Menurut Naib Presiden Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Adelina Iskandar, TNB mengesan dua kesalahan dilakukan oleh pengusaha kolam terbabit yakni pembinaan struktur kekal dan aktiviti memancing membahayakan jika tali pancing terkena talian penghantaran, transmission lines.
Kedua kegiatan terbabit berkebarangkalian mengakibatkan berlaku risiko pancaran arka (flashover) yang boleh mengakibatkan gangguan bekalan elektrik, kerugian harta benda akibat voltan berlebihan dan juga kehilangan nyawa.
TNB menyiasat kes ini mengikut Seksyen 37(12) Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
"Bekalan elektrik ke premis terbabit dipotong kerana berlaku sambungan haram yang dibuat oleh pemilik kolam pancing dari rumah Orang Asli berhampiran. Difahamkan, pemilik kolam membayar bil elektrik bulanan kepada pemilik rumah menggunakan tarif domestik sedangtkan kolan memancing itu sepatutnya dikenakan tarif komesil berdasarkan jenis operasi," jelas Adelina.
Tambah Adelina, TNB hanya berkuasa mengeluarkan notis bahaya dan meminta pihak berkenaan keluar dari kawasan di bawah talian. Dalam kes ini, TNB telah beberapa kali mengeluarkan notis kepada pengusaha kolam pancing terbabit dan kali terakhir pada hari ini.
Melalui maklumat saya perolehi, pagi tadi, kakitangan TNB dan wakil Suruhanjaya Tenaga Malaysia dilaporkan melawat tapak kolam memancing itu. Sumber, pemancing memaklumkan saya, selepas TNB memutuskan bekalan elektrik ke kolam itu, pengusaha telah menggunakan generator sebagai pembekal tenaga elektrik.
TNB MENDAKWA beberapa kali mengeluarkan notis kepada pengusaha. Soalan saya, berapakah bilangan notis dikeluarkan dalam tempoh 8 tahun? Sepuluh? Dua puluh? Lapan puluh? Jika benar dakwaan itu, mengapakah TNB tidak melaksanakan tindakan susulan sekaligus berusaha memastikan nyawa pemancing tidak tergugat?
Klik di sini
"Kuasa meroboh atau menghentikan operasi di bawah talian terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan, MBPJ. Lanjutan daripada notis 7 hari dikeluakan oleh MBPJ, operasi merobohkan struktur di kolam memancing itu akan dijalankan oleh MBPJ dengan kerjasama TNB sekiranya pengusaha masih tidak melakukan tindakan," kata Adelina lagi.
Lebih ajaib, mengapakah TNB membenarkan pengusaha melanggar Akta Bekalan Elektrik selama hampir 1 dekad?
TNB, tolong berlaku telus dan tulus jika ingin memberikan jawaban lengkap.
Kepada ADUN Bukit Lanjan, kini berjawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, sila jenguk dan ambil tahu mengenai kes ini.
Sebentar lagi, saya akan ke kolam memancing ikan itu dan melihat samada premis itu bergelap atau terang-benderang.