Khamis, Mei 13, 2010

Bukan Tertuduh di Mahkamah

Jam 10 pagi tadi saya menjawab panggilan telefon.

'M', Mazidul.

M: “Hello”

“”Encik ***** ada?”

M: “Salah extension ni”

“Apa extension dia?”

M: “Saya tak tahu”

“Tak kan awak tak tahu? Awak ni siapa?”

M: “Saya bukan operator. Awak call saya, please introduce yourself lah”

“Ai! Nak tanya pun tak boleh?”

M: “Awak belajar dulu tentang phone ethics, kalau call orang, perkenalkan diri, bukan tanya saya siapa”

“Nama saya Damia dari pejabat lawyer”

M: “Nama saya Mazidul, awak ada masalah ke?”

“Ok! Ok! Terima kasih”

Saya yakin Damia bukan peguam. Peguam, golongan profesional, pastinya mampu berkomunikasi secara lebih beradap. Barangkali Damia kakitangan bertugas di pejabat guaman. Namun lagaknya bak peguam mengajukan soalan kepada tertuduh di mahkamah.

Rakan duduk di sebelah saya juga pernah menerima panggilan daripada individu sama.

“Dia tak ada (merujuk kepada individu dicari), can I pass a message to him?,” tanya rakan.

“Awak tak faham, saya hendak bercakap dengan dia,” kata wanita sama.

Perlukan saya menyamar majestrit atau hakim apabila berhubung dengan manusia seperti Damia?

22 ulasan:

  1. Kakcik juga sama sekali tidak suka bila angkat saja telefon, ditanya 'siapa tu???'. Eh.. siapa telefon siapa?? Susah sangat ke nak kenalkan diri dan bercakap elok-elok, 'saya abc, boleh saya bercakap dengan xyz?'

    BalasPadam
  2. dulu kalau kawan telefon..mak cukup marah bila tanya ni siapa...
    jawabnya..

    "kawan"...

    mestilah kawan takkan musuh..pe salah bgtau nama..aish..samapi skang kawan hubby pun ramai yang buat gitu...

    ni sape?

    ni kawan..



    nanti takkan nak cakap dgn hubby...



    tadi kawan awak call..

    siapa?

    entah...katanya kawan je...



    no pulak tak kenal...
    haru...haru

    BalasPadam
  3. hehehe lawyer betul bizi, tak sempat ajar assistant nyer phone etiquette.

    BalasPadam
  4. orang yang suka menjadi orang lain aje yg berperangai macam tu, lagi satu saya pun sangat sangat tidak suka bila terima panggilan tp dia boleh tanya kita ni siapa,patut kenalkanlah diri dulu.

    BalasPadam
  5. banyak kali gak la dapat panggilan macam ni.. tapi selalu sy tanya dia dulu.. dari firm mana??? apa no company??

    BalasPadam
  6. Apa-apa pun, sebaik-baik memulakan perbualan dengan memberikan Salam...Salam sejahtera..atau selamat pagi...dsb. Berkomunikasilah dengan adab sopan. That's the best to start a conversation. Kedua-dua pihak mampu melakukannya.

    BalasPadam
  7. Tersalah nombor, bagi ayat:

    "Hai yangggg,,"

    sejuk hati heee...

    BalasPadam
  8. bro biase la tu....kadang2 dieorg saje je tu nk bagi tertanya2

    BalasPadam
  9. kalau saya, tak fikir mcm saudara fikirkan.....tu...
    ragam manusia bermacam-macam..
    :)

    BalasPadam
  10. Ha.. ha..

    Damia patut belajar byk dari Inspector Gedget...

    BalasPadam
  11. salam,
    tugasan harian sy mmg berhubung dgn pihak peguam n ye,dey ols kebanyakannye kurang ethic bile bercakap,sombong & bile kite intro diri kite siapa,& tekan sket suara bgtau knp kite cll (bukan saja2 cll,nt i tak attend case ni sbb tak cukup info) barulah terhegeh2 nk jawab..bosan lah..slalunye kerani jer,pastu receptionist dey ols ni,pemalas n takde nada yg betul ketika jawab..haih..
    p/s:adat dunia,ada yg elok ada yg tak,hadap ajerla kan..tp bagus bro,brought up this matter.

    BalasPadam
  12. memang selalu jadi macam ni, lagi masalah bila beli no baru, nanti kawan kawan owner nombor lame call. sekarang ni tak sudah orang call tanye nk beli ticket bus, ingat pekerja transnasional. yang paling sakit hati lagi, bile tanye mane dapat no, di web rasmi trans, nampak sangat tak update.

    BalasPadam
  13. selalu, bukan kadang2 lg.. lebih kuah dr sudu.
    maafkan je la... certain ppl IQ dan mentality berada di level yg lain, kdg sukar nak jangka, nak faham...
    kita yg masih di tahap reasonable ni, bertoleransi je lah.

    BalasPadam
  14. hmm... memang tension...dia call dia plak tanya sapa kita..suppose kita yang tanya sapa dia..hahahaha
    lawak pagi la si damia tu...

    BalasPadam
  15. hairan..saya pun pernah berada di situasi yg sama....si pemanggil pun dari pejabat peguam

    BalasPadam
  16. Bro, Ada panggilan ke ofis saya yang mendakwa dia peguam dan cuba menghubungi pekerja saya melalui hp tapi tak berjawab. Kemudian dia menghubungi pihak syarikat. Masalahnya dia memang bercakap tanpa etika, dan bila saya enggan menyerahkan telefon kepada si pekerja dan meminta dia meninggalkan pesanan dan no telefon dia meninggikan suara kepada saya sambil memaki hamun. Memang takde sivik.

    BalasPadam
  17. sy pernah berpraktikal di legal firm, tak dinafikan ada staff yang bukan berpangkat lawyer agak melebih2 'gaya'nya berbanding lwyer sendiri. Tapi bila lama2 baru sy faham kenapa hal tersebut berlaku. apalagi, mereka TENSION!!! kerana kerja mereka lebih banyak dari lawyer, walau lawyer yg selalu masuk court. kerana segala titik bengek kerja2 diselesaikan oleh mereka. bezanya mereka tak boleh mewakili anak guam depan hakim.. kesimpulannya, fizikal mereka memang sibuk, lawyer pula banyak kepada mental. tapi tak dinafikan banyak lawyer yang banyak buat sendiri... Ini semua atas pilihan sendiri kan? Kalau tak sanggup ambil tanggungjawab tersebut, mungkin boleh cuba kerja lain.. hanya pendapat spnjg berapa bulan di firm. kalau dah beramal lama, mungkin berbeza pandangan dgn saya. Huhu... panjang pulak. Maaf:)

    BalasPadam
  18. tuan,

    rasanya perlu.. berlakon tuan hakim mahkamah hakim pun ok.

    BalasPadam
  19. Kelakar saya tengok komen Juma.
    Juma, orang lain pun stress jugak. Ingat receptionist lain tak stress? receptionistlah yang paling banyak kena maki hamun dengan orang yang mereka panggil.
    ambil contoh receptionist 24 jam untuk syarikat telekomunikasi atau kad kreit.
    orang akan call mereka kalau ada masalah. tak ada orang call nak beritahu "hey reception dekat kampung saya elok! terima kasih.." tentunya pemanggil berada dalam keadaan marah. pernah dengar kisah rakan2 anda maki hamun kepada call center streamyx atau maxis atau seumpamanya? saya pernah.
    dan kalau anda panggil mereka esok hari mereka akan tetap menjawab, "helo, boleh saya bantu?" dengan suara yang paling sopan dan manis sekali.walaupun pada 2-3 pagi.
    renung2lah.

    BalasPadam
  20. Damia ini mungkin asal kejadian dia begitu; orang begini elok kerja warden di penjara.

    Bini saya bila saya buat panggilan di ofisnya sentiasa menjawab

    "Hello... Jamilah bercakap.. bla.. bla bla... " tiap kali begitu, sejak awal dia berkerja lebih 20 tahun dulu sampailah sekarang!

    "Ayah ni..." barulah nada suaranya bini saya tu berubah!.

    Maksudnya tak timbul masalah rasa nak menghentak gagang telefon.

    Sebaiknya pemanggil yang kena perkenalkan diri; apatah lagi nak minta bantuan. Tak pernah kita dengar sesiapa memohon sesuatu tanpa maklumat diri!. Nak beli nombor telefon mudah alih@bimbit pun sekarang kena isi borang. Padahal nombor telefon bimbit itu berapa RM sangat!.

    Minta bantuan tanpa butir diri selalunya hanya Pengemis!. Isk! buruk bunyinya.

    Damia tak macam itu kan?.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.