benar-benar telus dan saksama.

    BalasPadam
  4. Salam Bro MAS,

    terlebih dahulu takziah saya ucapkan kepada keluarga adik yang meninggal itu dan sekalung al-fatihah kita sedekahkan buat arwah...

    Saya tak mau menggunakan kalimah mangsa, sebab mangsa ialah mereka yang teraniaya...dalam hal adik ini, sebab kita tiada di situ untuk menyaksikan kejadian maka kita gunapakai penceritaan pihak Polis maka beliau bukan mangsa...

    Maaf saya katakan, mungkin mengguris hati sesetengah kita, tetapi untuk seorang anak berusia 15 tahun berada di atas jalan raya pada jam 2 pagi tanpa ibu bapa atau saudara terdekat, memandu kereta pulak tu dalam keadaan yang mencurigai..ianya amat meragukan...

    Saya masih ingat pernah kena sebat di kaki oleh abah saya kerana pulang selepas jam 7 malam...itu pun hanya bermain BMX dengan kawan dalam jarak tak lebih 400 meter dari rumah...

    Kereta saya pernah kena langgar oleh sebuah motorsikal ditunggangi pelajar berusia 13 tahun tanpa memakai topi keledar...ibu budak tu marah2 saya walhal saya mangsanya dengan mengatakan anaknya tak pernah bawa motor laju...kemudian seorang jiran mereka dikampung mencelah dan bagitau anaknya memang jaguh di situ bab bawak motor, menyebabkan si ibu terdiam...

    Kesimpulannya...sedaya upaya kita jaga anak-anak dan ahli keluarga kita supaya jangan bercampur dengan kawan2 yang tidak senonoh...sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

    I always believe in our enforcement...

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ.

    Kes polis tertembak or menembak suspek bukan kes baru.

    Tertembak mangsa (yg dikatakan bukan penjenayah atau suspek) pun bukan pertama kali kita dengar dan kita baca. Sudah acap kali.

    Malah ramai maklum kenapa, dan ramai mula memahami tugas polis sebahagiannya memang tidak leh ngelak melepaskan tembakan.

    Tetapi saya rasa, kes ini menjadi isu kerana mangsa bawah umur. Sepatutnya time gitu, dgn umur gitu dia berada di rumah di bawah pengawasan ibubapa.

    Dan ia menjadi semakin besar, bilamana ibu mangsa pula berdepan dgn wartawan dan sidang media (tadi tonton di Buletin Utama) dan merayu dengan menegaskan anaknya bukan penjenayah. (mungkin pihak polis ada statement lain)

    Saya simpati dengan keluarga mangsa terutama ibunya. Simpati bila ibunya kata, "saya tahu anak saya..."

    Semoga kes ini dapat disiasat segera dan kebenaran dapat dibuktikan.

    Cuma dibimbangi, Cempedak menjadi Nangka..

    Risau kiterrrr...

    BalasPadam
  6. Kasihan,baru nak belajar2 hidup dah nahas. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada guna ,nasi dah jadi bubur.Apapun nak tunggu juga cerita yg sebenarnya.

    BalasPadam
  7. Azhar, fokus perkataan 'mencurigakan'dan nantikan keputusan siasatan panel khas.

    Sabar.

    BalasPadam
  8. jika didapati bersalah kena HUKUM setimpal, supaya menjadi SERIK.

    tunggu huraian ayat' mencurigakan dan
    'undur ke belakang.'.

    dua kredit menyebelahi polis.

    BalasPadam
  9. sorry to say this..

    but the word from the police to describe the boy as a "criminals" is unacceptable..

    I'm living in seksyen 11 shah alam..
    the boy is not guilty..

    all the people here know the truth..

    we heard the police shot more than 4 times...

    justice for aminulrasyid amzah!

    BalasPadam
  10. apapun kita kena tunggu hasil siasatan supaya tak salah menafsir kejadian yang kita sendiri tak tahu apa berlaku...

    salam takziah dari saya untuk keluarga arwah...

    BalasPadam
  11. Well Bro MAzidul, ada orang cerita, budak yg terlepas tu best fren cousin dia, and budak yg terlepas tu dah cerita 'benda sebenar' pada cousin dia. Katanya 'polis yang salah'.

    Mcm Bro ckp, kita takde kat tmpt kejadian n of cors kita taktau 'perkara sebenar' yg terjadi. Kita takleh jatuh hukum pada mana2 pihak yg terlibat sblm siasatan dijalankan.

    Malangnya KEBANYAKAN orang kita bukan berfikiran begitu. Mereka sudah menghukum pihak polis.

    Saya taknak menyebelahi mana2 pihak tapi saya juga tak suka org yg tiba2 mengaku tahu 'perkara sebenar' sebarkan cerita ni merata-rata sedangkan polis baru nak mulakan siasatan.

    Saya sedih la dgn kes-kes macam ni. Bukan sedih sbb budak tu mati, tp sedih sbb slalu perbesarkan kes sampai org ramai jatuh hukum sesuka hati.

    Ikutkan logik, apa yg budak umur 15 thn buat jam 2am, and drive kereta pulak tu? Hurm...jangan marah ngan statement saya. Ini cuma dari akal fikiran saya saja. Lain orang, lain fikirannya.

    BalasPadam
  12. setuju dgn hj misai kontot.....mudah2an kes ini dapat diselesaikan dgn baik dan adil...

    alfatihah n takziah kepada keluarga allahyarham....

    BalasPadam
  13. setuju dengan bro. selagi belum ade kata putus, jangan buat spekulasi sendiri.

    BalasPadam
  14. takziah kepada keluarga mangsa.....masih menunggu siasatan kes ni....

    BalasPadam
  15. amboi sekarang ni da jadi pelik, kecik2 da nak jadi samseng...tapi sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya......

    BalasPadam
  16. Bila kebebaan yang melampau dari ibu bapa serta masyarakat yang tidak prihatin berada disekeliling beliau.. Inilah akibatnya..

    Pihak polis hanya menjalankan tugas mereka untuk memastikan keselamatan orang awam lain terjamin.

    memandu kereta pada pukul 2 pagi tanpa lesen lari dari polis menyerang anggota polis, dalam keadaan mencurigakan.. Polis hanya ambil tindakan mempertahankan diri dari diserang..

    Cuba kita lihat kes Jurulatih menembak Terengganu yang mempertahankan diri dengan menembak mati penceroboh di rumahnya.. Beliau telah didakwa. Mana hak beliau kerana hendak pertahankan diri dan keluarga?

    Fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  17. Al-Fatihah. Allah dah takdirkan beliau pergi dalam usia muda cuma pengakhirannya sungguh tragis. Giliran kita entah bagaimana??

    Cuma mengapalah ibubapanya membiarkan anak berusia 15 tahun berkeliaran di luar rumah diwaktu begitu. Siapa yg harus disalahkan???

    BalasPadam
  18. Salam...
    saya setuju dgn ulasan Mazidul.
    di facebook, saya lihat ramai diantara pengguna yang sudah mengorak langkah untuk menghakimi kejadian tersebut. pelbagai pihak di persalahkan...
    tunggu, lihat dan sama2 lah kita berfikir nanti...

    =)

    BalasPadam
  19. sy masih ingat lagi masa mula bawa motor dulu..,nampak keta peronda ke polis traffic ke terus memecut sebab masih tak da lesen memandu..,saya rasa arwah juga mengalami situasi yang sama (pandangan saya)

    BalasPadam
  20. takziah kpd keluarga arwah..


    td tgk tv3, kuar sidang media dari keluarga mangsa.. tp xde plak ckp/terangkn nape biar anak keluar jam 2 pagi, dgn bawak kereta tanpa lesen???..

    kwn rase silap2 hb keluarga arwah kene tindakan sbb biarkan arwah bwk kereta tanpa lesen..

    BalasPadam
  21. Harap tiada sesiapa yg teraniaya.

    Takziah...

    Jangan pulak pihak yang cuba menjalankan tugas dengan betul dipersalahkan dan diasak sampai demoralized.

    What if, kalau ada nyawa yang terkorban ketika rempuhan/melarikan diri? ~ Mungkin pihak polis atau orang awam atau kanak2.. atau ibubapa ~ warga emas) atau isteri2 yg sedang sarat mengandung.. imagination yg menakutkan..

    BalasPadam
  22. umur 15 dh bawak kereta? what kind of parent kasik anak 15 tahun bawak kete pagi2 buta.

    ni kes terlebih manja.

    tp dah ajal kan, aper leh buat lagi

    BalasPadam
  23. Takziah pada keluarga aminirulrashid dan Al Fatihah untuk roh arwah.

    Semoga keluarganya bersabar dengan ujian Allah ini. Mesti ada hikmahnya.

    BalasPadam
  24. bila melihatkan kejadian ini, baru saya faham kenapa ibu bapa saya berkeras tidak benarkan saya keluar dari rumah selepas pukul 8malam sehinggalah umur saya 24tahun. memandu pun tidak boleh tanpa mereka ada bersama walaupun sudah ada lesen. banyak sebab rupanya. nak elak gejala sosial dan sebagainya. ini pun mungkin salah satu.

    kenapa kanak-kanak bawah umur dibenarkan memandu kereta dan diwaktu awal pagi menimbulkan tanda tanya. apa yang berlaku selebihnya terpaksalah tunggu laporan lengkap kejadian.

    apa pun, nasi sudah menjadi bubur..

    takziah kepada keluarga arwah.

    BalasPadam
  25. Betul tu, terlalu banyak perkara belum terungkai. Barangkali budak tersebut lari disebabkan tahu dia tak mempunyai lesen memandu. Panik dan cuba lari.

    Kalau betul budak tersebut benar2 penjenayah - barangkali kalau tak ditembak, salah seorang anggota polis mati dilenyek kenderaannya. Siapa tahu.

    Atau kalau dia masih hidup hingga kini - mungkin dah ada rumah yang disamun. Lebih buruk lagi kalau ia melibatkan nyawa orang awam yang lain.

    Banyak kemungkinan tapi bila difikirkan balik.... kalau saya polis di tempat kejadian, sy mungkin tertembak budak tu juga. Mungkin.

    BalasPadam
  26. Semasa menonton berita ini di TV3, saya terkejut juga dengan tindakan polis. Tetapi bila berfikir semula, polis menjalankan tanggungjwbnya menjaga keamanan. Andai benar pada masa yang sama, ianya adalah penjenayah dan polis tidak bertindak cekap, maka, polis juga akan dipersalahkan.

    Budak yang tertembak itu berada di tempat yang salah pada masa kejadian. Sepatutnya budak berusia 15tahun pada jam 2pagi sepatutnya berada di rumah. Bukan berlegar di jalan raya sambil membawa kereta dalam keadaan mencurigakan.

    Al fatihah buat Aminusrashid... semoga rohnya aman di sana!

    BalasPadam
  27. Baca Harian Metro hari ini,di ruangan iM Lapor,banyak pihak yang jadi 'hakim' menjatuhkan hukuman salah terhadap pihak polis..
    Biarlah pihak yang berkenaan je buat siasatan.Kalau anda ada maklumat,pergi lapor ke balai polis.bukannya mencanang kesana sini..Saya tetap menghormati anggota polis yang bekerja dengan telus.

    BalasPadam
  28. umur 15thn bwk kete, konpem2 xde lesen..itu da salah..lari drpd dtahan polis pas srh bhenti..itu pn da salah..langgar pulak polis, itu slh jugak..sape2 nyawa terancam, mmg itu le balasan ntk salahnya..abg polis pn, tmbk le 'spot' yg xbw maut..at least ley wt soal siasat...apepn, no komen..maleh nk cmpur hal2 polis nih coz diorang lebey arif (sy xde d tpt kejadian)

    BalasPadam
  29. Kita harus faham semua diperkatakan di media dan pihak terbabit, kenyataan berbentuk dakwaan sehingga dibuktikan di mahkamah kelak.

    Fakta boleh dicatatkan setakat ini, si mati tidak memiliki lesen memandu pada usia 15 tahun.

    Rentetan kejadian sebenar akan dibangkit dan dibicarakan di mahkamah berdasarkan laporan polis dibuat rakan mangsa, polis terbabit dan ahli keluarga si mati.

    Saya percaya pembuktian fakta kes akan mengambil masa panjang.

    Semua komen mengikut emosi keterlaluan tidak akan dicetak di tampalan ini.

    Sila baca komen penganalisis jenayah, juga blogger, Kamal Affandi (rujuk link saya) untuk mendapatkan pandangan beliau berhubung hak mempertahankan diri secara lebih jelas.

    BalasPadam
  30. Ekjozbuluh, saya perbetulkan antara komen awak.

    Tidak ada dilaporkan si mati melanggar polis.

    Kenyataan 'langgar pulak polis' TIDAK benar dan tiada dicatatkan dalam laporan polis dibuat rakan dan ahli keluarga si mati.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  31. Alamak...

    Sori bro, gua tlepas bab cuba merempuh..hopefully my comment x jd isu(mampos aku!)hehehe...thnx for the correction!...don't banned me plz..

    BalasPadam
  32. susah jadi polis ibarat mentimun dgn durian ~ dilanyak durian pun sakit,melanyak durian lagi sakit ;(

    BalasPadam
  33. Ekjozbuluh, no problem. Kekadang kesilapan mengajarkan kita berhubung fakta sebenar.

    Saya percaya ramai antara rakyat Malaysia, meneka dalam kesamaran.

    BalasPadam
  34. salam takziah buat keluarga yang terlibat dan kepada semua yang simpati terhadapt kejadian yang menimpa.
    maafkan saya terlebih dahulu atas apa yang bakal dibincangkan.
    hal ini patut dilihat dari beberapa sudut prespektif sebagai pemerhati umum yang tidak berada di tempat kejadian.
    perkara yang melibatkan fakta dan undang-undang kita seharusnya biarkan pada yang bertanggungjawab..dan komentar yang harus buat saat ini adalah lebih kepada perbincangan dan persoalan yang akan memberi manfaat.
    oleh yang demikian ingin saya kemukakan pelbagai persoalan yang barangkali ada jawapannya, cuma perkara ini dipandang remeh.
    acap kali berlaku perkara seumpama ini persoalan kredibeliti polis dipersoal dan tanggungjawab masyarakat juga dipersoal...hal ini sepatutnya diperhalusi dengan menimbulkan persoalan masih akan berulang kah sejarah yang tidak sepatutnya.pengajaran dari sesuatu sejarah tidak pernah diperhalusi.semua pihak dari yang terlibat, permehati dan juga media seharusnya memberi ruang untuk memperbincangkan hal ini setelah selesai kes, walaupun perkara ini agak sensitif terhadap pihak yang terlibat tetapi kebaikan kepada semua pihak menjadi matlamat perkara ini dibincangkan. akhirulkalam setiap sesuatu pasti ada hikmahNya... moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan memberkati kita semua, insyaAllah.

    BalasPadam
  35. tertarik ngn komen kamal affandi isi ke-3...mmg skrg ramai yg lari roadblock..itu if yg sah2 ade slh..tp bg mereka yg memiliki lesen(means clean xde kslhn), kdg2 bhenti pn akn dtg mslh..maklumlah skrg ramai yg 'menyamar' polis, JPJ or penguatkuasa..

    boleh ke bile kita kne thn, kita mtk tgk kad kuasa? bkn ape, juz to make sure kita dtahan pihak yg benar..bkn ke da byk kes babitkan penyamaran sebegini? (b4 ths pn da kuar tv ttg kedai menjahit pakaian beruniform, sape2 pn ley order)..maaf if sy tsalah ckp..apepn Al-Fatihah buat arwah..Takziah buat family arwah...

    BalasPadam
  36. Saya pasti, setiap mereka ditahan pihak berkuasa BERHAK meminta anggota dan pegawai terbabit menunjukkan kad kuasa mereka.

    Lakukan dengan sopan dan beradap, biar tidak timbul sebarang perlakuan kasar di antara kedua pihak.

    BalasPadam
  37. Saya amat bersimpati dengan nasib allahyarham...pihak PDRM tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kesimpulan sendiri dengan mengesyaki dan seterusnya bertindak terlalu agresif dan kejam seperti yang telah berlaku...banyak lagi cara dan pendekatan yang boleh diambil..saya difahamkan mereka (anggota PDRM) telah pun faham tentang SOP dan tatacara penggunaan senjata api...akan tetapi kesilapannya..mereka terlalu taksub dengan pekerjaan mereka iaitu PDRM (Pembenteras Janayah...Kononnya) dan berkuasa kerana memiliki pistol dan boleh menahan atau menangkap sesiapa sajer dengan alasan yang tertentu..

    akan tetapi adakah mereka ini sedar tentang tugas dan tanggungjawab..apa yang kita semua perhatikan, dewasa ini pihak PDRM sering kali bertindak dengan menembak sehingga mati penjenayah

    cuma anda renungkan...penjenayah atau bukan penjenayah hanya bersenjatakan parang atau pisau tidak akan dapat mencederakan anda dalam jarak yang dekat...akan tetapi pistol boleh mencederakan atau membunuh sesiapa sahaja dalam jarak yang jauh

    justeru, mengapakah mereka masih memilih untuk melepaskan tembakan terus kepada target kenapa tidak melepaskan tembakan amaran...tembakan yang hanya melumpuhkan sasaran atau apa jua tembakan yang tidak menghapuskan sasaran

    sekiranya penjenayah dapat dicekup hidup-hidup mungkin banyak informasi yang dapat kita perolehi

    Oleh yang demikian, saya menyarankan pihak PDRM perlu memperingatkan kepada semua anggota bawahan termasuk atasan agar memaklumkan tentang tatacara penggunaan pistol dengan betul, semua anggota perlu memahami segala arahan dan prosedur serta semua anggota perlu menjalani latihan menembak agar tembakan yang bakal dilepaskan tidak tersasar dan mengundang perkara lain.

    BalasPadam
  38. Kadang2 benda ni kena dikaji betul2. Mengapa si mati melarikan diri? Adakah MPV polis tersebut mempunyai lambang polis atau polis memperkenalkan diri dahulu sebelum bertindak?

    Kita patut tahu pada masa ini, ramai yang menyamar seperti polis dan tindakan mangsa kemungkinan juga seperti ingin melarikan diri dari mereka kerana takut dirompak atau takut ditangkap polis?

    Apa-apa pun, kita tgu saksi yg masih hidup itu tampil untuk memberi keterangan.

    BalasPadam
  39. Azraf, saya percaya 'kambing hitam' wujud di dalam hampir setiap agensi penguatkuasaan. Mereka tidak sempurna.

    Berhubung penggunaan senjata api, saya yakin setiap anggota dan pegawai dimaklumkan.

    Namun, tidak semua mereka pernah menggunakan senjata di lapangan, on the field. Justeru, tidak sama applikasinya ketika menembak di padang sasar.

    Saya setuju, sebilangan penjenayah menggunakan senjata tajam (majoriti warga asing). Mereka hanya ditembak jika didapati menyerang dan menghampiri petugas penguatkuasa secara agresif. Bukan sewenang-wenang mereka ditembak, ada nyawa terbabit. Lagi pun keputusan kewajaran melepaskan tembakan di buat dalam tempoh 'split second' sahaja.
    Sometimes, either I die or you die situation.

    Jika penjenayah ditembak tanpa mengikut SOP, penguatkuasa terbabit boleh disiasat mengikut kes 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sekaligus diheret ke mahkamah.

    BalasPadam
  40. ...Setiap agensi penguat kuasa mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tersendiri yang mereka perlu patuhi dalam menjalankan tugas atau sesuatu operasi.“SOP berkenaan bagi menjamin keselamatan anggota, masyarakat dan sesiapa saja yang terbabit sesuatu operasi dijalankan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.(HMetro)

    ...Setuju gak ngn Azraf. Rs2nya SOP nih kne gubal le sket bab2 babit senjata api nih. Cm kes pemuda mengamuk dgn pisau pemotong daging d Utara tnh air( btlkn if wrong facts), bpe das dia kne coz of hayun pisau/parang??? Ptt ke? Aku xsokong mne2, but semuanya cm ley dipertikaikan..Aku rs diorg nih da d ajr seni pertahanan diri 'hand-combat'. So, xkn ngn pisau pn nk kne lwn ngn pistol? Alamak, cm lari topiks!

    .....byk xpuas hati lg ni..nti2 le smbung!

    BalasPadam
  41. takziah pada keluarga arwah...

    pada pandangan saya, kemungkinan arwah takut kerana takde lesen...

    cuba kita tgk kt road block.. kalau ada road block..mat2 rempit yang takde lesen..roadtax mati akan berteraburan lari.. smpai ada yang merempuh sekatan polis..

    remaja skrg teramat berani...

    apa2 pun kita kna tgu hasil siasatan pihak polis

    BalasPadam
  42. dari mulut orang2 surau sek 11

    "...budak nie x salah..polis yg tembak die adalah koperal..berusia 45 tahun...dieorang terkejot lepas check arwah ditembak dekat kepala....dah tue...bukan 4 das tembakan....tp lebih 10 kali tembakan dilepaskan.....budak nie mangsa...die lari nak balik umah sebenarnye...rumah die dalam 200 m dari tempat die mati ditembak"

    ...semua orang kat sek 11 tau....polis tembak lebih 10 tembakan

    BalasPadam
  43. Saya tidak memihak kemana-mana, tetapi atas alasan apa memandu jam 2.00 pagi, tanpa lesen dan bawah umur pula.

    Kasihan kepada budak itu dan kasihan juga kepada Polis.

    Polis terpaksa susah kerananya dan ibu budak itu juga susah disebabkan peristiwa ini......

    Kerajaan pun susah, ketua polis pun susah........tiada siapa yang senang.

    BalasPadam
  44. kepada azraf,

    saya quote kenyataan anda ." .mereka terlalu taksub dengan pekerjaan mereka iaitu PDRM (Pembenteras Janayah...Kononnya)"

    saya percaya polis bukan suka-suka hati hendak menembak , dan saya pasti setiap anggota polis maklum dan tahu akibat kepada mereka jika menggunakan senjata api sewenang-wenangnya.even sebutir peluru hilang tanpa sebab boleh digantung kerja dan mereka tidak akan dilindungi oleh pucuk pimpinan jika terbukti mereka cuai. dan saya pasti dalam kes nih jika mereka bersalah , hukuman berat menanti mereka

    " cuma anda renungkan...penjenayah atau bukan penjenayah hanya bersenjatakan parang atau pisau tidak akan dapat mencederakan anda dalam jarak yang dekat...akan tetapi pistol boleh mencederakan atau membunuh sesiapa sahaja dalam jarak yang jauh...""

    saranan saya , pergi masuk polis ,then awak akan tahu bagaimana aggresifnya penjenayah ini walaupun menggunakan parang.dont say a word if u dont have even a little bit experience.its too childish bro. saya pasti bro mazidul yang bertahun-tahun dalam bidang wartawan jenayah tahu.


    kes ini masih dalam siasatan.kita tidak BERHAK menjadi hero dengan mengecam sesiapa pun.
    Jika ingin menjadi hero untuk kepuasan diri sendiri , cuba letakkan diri sendiri dalam situasi kedua-dua pihak , jangan buat kesimpulan mudah.hanya menunjukkan kebodohan diri sendiri.


    just tunggu dan lihat jela keputusan siasatan

    BalasPadam
  45. Acah Aje, SEMUA kenyataan samada dari surau, stesyen bas, pasar borong berhubung kes ini, berbentuk 'hearsay' atau tidak lengkap. Saya yakin ramai masih tidak berpeluang membaca SEMUA laporan polis dibuat beberapa pihak terbabit dalam insiden itu.

    Ekjozbuluh, amat tidak wajar mempertikaikan kredibiliti PDRM hanya berlandaskan beberapa kes tertentu.

    Tidakkah awak akur fakta, banyak kes, polis menembak penjenayah untuk menyelamatkan nyawa anggota masyarakat? Polis tidak kebal, mereka lut peluru dan boleh mati samada ditikam mahupun ditembak. Namun, tugasan tetap mereka laksanakan.

    Adakah menembak mati penjenayah, perbuatan menggembirakan? Jawabannya TIDAK. Dalam pertembungan, polis-penjenayah, nasib tidak semestinya menyebelahi pihak berkuasa hanya kerana mereka bergelar POLIS. Peluru tidak mengenal mangsa.

    Jika awak berpeluang membuat liputan kes jenayah di negara ini seperti saya lakukan sejak 9 tahun lalu, saya amat yakin, awak akan berfikir lebih 2 kali sebelum melontarkan komen sebegitu.

    Amat mudah kita melontarkan pandangan tanpa bekalan pengalaman berhubung inti pati komentar itu.

    Majoriti polis di Malaysia ini masih menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Segelintir? Ya, tidak dinafikan ada bertindak mengikut perasaan dan tidak berlandaskan perundangan negara.

    Kenapa? Kerana polis juga manusia seperti awak dan saya. Kita membuat kesilapan.

    Saya ingin tertanya, jika penjenayah ingin menetak awak menggunakan parang pada jarak 2 meter dari lokasi awak berdiri, dan pada masa sama melintas anggota polis berpistol, adakah awak akan menjerit, "Tolong encik, gunakan hand combat!Jangan tembak dia!"

    Fikirkan buat seketika.

    BalasPadam
  46. saya tak faham,memang la under some conditions polis boleh open fire. tapi takkan la tak tau hujung pangkal cerita tetiba nak lepaskan tembakan. takkan la diorang x tahu kes2 ade orang panic ke ape ke. memang la arwah ada salah sebab drive tadek lesen and under age, tapi yelah, wrong time wrong place. sudah ajal. saya jugak yakin polis2 tersebut mesti sangat menyesal dan tidak menyangka..but still..

    haih..kes ni macam kes kereta terbabas masuk KB mall from the rooftop. wrong time wrong place. takziah kepada keluarga mangsa. takziah jugak kepada polis2 tersebut. pening kepala lagi KDN..

    BalasPadam
  47. Esk, saya bersimpati di atas setiap kematian.

    Soalan saya, adakah awak tahu FAKTA KES sebenarnya? Apa benar berlaku? Media juga tidak mempunyai fakta lengkap, jika dipaparkan kesemuanya, masalah, kerana kes belum dibicarakan di mahkamah.

    Namun, jika awak mengetahui KESELURUHAN maklumat, mungkin boleh diterangkan di sini, dari A-Z andai awak mempunyai keberanian untuk berhadapan risiko dari aspek perundangan.

    Saya amat yakin, jawaban awak 'NO'.

    BalasPadam
  48. esk ..


    word 'takkan' just prove the weak arguement

    BalasPadam
  49. Biarlah pihak polis menyiasat dengan terperinci dan kpd keluarga aruah minta byk bersabar dgn kejadian sedih ini.

    Gambar yg terdapat dalam akhbar dan blog itu gambar masa bila? mcm gambar sekolah rendah...gambar terkini tak ada ke?

    Apa-apa pun tunggu siasatan polis.

    BalasPadam
  50. salam...tertarik dengan beberapa komentar ingin saya nyatakan sesuatu...
    hal tentang fakta kes yang tidak diketahui serta laporan polis yang tidak disiarkan kepada umum adalah suatu tindakan professionalisme yang bukan sahaja berlaku dalam profession kepolisan bahkan turut berlaku dalam profession perubatan dan perawatan...
    pihak professional seperti polis,doktor,jururawat mahupun sesiapa dalam bidang yang professional tidak boleh menghuraikan apa yang berlaku kepada umum sewenang-wenangnya.hal ini pertama adalah berkaitan etika walaupun ramai akan membuat spekulasi dan seterusnya bertindak diluar jangkaan, pihak ini masih tidak boleh menyiarkan dalam sebarang bentuk pun melainkan pegawai atasan pihak tersebut mengeluarkan kenyataan yang biasanya tidak menyeluruh sekadar untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul...
    dan kita sebagai umum serta pihak yang memerhati seharusnya tidak membuat sebarang spekulasi mahupun menyebelahi mana-mana pihak sebelum keputusan dinyatakan.
    saya yakin sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap yang berlaku ada baik buruknya...dan kedua-dua pihak yang terlibat ada salah silapnya pada bahagian-bahagian tertentu...dan perlu diingat bahawa apa yang berlaku sudah menjadi sejarah...
    kepada sdr abg mazidul teruskan usaha anda dalam melaporkan sebarang perkembangan yang berlaku dan tahniah diucapkan kepada sdr abg mazidul di atas segala usaha keras anda dalam melaporkan....

    BalasPadam
  51. esk..

    yang seorang lagi telah "melarikan" diri itu anak siapa?

    BalasPadam
  52. emm...

    ..Selagi xdpt full statement, mcm2 andaian. Nk tny, polis xdpt ke kejar kwn si arwah tu? yg xlari kne tembak, but yg lari x ditembak pulak?
    (teringat ms umur belasan dulu, ade sorang kawan mngamuk ngn pisau, sy ngn kwn2 hentak aje ngn kayu)..hehehe

    ..bro, agk2 lama ke nk setel kes nih?

    BalasPadam
  53. kejam giler kes gini..nak mrh polis pon takleh gk, nnt kena tindakan...sabar je la dok mesia nih..

    BalasPadam
  54. Ekj,
    yang melarikan diri itu siapa?? susah juga yer 4 orang nak kejar satu orang pepagi buta,

    memang mencabar tugas polis...

    * oleh kerana Blog ini dibaca dan berkongsi seluruh dunia,
    jika terdengar pelajar baru ke bertukar sekolah anda boleh lah berkongsi di sini...

    BalasPadam
  55. pendapat yang bagus.. kita tunggu dan lihat sahaja.. sebab kita tiada di situ dan tidak tahu apa2..

    Ekjozbuluh, kwn yang lari itu.. anggota polis tidak boleh menembak kerana dia tidak mengamcam nyawa..

    BalasPadam
  56. pd pengalamnan sy sebagai seorg ibu,juga pernah berhadapan kes sebegini...seorg ibu tidak akan pernah sesekali mengatakan anaknya jahat..semua anak bagi seorg ibu adalah anak yg terbaik...biar sekalipun anak itu melakukan banyak kesilapan..wallahuallam!!

    BalasPadam
  57. takde. saya memang tak tahu ape2. cuma saya bersikap seperti manusia biasa. cuba mencari logik. dipengaruhi faktor media dan sebagainya saya memberitahu pandangan saya.pandangan saya tentu sekali lah limited with the information that I've got (tu pon x konfem betul).my main point here is...'wrong time wrong place'..pokoknya adalah ajal.

    jawapan saya 'NO'. tapi sy tak boleh sembunyikan persoalan saya. tapi saya truly feel sorry for them; yang terlibat dalam kes ini. both sides.

    BalasPadam
  58. Salam Sdr Mazidul,
    Walau apa pun. Diharap agar pihak keselamatan dapat mengelakkan daripada perkara ini terus berulang.

    Ada juga kedengaran kata-kata daripada rakan. Jika kes ini terjadi kepada bangsa lain, pasti kecaman terhadap pihak keselamatan lebih teruk.

    Kerana kemalangan ini berlaku kepada Melayu Islam. Maka biasanya kita sebagai muslimin sentiasa berpegang pada Qada' & Qadar serta ajal & maut yang merupakan ketentuan Yang Kuasa.

    Hanya si ibu terkilan dengan kenyataan awal Ketua Polis Selangor yang menyabitkan anaknya sebagai penjenayah.

    Hati ibu...
    Sedangkan kes pembunuhan tragik 4 sekeluarga oleh Rosidi Ismail pun, si ibu tetap menyayangi anaknya.
    Inikan pula anak remaja 15 tahun yang akan menduduki PMR...

    BalasPadam
  59. Terlampau banyak komen dan ulasan. Cuma yang pasti-satu nyawa remaja terkorban cuam kerana dia memandu tanpa lesen dan pada waktu yang di luar kebiasaan. Dua kesilapan yang kecil, namun kesilapan ini telah mengorbankan nyawanya.Ibu mana yang tidak luluh hatinya dengan keadaan ini? Di pihak Polis, tiada kecederaan ataupun kematian. Pada saya, Polis tidak wajar dibela langsung, tiada mitigating factors. Mereka yang terlibat harus tidak dibenarkan menjalankan tugas rondaan dan memegang senjata api sampai pencen.

    BalasPadam
  60. huhu cmat malam.
    persoalan polis...?
    adakah kereta arwah melanggar kereta lain dan memintas kereta peronda lalu seakan-akan cuba melanggar atau dalam kata lain menghampiri kereta peronda mahupun anggota bertugas dalam keadaan yang akan mendatangkan bahaya kepada peronda, dan arwah jelas bahawa peronda yang di pintasi lalu memecut dan di tembak pada tayar kereta oleh anggota bertugas, setelah kereta melencong ke tepi bahagian jalan lalu 2 anggota daripada 4 menghampiri kereta arwah yang berada di tepi bahu jalan, lalu dilihat kehadiran 2 anggota menghampiri arwah 'reverse' keretanya lalu cuba memecut sehingga polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan cuba melumpuhkan pergerakan kereta sebaliknya gagal lalu beberapa lagi das tembakan dilepaskan sehingga dikatakan 10 das kesemuanya...dalam jam 2 pagi keadaan yang kabur walaupun penglihatan anggota adalah 100%, hal ini mungkin keadaan sekeliling yang berkabus kebarangkalian sehingga terkena tepat pada bahagian kepala arwah...(hanya persoalan kebarangkalian)

    persoalan pihak arwah...?
    para ibu bapa memang akan menyatakan bahawa mereka cukup mengenali anak-anak mereka...ya saya tidak dapat menafikan hal itu tetapi cukup mengenali itu subjektif...fizikal, emosi, perasaan, jiwa & raga, dll seseorang anak-anak itu cukup sudah boleh dikatakan saya cukup mengenali anak saya?...satu persoalan yang cukup sensitif kan? tetapi tidak dapat dinafikan bahawa persoalan ini asyik bermain di fikiran...
    ingat banyak pengalaman yang dilalui saya, ada juga melalui pengalaman sahabat handai saya sendiri bahawa kadang-kala kawan siang lain tingkah lakunya, kawan malam lain gayanya dan bila dengan keluarga lain egonya...anak-anak kecil tidak pandai menipu tetapi melalui pengalaman hidup yang sudah matang kiranya anak-anak remaja kini hampir semua lagaknya perlu diperhalusi...kawan yang saya kenali tidak dapat dinafikan kebaikannya tetapi saya bukan sahaja teman siangnya ke kuliah tetapi juga teman lepak di malam hari kekadang sehingga dinihari...

    renung-renungkan lah ini coretan yang di bicarakan melalui pengalaman..insyaAllah yang baik semuanya dari Allah SWT manakala segala salah silap buruk laku di atas kekhilafan saya seorang insan yang tidak lari dari melakukan dosa...salam keadilan

    BalasPadam
  61. kalau betul arwah cube merempuh polis dengan mereverse kereta ,bagi aku polis tu ada hak untuk pertahankan diri..polis tu pon mungkin tak tahu yang memandu kereta tu hanyalah seorang budak..

    tapi kalau situasi tu tak berada dalam situasi yang betul2 mengancam ,tembakan tak patut dilepaskan..cukup sekadar mengelak dan tembak tayar kereta tu ke..or kejar balik si arwah bila dia lari..

    macam yang bro mazidul cakap ,kita tak dapat menilai situasi tu sebab kita tak berada betul2 di tempat kejadian..faktanya ,hanya yang terlibat yang tahu..kita pon tak tahu apa niat dan pemikiran polis terlibat ketika situasi tu berlaku..mungkn polis tu betul2 terpaksa mempertahankan diri dan mungkin polis ketika tu terlalu mengikut emosi sebab suspek melarikan diri dan cuba mencabar polis..Wallahualam

    BalasPadam
  62. huhu...sebak di dada mengenangkan kejadian tanpa dihuraikan fakta kejadian yg sebenar...
    ntah masih tidak mampu melelapkan mata walaupun gigih mencuba...hanya asyik teringat nasib arwah adik aminul...
    banyak spekulasi bermain di meja minum sebentar td bersama-sama kawan-kawan...skang ni tengah melayan fikiran...
    pertama, cuba letakkan fakta kes bahawa arwah adik aminul tidak mempunyai lesen ke tepi...dan beralih kepada kematiannya, tidak dapat dinafikan dalam keadaan ketakutan seseorang akn cuba menyelamatkan diri, dlm keadaan tanpa lesen sudah tentu akn cuba melepaskan diri...tapi tembakan pertama dilepaskan atas tujuan apa, dan tembakan kedua ketiga dan keempat sudah pastinya akan membuatkan seseorang terkaku terutamanya seorang budak berusia belasan tahun.....sebak sungguh, ternampak berlaku ketidak adilan sdr bro mazidul...
    ya Allah walaupun perkara sudah berlaku tetapi biarlah berlaku keadilan dlm menyelesaikan kes ini.saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma yg salah tetap salah tetapi jika berlaku sesuatu yg melanggar etika serta apa sahaja dari pihak berkuasa yg menjalankan tugas dan berlaku kegoyahan dlm ketelusan, tolonglah ambil tindakan...
    bro mazidul ya kita tidak berada dlm dunia kepolisan atau mana-mana pihak penguat kuasa tetapi setelah berada mengapa masih ada kelonggaran dlm ketulusan menjalankan tugas???memang manusia tidak sempurna tetapi dlm mengecapi kesempurnaan itu tidak mustahil...ternampak kegoyahan kredibiliti pihak tertentu dan perhalusi lah dengan tulus ikhlas kerana tuhan yg esa, Allah swt.
    jgn biarkan perkara ini tidak berlaku, dari segi menjalankan siasatan secara dunia mungkin seseorang itu bersalah tetapi dlm menjalankan siasatan secara keagamaan mungkin seseorang itu tidak boleh disabitkan bersalah...
    ya Allah,tuhan sekalian alam ampunilah insan-insan yg telah melakukan dosa dan akan melakukan dosa,ya Allah ampunilah juga kepada mereka yang telah menjalankan tugas tanpa berniat terhadap Kau...ya Allah ampuni aku serta sesiapa yg membaca dan berkatilah kami semua ya Allah...mudah-mudahan insyaAllah.

    BalasPadam
  63. seorang ibu sentiasa menyayangi anaknya..

    contohnya kes bunuh keluarga di tampin , walaupun kehilangan suami , ayah dan anak..si ibu tetap menyayangi dan membela anak yang membunuh nih..

    jadi.kepada observer..jangan jadi pengulas bebas..jangan dipengaruhi oleh emosi..biar hasil siasatan yang menentukan..jika ada kesimpulan sendiri , jangan menyimbah lagi minyak ke dalam api , kita tak tahu kesimpulan kita tuh betul atau tidak

    pengajaran kepada semua orang..jangan la lepas kan anak-anak berumur macam nih..bila timbul macam nih..semua orang susah..keluarga, polis , pak menteri...

    jangan salahkan polis yang meronda membabi buta..kalau mereka tau itu seorang budak..saya percaya mereka tak akan tembak memmbabi buta..fakta kes harus diperhalusi sepenuhnya..

    BalasPadam
  64. xberlatih menembak agaknya...peluru tsasar smpai kne pd pemandu...ape kata pihak bkecuali yg lakukan siasatan?at least xde 'berat sebelah'...maklumlah, masing2 mesti jaga nama baik msg2...(tgh lepak 'ats pgr', xtau le jatuh belah mne jap lg)

    BalasPadam
  65. Kalo polis tak salah.. aku cadangkan polis tempah sume mat rempit yang nak langgar polis time polis wat roadblock! sah2 takkan ade lagi mat rempit!

    BalasPadam
  66. Saya ada pendapat mengenai situasi menyerupai ini. Agak teknikal, sila baca lanjut di blog saya:

    http://manis18.blogspot.com/2010/04/mati-ditembak-polis.html

    BalasPadam
  67. Cerita koboi lain , cerita Hindustan lain, cerita Melayu pun lain.

    Kalau aku buat skrip pasti lain;

    Skrip aku begini, kalau seseorang yang mencurigakan jika berlari aku suruh hero hambat dulu sampai dapat; kalau mengancam paling bagus tembak kaki, jika berbasikal antara kejar, baling tayar pun boleh jatuh; rasanya mudah nangkapnya bila dia terjatuh takkan nak tembak. Jika naik kapcai payah sikit apatah lagi kalau mamat rempit, tembak tayar biar tersungkur.

    Kalau kereta aku ingat terbaik tembak tayarlah juga; selalunya kalau tayar dah kena tembak mesti terbabas punya.

    (Aku penulis skrip tak pernah tahu pemandu ini berlesen atau bawah umur!.)

    Tapi aku takkan nak letak dalam skrip aku; budak bawah umur, senyap-senyap curi kereta keluarga bawa jauh malam begitu. Siapa nak tonton drama aku.

    Aku dah puas tulis skrip bab ini... kenapa biarkan budak sekolah tak bertopi keledar; tak siapa pun sudi nak guna skrip tahu!. Ceritera yg berlaku lebih kurang juga. Moral diri para remaja makin nazak.

    Kes yang telah pun tragis ini aku tak mahu masuk campur...

    Ini ceritera Polis kita Polis Malaysia. Tunggu kata mahkamah!. Kita tak tahu hujung pangkal baik tutup mulut tu.

    BalasPadam
  68. setuju dgn saudara idan.tutup mulut jer jgn berlagak lebih pandai.full stop!

    BalasPadam
  69. Persoalan:

    Lupakah kita bahawa kita semua tidak berada di tempat kejadian ketika hal ini berlaku?

    Lupakah kita bahawa kita hanya membaca dan mengetahui laporan ini melalui media?

    Lupakah kita bahawa kebarangkalian untuk salah satu pihak, [polis dan saksi] atau kedua-duanya berbohong adalah sangat besar?

    Lupakah kita bahawa keadilan itu berhak dinikmati semua insan, bukan hanya yang mati dibunuh, bahkan yang dituduh membunuh.

    Kita boleh membuat 1001 spekulasi, tetapi yakinkah kita spekulasi kita benar?

    Yakinkah kita apa yang kita ucapkan, tuduhan yang kita lemparkan, akan mendekatkan kita ke syurga? Atau ia hanya mendekatkan kita ke neraka?

    Apakah kita hanya perlu bersangka baik kepada si mati? Dan melupakan sangka baik kepada anggota polis yang masih hidup? Ajaran Islamkah yang mengajar bersangka baik hanya untuk si mati, dan tidak kepada si hidup?

    Kita tidak menyaksikan kejadian itu, lalu usah berbicara seolah-olah kita melihat dengan kaca mata kita. Takut-takut tulisan kita, lidah kita, menjadi jalan pintas kita ke neraka. Bukankah jika tiada perkara yang elok untuk diperkatakan lebih baik diam.

    Saya bersetuju siasatan dilakukan untuk keadilan kedua-dua belah pihak. Bukan hanya untuk si mati, bahkan untuk anggota polis.

    ----

    Seandainya kita suka berandai-andai, bukan sahaja andaian tentang kezaliman polis boleh diandaikan, saya sendiri boleh mengandaikan si mati sedang melakukan tindakan yang membahayakan nyawa si polis eg; umpanya cuba merempuh anggota polis dan lain-lain.

    Akan tetapi berhakkah saya membuat andaian itu?

    Sudah pasti jawapannya tidak, lalu begitulah jua, jangan mudah mengandai-andai.

    Wallahua'lam. Keadilan untuk semua.

    BalasPadam
  70. sdr idan,echah,

    maaf ampun sekiranya komen saya agak pedas terkena saudara mara anda dan semua pelayar yang kerja dalam jabatan tersebut..

    maaf yer..
    tak salah minta maaf jika bersalah.

    *sempena hari jumaat.

    saya sudah tutup mulut, cuma jari jer gatal nak beri ulasan cerita hangat semasa melibatkan orang awam.

    * macam saya tak minat kerja yang libat orang ramai , elok kerja menoreh getah atau menanam padi,hanya 'berperang' dengan serangga perosak bunga PADI.

    BalasPadam
  71. Salam, bro mazidul, saya harap sangat kalau PDRM dapat pasang kamera video pada kereta peronda macam polis kat US, jika berlaku hal-hal macam ni kita boleh nampak, ada bukti kukuh. Saya jugak rasa pemasangan perakam kamera video pada kereta peronda polis dapat jugak mengurangkan kes rasuah.

    Sekadar pandangan dan cadangan.

    BalasPadam
  72. Salam,
    Saya Xde Plak Nak menyebelahi sape2...22 boleh jadik salah 22 pown boleh jadik btol...bdk 15taun leh jdi suspect samun?Camne Kalo parang 2 milik parent die utk berkebun?xkan cepat sangat nak buat anggapan die suspect samun?camne leh mati?tembak kat mane?Bkan Polis Slalu Wat training menembak ke?xde spot laen ke nak tembak?tembakan amaran?kat kwsan sec 11 xde ke kwsn yg de CCTV?Xkan langsung xde kan....Last skali Takziah wat keluarga Si mati...

    BalasPadam
  73. bagi saya takkan tergamak seorang polis nak tembak budak.something is missing somewhere...ingat macam tembak anjing...apa2 pon saya nak tanya mak bapak mana tanggungjawab mereka sebagai ibubapa, membiarkan anak keluar rumah pagi2 buta? siapa yang baik hati sgt mengajar budak tingkatan 3 belajar memandu?? salah sapa biar Allah yang tentukan..fikir2 la wahai ibubapa, cuba2 la bersangka-sangka dengan tindakan anak-anak..

    bak kata orang tua-tua, sayang anak tangan-tangankan.

    BalasPadam
  74. Salam Mazidul,

    Takziah buat keluarga Aminulrasyid Amzah.

    Saya percaya pihak polis telah banyak membantu menjaga keamanan dan kita harus melupakan jasa mereka.

    Oleh kerana polis telah melepaskan tembakan kearah seorang budak yang mana dia tidak mungkin berniat membunuhnya. Mereka juga manusia yang tak boleh lari dari membuat kesilapan.

    Kesilapan membunuh budak berumur 15 tahun adalah kesilapan yang sangat besar yang akan menghantuinya dan keluarganya untuk sekian lama.

    Polis juga mempunyai perasaan dan saya percaya mereka juga pernah kehilangan orang kesayangan dan tahu apa perasaan kehilangan tersebut.

    Kita perlu lihat dari pelbagai sudut sebelum membuat andaian.

    BalasPadam
  75. Salam Mazidul...

    Maaf ada kesalahan dalam ayat saya.

    Saya percaya pihak polis telah banyak membantu menjaga keamanan dan kita TIDAK harus melupakan jasa mereka.

    Kesilapan amat saya kesali

    BalasPadam
  76. Salam Mazidul,

    Sebagai seorang guru...saya dan guru2 disekolah saya sependapat....setakat hari ini kami berada di belakang pihak polis.

    Jangan pandang rendah kepada kanak2 berusia 15 tahun. Mereka adakalanya lebih ganas dari yang lebih dewasa.

    BalasPadam
  77. Bro

    Kesian, kes naya ni

    Takziah untuk leluarga dan Al-Fatihah untuk arwah.

    BalasPadam
  78. Setuju dengan pendapat Azhar abdullah, azieazah, knowlee, sapu tangan dan lain2 yg sependapat...siapa pula yg akan membela nasib anggota polis kita???....berpuluh tahun mungkin berkhidmat dengan cemerlang akhir begini jadinya...apa2pun takziah kepada keluarga adik yang meninggal dan sekalung Al-Fatihah buat disedekahkan buat arwah...moga rohnya dicucuri rahmat...amin

    BalasPadam
  79. slm en. mazidul..
    ape perkembangannye kes ni? manenye laporan yg telus & 'tiada rahsia' yg dijanjikan tu?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.