Selasa, April 20, 2010

Krew 999 Diperas Ugut

Seperti diketahui majoriti pembaca blog ini, saya berada di Jakarta, Indonesia di antara 24 dan 29 Mac lalu membuat liputan 999, ‘Jual Bayi’ di Kampung Beting, Koja, Jakarta Utara.

Penduduk kampung dihimpit kemiskinan, lebih 500 bayi dan anak kecil tidak memiliki sijil kelahiran sekaligus tidak diakui sebagai warganegara Indonesia.

Krew saya sewaktu melakukan tinjauan awal diperas ugut beberapa individu untuk mendapatkan sejumlah wang, ‘protection money’ andai ingin membuat liputan di kampung terbabit. Mereka kononnya berjanji memberikan perlindungan kepada krew 999 sepanjang liputan. Hasil perbincangan, mereka beredar setelah diberikan 3 kotak rokok kretek.

Perbincangan berhubung 'protection money'

Saya akui, sewaktu melangkah ke kampung itu pada 25 April lalu saya berdebar, gusar akan keselamatan 2 jurukamera, pemandu dan Ketua Biro TV3 di Indonesia, Didik Budiyarto. Di kalangan masyarakat berpendapatan kurang RM6 sehari itu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku, wang raja kehidupan.

Pada masa sama, tidak disangkal, isi perut terasa bagai dijolok untuk dimuntahkan sewaktu menyusuri lorong sempit di celah rumah, busuk dan hanyir, bau halaman rumah digenangi air kumbahan tandas curah.


Kegusaran dan ketidakselesaan itu saya kesampingkan demi untuk menghasilkan liputan bakal dipertontonkan di negara ini. Tanpa liputan sebegitu, masakan kita mampu melakukan perbandingan tepat berhubung kes pemerdagangan orang di antara kedua negara, Malaysia dan Indonesia.

Paparan terbabit juga sekaligus mengingatkan sebilangan warga Indonesia menetap di negara ini tidak meninggi diri kerana hakikatnya lebih 32 juta rakyat senegara mereka tinggal di bawah garis kemiskinan sehingga segelintir terpaksa menjual bayi mereka dengan harga kurang 500,000 Rupiah, RM185.

Sejurus selepas siaran, 15 April lalu, pelbagai komen saya terima melalui pesanan ringkas dihantar ke hotline, 013 6330 360. Berikut antara komen dilontarkan.

‘Di negara kita, tak ada kes jual bayi ke? Kes buang bayi berlambak. Apa nak menyibuk di negara orang?’

‘Kenapa nak memalukan Indonesia?’

‘Saya sebelum ini meminati 999 tetapi sejak Mazidul muncul kembali, saya sudah tidak minat lagi’

Motif liputan peringkat antarabangsa, membuka mata semua sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan masyarakat kita, bukan untuk menyibuk atau memalukan negara jiran. Fakta adalah fakta. Media asing juga membuat pelbagai liputan, baik dan buruk mengenai Malaysia sebelum ini.

Saya tidak pernah memohon sesiapa meminati saya sebagai individu selama lebih 15 tahun bergelumang di persada penyiaran tanah air. Cukup jika penonton memahami dan meraih maklumat hasil liputan saya lakukan.

Sebagai maklumat tambahan, bingkisan ‘Jual Bayi’ di Indonesia merekodkan rating 2.32 juta penonton (sumber: AC Nielsen Malaysia), angka tertinggi dicatatkan sejak 999 bersiaran dalam musim baharu.

Terima kasih kepada semua pembaca sudi menonton paparan terbabit.

26 ulasan:

  1. di malaysia pun ada masalah tu..buang2 bayi....
    bukan nak menyibuk hal indonesia ke hape...tp pendedahan tntg dunia luar...mereka yang komen begitu tak terbuka minda kut....

    tak semstinya tayangkan yang di Indonesia..kita bersetuju dgn permasalahan di negara sendiri.... sama2 kita perbetulkan...

    BalasPadam
  2. Tak minat sudah... ada bro kesah??

    Siti Nurhaliza tu pun ramai yg tak minat tapi dia artis paling kaya di Malaysia skang ni. Ada dia kisah orang tak minat dia?

    Hidup ni bukan senang nak puaskan hati semua org. Minoriti yang membenci tak meninggalkan kesan di hati pun. Bak kata org, tak datangkan kudis pun.

    Lgpun org tak melatah kalau tak kena batang hidung sendiri. Tu mesti batang hidung tercuit, tu yg dia menjerit.

    Tak kira di negara sendiri mahupun di negara orang - hakikat sebenar perlu dikupas dan dipertontonkan. Kita manusia yang bijak pandai - terpulanglah kepada mata dan akal untuk menilai yang mana baik yang mana buruk.

    BalasPadam
  3. saya minat apa dengan abg mazidul...hehehe...teruskan usaha anda dengan berita-berita tentang masyarakat.

    BalasPadam
  4. Khadijah, belajar sungguh-sungguh. Saya suka tengok video budak mencuci lap top di blog awak.

    BalasPadam
  5. Liputan luar negara baik untuk rakyat Malaysia melihat dan sedar sejauh manakah mereka sebenarnya bertuah kerana masih mampu hidup dengan senang di negara ini berbanding negara lain contohnya Indonesia demi untuk mendapat keinsafan. So, jgn dok buat hal yang tak elok.

    Liputan luar negara baik untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa mereka ketinggalan dari segi teknologi contohnya jika dibandingkan dengan negara maju yg lain seperti Jepun atau pun New Zealand. Dengan Thailand pun Malaysia kalah dari segi pertanian. So, tunggu apa lagi, majukan dirilah.

    Hanya org yg berada di bawah tempurung saja yg memberikan komen berdasarkan emosi.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  6. ..kena lihat sudut ekonomi dan perdagangan, makin luas liputan makin ramai yang berminat nak tonton.

    alahai..3 kotak rokok sahaja?murahnya.
    di Sg Buluh satu kali pau (dalam 2 kali seminggu ) gengter Melayu dapat RM200 seorang ke atas Tokey kuda..

    masuk 2/3 orang muda-mudi

    bisik-bisik..

    keluar dengan wajah tersenyum ada 'tekong' sedang menunggu di kedai Tea bersebelahan.

    BalasPadam
  7. Zeq, kedai mesin judi jika dirompak pasti pemilik tidak berani tampil membuat laporan polis.

    Si penyamun salah, si pemilik pun sama.

    Mangsa, orang Melayu gila berjudi.

    BalasPadam
  8. Saya minat jugak... heheheh

    Sedih baca post berkaitan bayi nih. Susah payah, perit getir melahirkan dan membesarkan namun kebahagiaannya hanya Allah yang tahu... tapi manusia sanggup buang dan jual anak. Oh Tuhan jauhkan lah kami dari sifat begitu....

    BalasPadam
  9. Memang bagus 999 buat liputan di negara2 luar mahupun jiran. Dapat memberi pedoman & iktibar walau sekecil-kecil perkara sekalipun.

    Gudluck buat bro Mazidul & team 999. :). Pedulikan anasir2 jahat. Teruskan usha membela rakyat..

    BalasPadam
  10. biasalah. bab menjatuhkan orang memang ramai yang pandai. apa yang mereka anti sangat pun tak tahu. banyak lagi rancangan lain yang konsepnya sama. Macam Nat Geo, Discovery Channel dan sebagainya. Itu fakta dan ia bukan rekaan.

    Yang menonton haruslah ambil iktibar. Dapat juga menimbulkan rasa kesyukuran dapat hidup dalam keadaan yang baik di Malaysia ini.

    BalasPadam
  11. salam...
    harap en.mazidul teruskan jeee. kalau buat baik memang susah. ada je yg tak suka...
    yang penting pikir positif... semua akan ok.

    BalasPadam
  12. Abang Mazidul, saya sama dengan Khadijah Zek, pun minat kat abang mazidul. Teruja tengok abang. Ehh, kejap, mana boleh abang lagi dah bro, UNCLE !! Uncle Mazidul. Baru betul. Hahah.. Cheers bro!

    BalasPadam
  13. Hazrey, nak kena pulas telinga ke? Nama saya tak tertulis di dinding tandas lagi kan?

    BalasPadam
  14. teruskan perjuangan.. saya sokong en. mazidul...

    p/s:
    suka ayat sis vic@diana :

    "Lgpun org tak melatah kalau tak kena batang hidung sendiri. Tu mesti batang hidung tercuit, tu yg dia menjerit."

    BalasPadam
  15. Bro

    Hari ni aku guna masa rehat makan tengahhari untuk pergi check semua toilet kat situ. Kenapa? itu kena tanya Tuan Hazrey.

    Esok aku nak try lagi, check satu block kat Amcorp Mall tu. Mana tau kalau jumpa yang di cari dapat hadiah kapal layar Danga Bay sebiji ha ha ha

    Untuk Entry ini-> itu samseng kampung dusun lah, sampai tempat kita, semua menyorok dalam hutan bakau

    ha ha ha

    BalasPadam
  16. hebat juga cabaran utk menjayakan program ini iyer...makin hebat cabaran/ugutan makin mantap pogram ini.Syabas utk krew 999. Tp awak...terus terang sy katakan sejak pengacara baru 999 ni, minat sy makin lebih2 terhadap 999 berbanding dgn zakiah anas dulu ...

    BalasPadam
  17. Tak suka?...tutup jek tv tuh..tak payah tengok ...kan senaaang..

    BalasPadam
  18. Dah lama x tengok 999.. suka tengok Zakiah maintain ala2 macho.. suka tengok sbb nak tengok beliau maintain macho je.. especially time dia partner ngan girl yg sorang lagi tu.. (sorry x tau nama.. jarang tengok TV)

    Kalau dah Tuan Mazidul takeover balik, dah boleh aa tengok secara serius..

    BalasPadam
  19. Sama-sama. Dan TERIMA KASIH kembali!

    Suka/minat terhadap sesuatu perkara adalah terlalu subjektif. Memang asam-garam kehidupan - Tidak semua memuji, mesti ada yg mengeji.

    Ada mata tengok, ada akal guna.
    Fahami konsep sesuatu program - 999 bkn berbentuk hiburan - wadahnya hendaklah difahami - faedahnya tdk dpt dijual beli.

    Pd hemat saya, 999 amat relevan dgn kehidupan masa kini yg semakin caca-marba. Sekiranya tiada yg mengingatkan itu salah, ini betul, itu jangan, ini boleh, pastinya makin ramai anak hasil zina yg tdk ketentuan nasabnya dibuang spt sampah, berterabur tdk berkubur - makin ramai pelacur, institusi perkahwinan kian lebur - makin ramai penagih dadah, makin ramai yg membunuh diri, makin ramai yg begitu, yg begini semuanya kerana beraja di mata, bersultan di hati.

    En.Mazidul, jadikan segala bentuk cacian & umpatan sbg pemangkin utk menambah perisa 999. Nasihat saya, teruskan rancangan 999!

    BalasPadam
  20. betul tu mr. mazidul waktu pergolakan ambalat n manohara, media indonesia tiap saat sentiasa membuat liputan memburukkan negara malaysia..sampaikan ada produser filem yang buat sinetron mengutuk si anak pangeran (sultan) kelantan tu. Sebal(sakit) mata n telinga melihat n mendengar apa yang diuar-uarkan media indonesia waktu tu.

    BalasPadam
  21. Apa juga tindakan yang kita buat kalau kita rasakan betul - teruskan.

    Saya amat meneliti setiap paparan yang dimuatkan dalam blog ini.

    Kemiskinan di Indonesia adalah terlalu tinggi, hakikat itulah yang menjadikan mereka masuk ke negara ini

    Rakyat kita baik, orang melayu di sini amat menghargai kaum serumpun ini.

    Kalau tidak dah lama warga Indonesia (bukan Indo) dikasari. Bahkan ramai pula orang kita dikasari secara dalaman atau luaran

    Terutama kes Lombok (pemuda Indonesia).

    KIta tidak pernah mengusulkan atau berdemostrasi untuk menyekat kemasukan meereka sekalipun banyak buruh-buruh Indonesia melarikan dengan kuasa Cinta (sihir atau kata-kata indah) anak gadis Melayu yang belum pandai dan matang.

    Gadis Balik Pulau, Pulau Pinang dilarikan Mat Lombok ketika baru habis darjah enam,

    Entah manusia jenis apa sanggup memisahkan hubungan anak dengan ibu yang susah payah membesarkan.

    BalasPadam
  22. i like mazidul@999(kdg2 tjumpa d psr jumaat kompleks muhibah smbil2 memilih lauk2 basah)..at least dpt buke mata masyarakt!so, kita kne le 'open-minded' sket..abg mazidul, pdulikan kata2 -ve sedemikian..juz trskn usaha anda..3kotak kretek aje?(klu 3 kartoon munasabah gak)hehehe...tp tu kan negara miskin coz ank dperdagangkan for only RM185??? another story..sy paling suke 999 ttg ambush d felda2(dlu2 pny siaran)...

    BalasPadam
  23. Sahabatku Bro Mazidul, saya baru menulis sedikit kisah benar; niat hati tu memang mahukan kita sedar di sebalik kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita!;

    Padahnya memang sakit bila kita mendapat e-mel,SMS atau pun maklum balas yang melukakan hati kita.

    Saya sendiri keliru, apakah aib itu sama dengan kenyataan!. Aib tu samakah kemungkaran atau keruntuhan moral kita.

    Saya terfikir jika semua mahu tutup aib diri, aib keluarga, aib bangsa, aib negara; apa gunanya medan mahkamah, apa gunanya paparan & post morten satu kejadian yang tragis begini yang perlu dibongkar?.

    Saya percaya TV juga ada pihak@badan penapisnya!; tak semua perkara sensitif boleh dipaparkan.

    Tapi takkan kita nak tolak hakikat!;

    Sabar sajalah!.

    BalasPadam
  24. Tahniah sebab dapat rating yg tinggi ,masaalahnya kasihan pada nasib orang yg malang tu kemudian di londehkan lagi semua cerita kecuali kalau mereka sendiri sukarela...dan apa yg mereka dapat, dapat duit ke dapat pertolongan ke habis2 sangat dapatlah simpati dari penonton yg berjuta2 tu..yg bermusuh akn buat cerita ini sebagai topik untuk mengherdek dan menghina...tapi itulah kerja pemberita ;kalau tak di cerita bukanlah berita ...sebab tu lah Allah suruh kita merantau tenguk negeri orang dengan mata kita sendiri buat iktibar.

    BalasPadam
  25. senario hampir serupa blh dilihat di kwsn setinggan yg didiami warga indonesia disini. merekalah yg mencemari sungai2 kita dgn sampah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.