Isnin, September 05, 2011

Saya 'Suka' Sangat Haji Mat Sabu

Saya mencatatkan kenyataan berikut di wall Facebook.
'Saya 'suka' sangat Mat Sabu sebab dia TIDAK pernah mencaci.

Kata katanya sentiasa terpelihara dijalin olahan ayat beradab dan dia ahli PAS. Eh! Jangan lupa di depan namanya ada 'Haji'.

Puas hati? Atau kenyataan itu BUKAN fakta?'
Dalam ceramahnya, Haji Mat Sabu didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk kontroversi sehingga menghiris perasaan sebilangan bekas anggota dan pegawai pihak berkuasa.
Beliau ahli politik kelihatan petah berhujah tetapi kaedah penyampaian ceramahnya harus diberikan perhatian. Teringat perihal guru agama mengajar di surau kampung suatu ketika dahulu, biarpun kitab dipegang hanya diterangi lampu minyak tanah malap, ilmu disampaikan secara lembut tetap diserap oleh minda pendengar.
Mat Sabu berbeza.
Tidak dapat disangkal, lawak jenaka dilontarkannya kekadang tersasul sehingga menyakitkan dan mengguris hati orang lain.
Apapun, setakat ini saya tidak berminat menyertai dunia politik. 
Hakikatnya, persoalan terbabit tiba-tiba tercetus di minda lalu saya nukilkan di Facebook tetapi malangnya  setakat ini post itu tidak mendapat banyak respon penyokong beliau. 
Sepengetahuan saya, Islam menuntut penganutnya bertutur secara bersopan, beradab dan sentiasa cuba menghormati orang lain.
Barangkali dalam ceramah politik berbeza perlaksanaannya.
Itu sahaja.  

26 ulasan:

  1. hohohohohoho..mak suka dgr haji mat sabu bceramah.. tp..bab politik xjadik point lagik ~

    BalasPadam
  2. bro, plz.. jgn terlalu prejudis. org bijak akan dgr pandangan dr kedua2 pihak. sila lihat, dgr dan fahami ucapan lgsg dr beliau dgn lapang dada.

    http://www.youtube.com/watch?v=m4hDwBiGPGA

    BalasPadam
  3. Kolang, prejudis dengan mengemukakan FAKTA, dua perkara berbeza atau SAMA pada pandangan bro sendiri?

    BalasPadam
  4. @Kolang Kalen : minta maaf kalo sy salah, bukan ke kejadian bukit kepong pada 23 Februari 1950 dan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan timbul sejak 1946.

    Maknanya pada 1950 tu kita sedang berbincang dgn british utk mendapat kemerdekaan.

    Iya, british dan komunis sama sama penjajah.tapi bukankah kuasa besar pd waktu tu adalah british (rujuk pd kuasa monopoli yg menguasai tanah melayu) komunis cuma hasil tentetan dari kisah kedatangan jepun.

    Kita tak punya senjata dan kekuatan yg setara dgn british, apa yg kita punya dr dulu hingga skrg (mungkin!) hanyalah budi bahasa, dan dgn budi bahasa yg tinggi ini kita gunakan utk menuntut kemerdekaan.

    Sapa kata tok janggut pengganas? mungkin itu yg british kata, tp kan kat sekolah kita belajar tok janggut adalah peluang kemerdekaan.

    Maaf kalo statement sy salah

    BalasPadam
  5. SMTI.
    Saya suka Bro Mazidul punya 'suka' pada Haji Mat Sabu!

    BalasPadam
  6. tak dinafikan komunis memang jahat spt dlm peristiwa d sg manik dan batu pahat tapi british lebih jahat sebab terdirinya negara haram israel adalah dari kerja british

    BalasPadam
  7. bro, fakta adalah fakta. prejudis kebiasaan dtg dr persepsi.

    bebalik kpd soal pokok, gua x nmpk dimana mencacinya beliau menyatakan fakta sebenar dlm hal ni.

    BalasPadam
  8. Apa nak heran. Bukan Mat Sabu sorang saja yg dah naik haji, kebanyakan menteri kita pun dah haji juga. penjawat awam / bukan penjawat awam yang diamanahkan kuasa di Malaysia ni pun banyak yang dah bergelar haji. tapi, pak haji mak haji ni bukannya gerenti maksum. bukan setakat cara bercakap je yang tak molek didengar, ada banyak penyalahgunaan kuasa / manipulasi yang dilakukan oleh pak haji mak haji di Malaysia ni. kalau media nak siarkan, saya pasti surat khabar tebal setiap hari pun tak dapat nak cover semua cerita2 tu. Cuma, secara peribadi, saya tak suka melihat media2 di Malaysia ni melaga-lagakan melayu dengan melayu, juga melayu dengan bangsa lain. Kita dah 54tahun merdeka, media2 juga patut merdeka dalam penulisan mereka.

    BalasPadam
  9. @Jari Pun Berkata: tidak ada kemerdekaan sebenar dlm dunia ini diperolehi hanya dgn budi bahasa & sopan santun saja tanpa mengalir darah, keringat & airmata. sila sdr/ri buat kajian semula dgn jujur ttg sejarah pra, menjelang dan pasca kemerdekaan negara kita. carilah kebenaran bukan sentimen didlmnya.

    BalasPadam
  10. Salam,

    En Mazidul, boleh tak review mengenai kes PETKNODE memandangkan En Mazidul banyak pembaca di pelbagai lapisan dan saya juga peminat blog (silent reader) En Mazidul. Tambah lagi kejadian itu di Damansara sahaja.

    *maaf lari topik.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  11. Merdeka... kita dah merdeka.. Oleh itu, fikir dengan fikiran terbuka dengan fakta. Siapa salah.. siapa betul...tolak tepi tapi kebenaran wajar diperbetulkan dengan fakta dan hujah yang waras.. jangan emosi.. kelak membakar diri.Ubat itu pahit..racun itu manis...

    BalasPadam
  12. Kolang,
    Apa apa pun, Komunis menolak mana2 agama & berkiblatkan ideologi socialism & communism. Masih nak sokong perjuangan PKM (komunis)? Perlu diingat, Karl Marx merupakan "nabi" dalam ideologi komunis..
    Apakah Mat "Syabu" ni "beriman" kepada karl marx?

    BalasPadam
  13. Suka Jam..tak perlulah nak diprejudis dengan mengatakan mat Syabu dan menyatakan keimanan sesiapa...kite bukan Tuhan..anda dah tgk youtube itu sendiri..ada ker bab ckp sokong komunis..tunggu sehingga para sejarahwan setelkan hal ini...kite yg bukan pakar nih eloklah membaca shj dan kaji sebelum ulas

    BalasPadam
  14. Ayat steroetype "kite bukan tuhan".
    5c1d, saya cuma mempersoalkan kenapa disebabkan Indera seorang berjuang bersama ratusan komunis bukan Islam, terus dikatakan komunis adalah "hero". Memang polis masa tu masih bertugas dgn kerajaan British, tetapi tugas untuk menjaga keamanan negara daripada darurat yang dicetus oleh komunis yang disokong oleh Parti Komunis Republik rakyat China. Itu saja persoalannya. Apa-apa pun Komunisme memang anti mana-mana agama. Jgn nak tegakkan benang yang basah.

    BalasPadam
  15. kenapa mat indera ada di buku pejuang negeri johor xsilap,diterbitkan oleh yayasan johor?siap ada ucapan dari menteri besar johor lagi...

    BalasPadam
  16. saya suka melihat perbincangan begini, tanpa caci maki, tanpa emosional. sedap hati membaca komen2 yg penuh kesopanan dan kehormatan walaupun berlainan fahaman politik. bagusnya jika malaysia bersatu padu. tentu isu murtad dan menghina agama dapat ditangani dengan mudah...

    BalasPadam
  17. Izharnorizwan,
    Mungkin saudara pernah membaca artikel mengenai Mat Indera yang mana, pihak komunis yg dipimpin beliau hanya menyerang "mata-mata" british dan bukan polis. Dan lagi satu, tragedi bukit kepong bukannya menyerang balai polis, melainkan "rumah pasong". Dua perkataan inilah yang menghalalkan perbuatan zalim komunis terhadap anggota keselamatan semasa tragedi bukit kepong.

    Namun, Mat Indera mungkin boleh dijulang sebagai pejuang kemerdekaan sebelum mat indera bekerjasama dgn komunis. Tetapi apabila bekerjasama dengan komunis, maka layak digelar pemberontak. Kerana golongan inilah yang melambat-lambatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu pada masa tersebut. Walaupun dah merdeka, pihak komunis ini masih tetap dengan pergerakan haluan kiri & terus-terusan mengganggu keselamatan negara.

    BalasPadam
  18. saya bukan apa..saya baru je dgr pasal mat indra ni sejak kebelakangan ni..so saya baca apa yg berkaitan..keliru je..mybe saya nk ke london la..sbb sy dgr bnyk buku2 sejarah tentang tanah melayu kt sana..tapi kenepa disimpan di sana?

    BalasPadam
  19. tapi bila banyk membaca kita akan keraguan,tetapi tidak tahu keraguan disebelah mana...sbb masa sekolah tidak pernah dgr pun bend2 macam ni..tiba-tiba hati akan ckp,"eh..."

    BalasPadam
  20. tersinggung sebenarnya,

    Ayah sy 78thn dah hidup dari zaman British, Komunis, Jepun, 13Mei.. kami hilang keluarga sanak saudara, ada yg cuma jumpa lencana tertulis nama tapi jasadnya tiada hingga kini, kubur dimana, tulang tak jumpa..

    Jangan semata-mata kerana kepentingan peribadi, nawaitu utk senangkan diri sendiri, menidakkan pengorbanan dan usaha orang yg terdahulu dari kamu. Rasanya lebih mulia 'nawaitu' mereka mempertahankan balai, anak2 dan isteri dari kamu yang tak sedar diuntung negara dah aman, bercakap sesuka hati.

    "Barangsiapa yg mati mempertahankan darahnya (nyawanya) dia syahid, juga yg mati mempertahankan nyawa ahli keluarganya." hadith hasan, HR Termidzi

    Kita tak rasa susah mereka, tak hidup zaman tu, tak alami emosi mereka ketika itu, dah senang macam ni.. jgn lupa berterima kasih. tak juga.. tak usah buat org lain (terutama keluarga polis Bukit Kepong) sakit hati cukuplah!

    BalasPadam
  21. cuba baca ini untuk share sahaja... sekadar untuk menambah pengetahuan.. http://www.ziddu.com/downloadlink/16375972/menjejaki-mat_indera.pdf

    BalasPadam
  22. kita semua akui yang orang-orang melayu ada menjadi tentera dan polis british..seperti yang kita tahu kedua-dua organisasi ini adalah "buat atas perintah"..mungkin mereka yg menyertai organisasi ini tiada pilihan lain apabila diperintah mungkin juga ada maksud dan mungkin juga yang terselindung disebalik pemerintah british terhadap orang melayu pada masa itu.ini yang perlu dirungkai generasi sekarang ini.

    BalasPadam
  23. 2 belah pihak adalah penjajah dan tolak ke 2 belah pihak.
    Berlaku perang 3 sudut iaitu Komunis,anak tempatan dan British.

    Ketika British diserang ia diserang oleh Komunis dan Anak tempatan ,adakah kita boleh gelar Komunis dan anak tempatan bekerjasama?

    Ketika Komunis diserang ia diserang oleh British dan Anak tempatan,adakah kita boleh gelar British dan Anak tempatan bekerjasama?

    Sejarah yang dibukukan kini ditulis oleh pihak pemenang yang diisytiharkan oleh British.Sape yang menang maka ia yang menulis buku sejarah.Sejarah tidak boleh diubah tetapi catatan sejarah boleh dipalsukan oleh pihak yang berkepentingan.

    Jika kita menghalalkan petualang yang bersekongkol dengan penjajah samalah kita menyokong tentera Israel yang beragama Islam di Israel yang merampas tanah umat Islam dan memberikan ia kepada Israel sebagai tanah jajahan dan seperti menyokong Perjanjian HAMAS FATAH yang kononnya memberikan kemerdekaan dan negara hanya dinaungi namun hakikatnya tetap dijajah secara dalaman.

    Menentang British tidaklah bermakna menyokong Komunis dan menentang Komunis tidaklah bermakna menyokong British kerana Komunis dan British ditentang.Media cuba mencanang sesiapa yang menentang sokongan British maka ia menyokong komunis.

    Fakta komunis juga perlu difahami sebab gelaran komunis terbahagi 2 iaitu kerana sememangnya menyokong komunis atau kerana menentang British.British telah mencanang sesiapa yang yang menentang British adalah komunis.

    Hadith yang UMMI bawa itu bersifat khusus dan jangan gunakan untuk perkara umum malah dalam sanad hadith tersebut juga ada permasalahan thiqah pesanad.Apa2 pun harap mereka mati kerana pertahankan Islam supaya mendapat mendapat pahala syahid dan bukan kerana pertahankan British atau tanah jajahan British.

    Forum secara terbuka bagi setiap pihak membentangkan pandangan perlu dibuat supaya info secara matang dan ilmiah dapat dilihat oleh masyarakat.

    BalasPadam
  24. saya boleh terima pendapat ismi azraf,sekarang ni pelbagai pihak sering munuduh antara satu sama lain,kalau boleh en mazidul buat selongkar misteri ini dan jadikan ianya fakta.saya cuma memberi cadangan.saya rasa tidak mejadi masalah kepada en.mazidul kerana pengalaman en mazidul sebagai wartawan huhuhu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.