Isnin, Ogos 01, 2011

SAMBUNGAN Tinjauan Kru 666 Di Putrajaya

Dua hari lalu, saya mendapati sebilangan gambar dirakamkan di Putrajaya tempoh hari hilang.

Keresahan itu saya catatkan di dalam tampalan sebelum ini.

Pagi ini, ketika meneliti folder sama, saya terjumpa semua gambar dimaksudkan. Barangkali, khilaf saya, buta mata hati.

Setelah tampalan tinjauan kru 666 di bukit unik di Precint 4, Putrajaya dipaparkan di sini, saya menerima pelbagai respon daripada pembaca bertugas di Wilayah Persekutuan itu. 

Antara respon pembaca ...

'Ada pihak mengatakan Ustaz Harun Din mengarahkan agar bukit itu tidak diganggu kerana mempunyai orang bunian menetap di situ'  

Bagaimanapun, berikutan ketiadaan sebarang bukti, kenyataan berbentuk 'ada pihak mengatakan ...' maka saya menganggap dakwaan itu hanya sekadar hearsay sahaja.

Apapun, ingin saya kongsikan kembali beberapa gambar gagal saya temui sebelum ini. Gambar kru 666 memecahkan cebisan batu kapur bukit sebelum ini didakwa gagal untuk diruntuhkan bertujuan untuk memberikan ruang kepada projek pembangunan.

9 kru 666 tiba di lokasi tepat jam 12.32 malam.


Tinjauan pada malam minggu lalu itu turut disertai anak saya, Azard dan jiran, Ah Chuan.


Jam 12.37 malam, kami kemudian berjalan perlahan menghampiri bukit di kawasan itu.


Farid kemudian merekodkan suhu terendah di puncak bukit terbabit, 58°F sambil disaksikan kru 666 lain.


"Abang tengok, bila saya halakan (cahaya laser) ke atas, suhu jatuh tetapi bila saya ubah ke bukit di sebelah, suhu normal, naik balik ke 70 lebih," ujar Farid.

Jika mengikut teori paranormal, penurunan suhu lebih 10°F, isyarat jelas kehadiran entiti paranormal di kawasan sekitar.

Pada masa sama, saya perhatikan Azard selamba merakamkan gambar seperti dilakukan sebilangan kru 666. Barangkali dia berasa cukup selesa biarpun sudah lewat malam.


"Orang kata tak boleh nak pecahkan, mari kita test menggunakan tangan tengok," ujar Zaki.

Pantas dia mencapai batu kapur tersembul dan dengan mudah mematahkan bahan itu dari permukaan bukit.


Melihat Zaki, Azard pantas bergerak di kaki bukit, ingin turut memecahkan batu rapuh tetapi saya halang. Teringat kenyataan Razali, tenaga tanpa kawalan tidak berguna, sama seperti semangat, tanpa kawalan berbahaya.


Kru 666 kemudian melakukan persiapan ringkas sebelum bergerak ke cerun di sebelah kiri bukit. Sebilangan cuba mendaki lereng namun terpaksa turun kembali kerana keadaan permukaan basah dan licin.


Selain bentuk bukit bersebelahan kelihatan menyeramkan jika dilihat dari jauh, tiada kejadian ganjil dirakamkan kru 666 dalam bentuk audio visual di kawasan itu biarpun pelbagai kisah seram dikatakan menyelubungi bukit batu kapur terbabit.

Dalam tampalan pertama, saya timbulkan persoalan, apakah terjadi kepada Ah Chuan pada malam permulaan Bulan Hantu ketika ditinggalkan berseorangan di sekitar pondok berhampiran Monumen Alaf Baru?

Mari kita lihat gambar saya rakamkan pada hampir jam 3 pagi.


Dia selamat.

"Ingat mahu minta nombor (ekor) tetapi itu benda tak mahu datang," katanya sambil tersenyum.

Dalam perjalanan ke lokasi terakhir, saya merakamkan gambar berikut. Perhatikan secara teliti.


Berikut antara gambar terawal saya rakamkan ketika tiba di kawasan berhampiran tandas awal di Precint 2.


"Bang.ambil gambar air mendidih ini," pinta Farid.


"Mengikut teori, ada orang bagi tahu saya, kalau air panas mendidih kita siramkan ke dalam toilet bowl kotor di tandas awam, bakal ada entiti keluar dari bowl itu. Kali ini kita cuba buktikan samada dakwaan itu benar atau tidak," ujar Azree.

Farid kemudian memastikan sasaran.

"Tandas permpuan lebih kotor, siap ada sisa najis lagi," ujar pelajar bidang kejururawatan itu.


Setelah 2 kamera Infrared dipasang, Rahmat mencurahkan air panas ke dalam mangkuk tandas sebelum kami beredar dengan kadar segera.


Kami kemudian menunggu di luar sambil Abdul Qaiyum Mohd Suib a.k.a Atoi cuba merakamkan audio di kawasan sama.


Beberapa minit kemudian, Razali, Zaki dan Farid cuba mendekati tandas terbabit dari luar sambil memantau kadar medan elektromagnetik menggunakan perisian EMF di android.


Biarpun bacaan EMF menggunakan android didapati tinggi namun satu lagi alat EMF berwarna merah dan hitam di dalam gambar di atas tidak langsung berbunyi.

Jam 4.15 pgai, kami memasuki semula tandas wanita terbabit.


Yeah! A kid will alwayas be a kid!


Rakaman awal kemudian diprebiu oleh kru 666, majoriti masih kelihatan segar pada ketika itu.


Bagaimanapun sewaktu beredar dari kawasan terbabit pada jam 4.30 pagi, keseluruhan perincian rakaman belum dapat ditonton sepenuhnya.

Apapun, jangan lupa like Fan Page 666, sebagai tanda sokongan pembaca kepada kru 666.

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Fuhhhhh! suspen je...ingatkan sdr ah Chuan dah jumpa dengan perempuan cantik.

    Selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam
  2. er...ramainya lelaki masuk kat tandas pompuan...hhhmmm..

    BalasPadam
  3. Wah... Azard berkemungkinan akan mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang yang sukakan cabaran. :)

    BalasPadam
  4. Orbs terbang?

    Saya ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa buat Team 666 & keluarga serta rakan Bloggers.

    BalasPadam
  5. Banyaknya orbs terbang! Tidak pernah pula saya dengar. First time!

    Oh. Sampaikan salam saya kepada Azard. "Kacak lah adik ni!" Hehe. :P

    BalasPadam
  6. Iera, kejap lagi dia bangun tidur saya sampaikan salam awak.

    BalasPadam
  7. Sdr Mazidul,

    Boleh saya tahu model alat-alat berikut. Saya berminat untuk mengkaji entiti paranormal bila pulang berhari raya di kampung nanti.

    i. Model Infrared IR Digital Thermometer
    ii. Alat EMF

    Selamat Berpuasa.

    BalasPadam
  8. dlm gambar yg kt presint 4 tu... ada bulatan2 di sesebahagian gambar kan... apa agaknye ye.. sbb bkn mcm reflection dr kamera atau pun lampu.. begitu juga dgn gambr semasa menuju ke presint dua.. ada cahaya api..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.