Khamis, Ogos 12, 2010

"Saya Ahli Pekida"

Minggu lalu saya menerima laporan berhubung kes sekumpulan lelaki mendakwa ahli Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia, Pekida dikatakan datang 'melawat' pejabat krew 999 di Johor.

Perincian kejadian tidak dapat saya catatkan di sini kerana laporan polis dibuat berhubung kes terbabit.

Apapun, anda boleh membaca luahan Hazrey di sini.

Saya difahamkan 4 kereta peronda polis dan sepasukan anggota polis Cawangan Jenayah Berat dilaporkan berada di lokasi untuk membantu mengawal situasi. 

Saya kemudian menghubungi lelaki dipercayai ketua kumpulan.

"Ya, saya ahli Pekida, anak buah ayahanda Baharom," katanya.

Lalu saya menghubungi ayahanda terbabit di Johor Bahru, Johor melalui nombor telefon bimbit diberikan kenalan, ayahanda Pekida di Lembah Klang.

"Kalau dia orang bukan ahli Pekida tetapi mengaku ahli, buat report polis. Tak apa, saya akan call Abang di sini, minta tolong cari budak tu," ujarnya.

Dari gaya percakapan bersopan dan intonasi terkawal, saya dapat merasakan beliau mudah diajak berunding. Beliau ketua dan barangkali sudah berusia sekaligus berpengalaman menangani kes membabitkan anak buahnya.

Saya cuma memohon beliau menyiasat berhubung tindakan anak buahnya datang 'melawat' secara berkumpulan. Tidakkah masalah timbul boleh dirundingkan di antara 2 individu secara profesional bersesuaian dengan nama 'Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia'? Tambahan pula, saya kemudian difahamkan masalah terbabit tercetus hanya kerana berlakunya salah faham membabitkan status individu ketiga. 

Adakah datang secara berkumpulan itu maksud stail 'adik beradik' diamalkan di kalangan ahli Pekida? Adakah semua ahli kumpulan berada di lokasi terbabit benar-benar faham  berhubung fakta sebenar kejadian didakwa berlaku? 

Bagi saya, ahli terbabit tidak perlu terlalu gah apabila bersemuka dengan individu sebangsa dan seagama dan usah menggunakan nama pertubuhan, tambahan pula saya yakin perbuatannya tidak mewakili pertubuhan disertainya.

Saya percaya, majoriti ahli Pekida memahami tujuan sebenar penubuhan pertubuhan terbabit dan menjalankan pelbagai program berfaedah demi kebajikan Melayu. Cuma segelintir, dilaporkan sering menggunakan nama pertubuhan untuk meraih kepentingan individu.

Kecoh Melayu, dapat malu Melayu.

22 ulasan:

  1. senang cakap diorang tu kalau berdepan seorang diri memang pengecut tapi berani bila datang berkumpulan...nampak sangat masing2 takde telur...

    nasib baik la polis ada...kalau tak sebarang kemungkinan boleh terjadi.

    BalasPadam
  2. aku benci yang 3 line nie...memang benci..benci dan benci..mereka adalah yang tergolong dalam golongan yang menzalimi...

    mereka mendabik dada dgn tujuan menakutkan...kalau ada 3 line kat kereta tu...tak boleh usik....eee..

    tak sukaaaaaaa.......berlagak...

    arrgh..takmo cakap.dah..memang tak suka...lari dari tujuan asal mereka...

    BalasPadam
  3. Ermmmmm..... inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Memang ada ahli kumpulan ini yang begitu mendabik dada dengan nama kumpulan mereka. Seolah2 menjadi ahli kumpulan ini, mereka boleh berbuat apa saja!

    BalasPadam
  4. kenapa ye, dorang suka sangat menunjuk2...yg duk diatas tak lebih2, tapi anak buah yg berkokok byk...

    BalasPadam
  5. PEKIDA???
    3LINE???

    ~yawn~
    BOOORIIING....

    "Bila kawan ramai keliling kita,
    cakap besar, tunjuk belang.
    Tapi bila sorang2, pengecut pemalu macam semua orang."

    Petikan lagu TENTANG-TENTANG oleh BUTTERFINGERS.

    Ape yang tinggal hanya nama yang buruk untuk Bangsa Melayu..
    Melayu malu disebabkan oleh mereka yang taksub untuk mendabik dada, mendapat nama dalam kalangan bangsa sendiri sampai ada yang sanggup pijak anak bangsa sendiri..

    Such a LOSER!!!

    BalasPadam
  6. bro tak payah nak memuji di orang... kes kes begini bukan baru

    BalasPadam
  7. Salam angkel mazidul,

    ai sokom stetmen yu ini...

    "Saya percaya, majoriti ahli Pekida memahami tujuan sebenar penubuhan pertubuhan terbabit dan menjalankan pelbagai program berfaedah demi kebajikan Melayu. Cuma segelintir, dilaporkan sering menggunakan nama pertubuhan untuk meraih kepentingan individu."

    Sekian...('',)

    BalasPadam
  8. salam,

    saya sendiri berumur 18 tahun faham bahawa pekida sepatutnya pertubuhan yang lebih islamik.tetapi,kita kerap dengar mengenai perihal melayu yang besar kepala tak tentu pasal pukul hentak bangsa sendiri.

    ya,rakan saya sendiri suka berbangga dengan pangkat ayahnya yang boleh dikatakan besar dalam pertubuhan ini.terus-terang saya kata,apa kejadah kalau nama pekida pergi main mahjung waktu maghrib?

    mujur tiada dikalangan ahli keluarga saya menyertai pertubuhan ini.mudah sangat kalau pertubuhan ini hendak dicop sebagai gangster melayu.mereka bersatu atas nama pekida dan setiap ahlinya berasa gah.apabila bergaduh,tak payah cakap datang macam adik beradik.

    hey melayu,bangkitlah sedar!
    jangan mudah melatah apabila tergugat dan rasa berkuasa untuk hentak bangsa sendiri.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya, depa masa sampai tu tak tau opis apa, mungkin kutu kutu tu semua ingat itu opis buat popiah. Bila saya bersemuka dengan hercules, iron man dan spiderman, diiringi hampir belasan anggota polis, depa tercengang.

    Lepas tu baru depa tau, opis apa. Cerita depa datang tu memang sangat kelakar. Dan akhirnya chief kepada kononnya justice league, bila saya dah buat laporan polis, tak cukup tanah mintak maaf, mintak ampun. Well, bak kata orang, terlajak hummer boleh gostan, terlajak kata?

    My words to them: agaknya korang ni semua dah biasa buat macam ni, ingat semua orang akan takut dengan korang ehh? Tulah, tuhan tu maha kuasa, kena buku dengan ruas. It sounds a bit bongkak but, they deserved it! lols !

    Ingatkan reramai ni nak ajak jemaah solat, tapi macam mana nak solat, mulut sekor sekor semua bau arak. Well, bro, itu cara mereka berdakwah. Tahniah Pekida.

    BalasPadam
  10. selamat ber'pekida.'.

    tak kira bulan mana..

    apa hukuman bagi ahli yang meyamar..

    sebagaimana ubat2 tiruan..

    BalasPadam
  11. Brutal Solo, yang baik tetap baik, yang tidak baik perlu diubah.

    Hazrey, I agree. Kekadang ada waktu terlanggar busut bersalut batu. Apabila diterajang, berdardah ibu jari.

    Elly, selalunya begitulah.

    BalasPadam
  12. anak buah yg berlagak melampau melebihi abang2 & ayahanda...

    BalasPadam
  13. hahaha..tu baru anak buah..belum lagi tengok ragam kekanda ngan ayahanda ekspres..al fatihah pun tak lepas mcm mana la nak berjuang..

    BalasPadam
  14. Hubungan dengan Allah kena betul dan hubungan dengan Manusia pun kena betul..
    kalau dgn Allah ok tapi dgn manusia tak ok...fail
    kalau dgn manusia ok tapi dgn Allah tak ok...lagi lah fail nya

    BalasPadam
  15. Pekida ni pertubuhan sah...tapi klu banyak sangat masalh yang timbul baik lenyapkan saja PEKIDA dari bumi Malaysia ni.....Ust. Asri bekas mufti Perlis xmasuk pekida pn...tapi banyak jasad dia dalam bela n betulkan melayu...sama jugak Tun Mahathir..bukan ahli pekida...tapi nilailah sumbangan dia kepada negara....buat pertubuhan 2 bagus..tapi klu nyusahkan kita baik xpayah...

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  16. bila dipanggil gangster/samseng melayu xnak plak mengaku....kata nk membela org melayu tp semua tu sandiwara belaka....hancing...!!!!kalau dtg satu kampung satu batalion jgnkan gajah,dinosour pon tumbang....hanye berani bila Dtg ramai-RAMAI tp xbawak OTAK...CUBA DTG SORANG-SORANG....SILAP HARI BULAN LARI LINTANG PUKANG.......SPESIS XGUNA PUNYE ORANGG!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  17. pekida??? ada yg berpecah dari tujuan asal a.k.a kongsi gelap. potong merah la, putih la. mcm2... lau nk cite 3 kali raya aji xabih... apa pun, ikut hukum ALLAH S.W.T.... amal makruf, nahi mungkar....TAKBIRRRR!!!!
    ALLAHUAKBAR!!!

    BalasPadam
  18. Kau org tau tk kita ini hidup berbilang bangsa pikirkan lh persatuan dan kesatuan melayu itu tak salah tapi individu kerana susu sebelanga rosak yg kau ni mazidul jgn lh jadi yahudi kalau org pas mencuri takan kau salahkn pertubuhan atau partinya di situ banyak org2 baik dan beriman dan kalau org umno merompak bukan parti nya dan pertumbuhan nya perompak tapi individu yg pasti dihukum kita org melayu tk kira apa parti apa pertubuhan harus bersatu tegur yg baik jgn jadi dajal utk perpecahan melayu dan agama islam setiap jamaah ada kuman nya sendiri kalau tengok pada kuman apa pun tk jadi melayu harus bersatu dan islam alquran menjadi dan pegangan

    BalasPadam
  19. pekida.... 3 lines!!!.. memang betul.. kerana nila setitik abis rosak susu setempayan...

    BalasPadam
  20. Maaf menyampuk link... slogan mereka AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR... tp masalahnya... mana AMAL MA'RUF nyer?? bila bersalaman, siap mcm pangkah salib kt dada, sehingga kwn beragama Kristian tanya, diorang nie Kristian ke Islam? siap berbuah2 bagai.. Mana NAHI MUNGKAR nyer apabila, pub, club kluar masuk sesuka hati.. apabila arak diminum tanpa rasa peduli?.. jika benar Majlis2 Islam, Pendakwah2 Islam mahukan ISLAM kembali gah... betulkn dahulu akidah anak bangsa sendiri... jgnkn apabila org lain mghina Islam itu yg hu ha sana sini, kluar masuk TV... Mohon Mazidul bongkarkn aktiviti mereka semua kepada semua majlis agama Islam.. jangankn orang lain hina Islam kita riuhkan sedangkan akidah anak bangsa kita sendiri dilupakan...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.