Ahad, Ogos 28, 2011

SOS! Angkasawan Ke ISS, Kampung Tiada KemudahanTelefon Talian Tetap

Lihat gambar di bawah ini, saya rakamkan petang tadi.


3 hari lagi Malaysia akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-54. Masyarakat di  bandar dan bandaraya telah berkurun mengecapi nikmat pembangunan berikutan kemerdekaan negara.

Selain dilengkapi kemudahan jalur lebar, khidmat telefon talian tetap turut ditawarkan oleh TM kepada pengguna hampir di seluruh pelusuk tanah air.

Namun keadaan itu tidak boleh diapplikasikan di beberapa kampung di antara Tanjung Malim dan Slim River, Perak.

"Setiap bulan pengguna kena bayar sewa talian RM26 tetapi talian bukan ada. TM dah hantar kepada saya 29 surat warning agar menjelaskan bil telefon tertunggak, lebih RM200," jelas Shahrin Mohd Rani.


Untuk rekod, Shahrin, anak bekas ketua kampung, Kampung Sungai Dara.

Sebelum secara kebetulan bertemu penduduk kampung berusia 58 tahun itu, saya sempat merakamkan beberapa gambar tiang telefon tanpa wayar.


"Sebelum ini, memang ada wayar tetapi dengarnya, kabel diperbuat daripada tembaga asyik kena curi tetapi masakan masalah itu tidak boleh diatasi kakitangan di Tanjung Malim?," soal Shahrin.

Ya, masakan masalah itu tidak boleh ditangani.

Pencuri memang tetap mencuri namun tidakkah wujud kaedah lain untuk membantu lebih 400 penduduk untuk menikmati kemudahan telefon talian tetap?


Terfikir, angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Syukor telah dihantar ke International Space Station, ISS, penduduk beberapa kampung selain daripada Kampung Sungai Dara, masih tidak mengecapi sistem perhubungan asas.

Janggal sungguh bunyi kenyataan di atas.


Saya difahamkam penduduk Behrang Batu 7, Behrang Batu 8 dan Kampung Sungai Bill setakat ini mempunyai telefon talian tetap dibekalkan TM di rumah tetapi sekadar dijadikan hiasan sahaja.

Pada masa sama, kawasan perkelahan, Kampung Sungai Bill juga tidak menikmati kemudahan talian Celcom hingga ke saat tampalan ini ditulis.

Untuk rekod, Ahli Dewan Negeri bertukar ganti, pada awalnya disandang wakil Barisan Nasional, kemudian Parti Keadilan Rakyat, kini bebas, Yang Berhormat Jamaluddin Mohd Radzi.

Kuasa berada di tangan YB, bantulah penduduk kampung.

Ingat, penduduk di perkampungan terbabit mengibarkan Jalur Gemilang sama seperti penduduk di daerah lain sempena menyambut 31 Ogos 2011.



Sudahlah tiada talian tetap, tiada talian Celcom jauh sekali kemudahan jalur lebar. Bukan apa, sesekali teringin memuat naikkan tampalan blog dari rumah tanpa perlu memandu kira-kira 17 kilometer ke pekan Slim River untuk berkongsi nukilan bersama ribuan pembaca.

Penatlah YB. 

Lebih mengejutkan, Celcom mengambil inisiatif membina stesyen pemancar di kawasan pedalaman, Kampung Orang Asli Pos Bersih, Ulu Slim tetapi tidak di beberapa perkampungan Melayu.

Saya berasa amat gembira, orang asli mendapat kemudahan telekomunikasi sebegitu tetapi pada masa sama terkilan berhubung sikap operator talian mudah alih kerana dilihat menganaktirikan kemudahan di kampung dihuni penduduk majoriti negara ini.

Baca di sini.

14 ulasan:

  1. kampong saya di johor kabel asyik kena curi jadi TM malas ganti kabel baru. Tunggu apa lagi potong sajalah. Kalau tak potong kena bayar bil juga. Sendiri yang susah.

    Pasal internet boleh gunakan 3G antenna yagi/panel dan 3G modem bermutu tinggi atau gunakan TM stimmix wireless EVDO.

    BalasPadam
  2. mati² saya ingatkan satu Malaysia ade talian TM...rupenye ade yg tertinggal...

    BalasPadam
  3. Minta izin memberi komen,maaf jika komen saya pro-TM.

    Tuan Mazidul,
    jika isunya kabel yang dicuri, memang mengambil masa yang lama untuk dibaiki.. pihak TM kena dapat keizinan pelbagai (cth; TNB, jabatan air, org perseorangan) bergantung dimana kabel yang bakal ditanam tu.

    Ada sesetengah tempat yang TM tak nak menggantikan kabel setelah dicuri kerana TM akan rugi setelah dicuri dan dicuri lagi..dan akan mencadangkn mereka mengguna CDMA iaitu talian tel menggunakan signal tapi ianya lbh mahal dan caj pemasangan yg agak tinggi, tp utk individu yg dahagakn talian tel/internet, mungkin ini saja jln terbaik.

    Sewaktu bekerja di streamyx dolu,streamyx dan telefonis berkongsi dept yang sama (sy tak pasti skrg). ada beberapa kes yang TM baru siap gantikan kabel, 4jam kemudian kabel dicuri semula. Ini pengalaman saya sendiri sewaktu menjadi 2nd level di streamyx. kalau Tuan Mazidul semak di akbar (saya lupa akbar apa dan bila) ada kg yang tubuhkan jawatan kuasa utk mengesan si pencuri kabel yang dipukul oleh orang kg, sebab org kg dah bosan dgn masalah yg sama lagi dan lagi.

    Tp ini pendpt peribadi sy, bukan bg pihak TM :)

    BalasPadam
  4. Tuan Mazidul, tiada telefon talian tetap dangan kabel dicuri adalah dua isu berbeza.

    Antara tempat yg tiada langsung talian tetap ialah Kampong Lubuk Sipat, Benut. Tempat ini dan kaw sekitarnya TM menyediakan TM WILL. Dulu kaw Benut memang banyak pengguna TM Will dilihat pada antenna tepi rumah. 20 tahun dulu oklah sekarang tak berbaloi sebab kadar telefon mudah alih lebih murah.

    Kabel dicuri tak boleh buat apa sebab tiap-tiap bulan ganti kabel siapa boleh tahan ? Ada tempat TM ganti dengan kabel bawah tanah jika kaw itu ada menara telekomunikasi.

    Tiada liputan Celcom GSM ? Buat laporan kepada Celcom, celcom tak layan, maxis ada. Liputan 3G isu lain.

    Cadangan saya pada penduduk kampung, panggil wakil TM, minta nasihat untuk potong talian. Pandai-pandailah runding untuk mendapatkan rebet tiada perkhidmatan.

    BalasPadam
  5. Tuan Mazidul,

    Salamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

    Saya tahu, Mazidul berasal dari daerah ini. Memang lah, kita berasa kecewa apabila kemudahan yang ada tidak dapat digunakan. Pada pendapat saya, kalau nak disalahkan pada satu pihak sahaja, adalah tidak adil.

    Berdasarkan rakaman gambar diatas, pihak TM telah pun menjalankan tanggung jawab sosialnya. Saya pasti, apabila kabel tersebut dicuri pada kali pertamanya, sudah tentu pihak TM telah mengantikannya dengan kabel baru. Tetapi, kes kecurian kabel ini berlarutan, kita tidak boleh menyalahkan pihak TM.

    Penduduk setempat juga perlu memainkan peranan masing2. Jika ternampak mereka yang mencurigakan, perlu lah mereka mengambil tindakkan yang sewajarnya. Atau mungkin juga Tuan Mazidul boleh mencadangkan suatu kaedah yang membantu pihak TM mengatasi masalah kecurian ini.

    BalasPadam
  6. Jari dan Hafiz, saya hanya memaparkan situasi sebenar.

    Itu FAKTA.

    BalasPadam
  7. Pemerhatian saya sendiri yang membuatkan saya masih berfikir hinggi kini. Semasa bekerja di Perak dulu saya sering masuk kampung kampung. Di kampung baru yang penghuninya masyarakat cina, kabel telefon banyak atas tiang dan tak ada masaalah kecurian. Bila saya masuk kampung melayu, contohnya Felda Besout 2, 3, dan 4, habis semua kabel TM hilang walaupun tiang kabel tu terletak betul-betul depan rumah penduduk. Mungkin sikap "mencegah kemungkaran" dah hilang dari diri kita. Inilah hakikatnya.

    BalasPadam
  8. pergh, ni bukannyer masalah tiada talian telefon tetap, bagi aku, ni adalah masalah kecurian kabel, masalah vandalaisme yang terus menerus dibiarkan tanpa dirawat. tak guna pasang apa sajer jenis talian sekalipun kalo pencuri kabel tu depa biar tak bertambat kaki tangan dan tengkok depa. kena bela macam kambing. takde tempat yang tak boleh dimasuki oleh kemajuan kecuali tempat yang banyak kaki sabotage macam pencuri kabel neh.

    BalasPadam
  9. Minta laluan. Kalau dibaca komplen Shahrin diatas, TM masih menuntut bayaran sewa walaupun talian telefon tiada. Jadi bezanya TM tu mencuri duit Shahrin dan org kg disitu secara undang2. Tapi pencuri kabel mencuri secara haram. Fikir2 lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau talian/perkhidmatan sudah tidak lagi boleh digunakan seperti biasa atas sebab-sebab pihak ketiga atau apa alasan sekalipun, pelanggan boleh ke pusat khidmat pelanggan terdekat untuk tamatkan perkhidmatan dan seterusnya berbincang mengenai kos yang telah dibilkan. tidak ada gunanya melontar penulisan di laman2 sosial dan mengharapkan pihak pengurusan syarikat berkenaan ambil tindakan susulan kerana bagi saya itu hanya menunjukkan tahap pemikiran kita masih di takuk lama. sebagai pelanggan kita berhak menamatkan perkhidmatan walaupun masih didalam tempoh perjanjian langganan sekiranya pihak berkenaan gagal memberikan perkhidmatan seperti yang dijanjikan. Perkara sedemikian boleh dirujuk ke suruhanjaya pengguna sekiranya pihak pembekal perkhidmatan tidak mahu bekerjasama. Berfikir secara positif agar masalah dapat diselesaikan dengan aman.

      "...stupid people do stupid things, smart people outsmart each other..." - Serj Tankian.

      Padam
  10. Assalamualaikum,

    En mazidul, mohon update berkenaan isu ini.
    Saya ingin tahu apa tindakan yang telah pihak TM ambil.

    Terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.