Sabtu, April 10, 2010

Dhaka Di KLIA?

Benar, saya beberapa kali menulis berhubung beberapa kelemahan perkhidmatan Malaysian Airlines System, MAS sebelum ini.  Namun, tindakan itu tidak bererti saya membenci MAS. Sehingga kini saya tetap bangga menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan negara terbabit.

Penerbangan saya ke Kuching dijadualkan pada jam 10.05 pagi semalam. Saya dan krew 999 tiba awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada jam 8.45 pagi dan ke kaunter untuk mendapatkan pas masuk.

"Maaf, conveyor belt rosak sejak pukul 7 pagi tadi, satu island down. Nanti beg ni encik kena angkat dan bagi kepada pekerja di sebelah sana," ujar kakitangan bertugas di kaunter.

Tiada masalah, beg bukan berat dan kami tidak perlu berjalan jauh untuk ke kawasan beg diimbas secara manual. Berikut gambar lokasi dimaksudkan.


Perhatikan pekerja berbaju biru. Pada jam 8.55 pagi, hanya mereka berada di situ bersama beberapa anggota polis bantuan. Saya paparkan gambar lebih dekat untuk tatapan pembaca.


Saya difahamkan, mereka pekerja syarikat vendor warga Bangladesh, bertugas mengangkat ratusan beg penumpang dan kemudian meletakkan beg terbabit di roller untuk diimbas. Saya berdiri berhampiran mereka sambil memerhati, terasa bagai berada di Dhaka, Bangladesh.

Perlukah kami tinggalkan beg di atas lantai begitu sahaja? Adakah kami harus menunggu sehingga beg selesai diimbas? Selepas diimbas, apakah perlu kami lakukan? Itu antara soalan berlegar di fikiran. 

Melihat kami tercegat di situ, anggota polis bantuan sedang sibuk memantau monitor skrin mesin imbasan bersuara.

"Encik letakkan saja beg di situ," katanya.

Kami mengikut arahannya. Pada masa sama saya terfikir, mengapa MAS tidak menugaskan kakitangannya di lokasi sama bagi menerangkan kepada penumpang langkah perlu mereka ikuti bagi memastikan beg tiba di destinasi terakhir penerbangan (baca: sebelum ini kes bagasi dihantar ke destinasi salah pernah dilaporkan).

Adakah MAS mewakilkan pekerja Bangladesh itu mengambil alih tugas terbabit? Sedangkan mereka semua tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris.


Jam 9.15 pagi, baharulah muncul lelaki bertali leher sambil memegang fail berdiri berhampiran saya.

"Kenapa tak ada kakitangan MAS di sini untuk berurusan dengan penumpang?," soal saya kepadanya.

Dia mendiamkan diri.

"Takkan harapkan pekerja Bangla ni untuk bagi penerangan kepada penumpang apa nak buat dengan beg ni," ujar saya lagi.

"Kita ada problem dengan conveyor belt," balasnya ringkas.

Saya dan penumpang lain sedia maklum berhubung masalah dihadapi. Namun tidak logik jika selepas dua jam masalah dikesan, tiada kakitangan MAS ditugaskan di lokasi terbabit untuk berkomunikasi dengan penumpang.

Sebelum ini MAS dianugerahkan 'best cabin crew' bukan 'best ground crew'.

Padanlah.

Seperkara lagi, mana pekerja warga Malaysia? Penolak troli, pencuci tandas dan pengangkat bagasi, majoriti pekerja warga asing.

24 ulasan:

  1. biar betul? takde langsung muka Melayu?

    BalasPadam
  2. Saya pun pelik gak sebenarnya...dimana2 penuh ngan pekerja warga asing terutama Bangla...cuba pergi ke Mydin Terengganu,majoritinya mmg pekerja Bangla,knp ngan rakyat Msia...malu ke ngan keje yg sebegitu...sy pernah juga bertanyakan salah seorng saudara sendiri yg mmg duduk goyang kaki je kat umah..knp tak mintak keje ngan Mydin..dia jwb,gaji murah sangat..tak padan ngan keje...lagipun bantuan krajaan mmg setiap bulan dpt..sy mmg pelik..rakyat Msia terlalu manja ke..sepatah kata TUN MAHATHIR.....MELAYU MUDAH LUPA!!!!

    BalasPadam
  3. Salam MAS..

    malam tadi, kakcik mengikuti suami makan malam di Hotel Istana. Pelayan yang berbaris di kiri kanan dewan sebelum majlis bermula rata-ratanya berwajah import. Rasanya, hanya penyelia yang berwajah tempatan. Kakcik tanya suami, 'mereka ni ada permit ke? berapa kontena mereka ini diimport?' Pastinya suami pun tak boleh nak jawab soalan kakcik.. :(

    BalasPadam
  4. Kak Cik, kalau diperhatikan warga tempatan ramai bekerja di kedai bebas cukai, menjual minyak wangi dan cokelat.

    Dahulu sewaktu KLIA sedang dibina, berlori warga asing tanpa dokumen perjalanan sah diberkas. Ada pihak 'bising', kononnya tanpa mereka pembangunan tidak mampu dilaksanakan. Kini, lokasi sama masih dibanjiri warga asing. Bekerja secara sah atau tidak? Saya tidak mampu memberikan jawaban tepat, sama macam suami Kak Cik :)

    BalasPadam
  5. bagi aku mat bagla semua tu tak salah kalau mereka nak kerja.
    selagi tak kacau orang lain. tapi kena control gak pengambilan mereka...
    nak harap orang kita sendiri payah sangat.
    semua cita2 tinggi sangat tapi usaha xda pun.haha...

    BalasPadam
  6. Salam..

    Encik Mazidul, saya bekerja di Syarikat yang menjalankan operasi pembersihan di KLIA.

    Untuk makluman, semua warga asing yang bekerja di KLIA mesti melalui pemeriksaan keselamatan di Bukit Aman dan juga Imigresen, sebelum dibenarkan bekerja di KLIA.

    Bukan senang pekerja asing ini melepasi tahap keselamatan di KLIA, tambahan lagi Polis Bantuan sentiasa berkeliaran di KLIA.

    Kami TERLALU INGIN menyahut seruan kerajaan agar pintu2 utama negara seperti lapangan terbang mestilah terdiri daripada warga tempatan sahaja.

    Malangnya, sehingga ke hari ini, usaha mendapatkan tenaga kerja warga tempatan untuk mencuci tandas amat amat amat menyeksakan. Stigma masyarakat yang memandang rendah kerja sebagai cleaner membuatkan kami kerap menerima cemuhan bila menyertai program pencarian tenaga kerja samada yang dianjurkan oleh kerajaan atau yang kami jalankan sendiri.

    Kerjaya ini satu yang murni, tetapi kenapa ramai rakyat malaysia (walaupun tidak belajar tinggi) tidak mahu bekerja sebagai cleaner?

    Syarikat saya menawarkan insentif yang bagus - EPF, SOCSO, Insuran, uniform, pengangkutan, perubatan, elaun bersalin, hostel, dan pakej (gaji + benefit) pekerja tempatan, untuk yang bekerja 9 jam, mencecah hampir RM 1,000 perkepala, sedangkan pekerja asing ini perlu bekerja selama 12 jam, dengan jumlah pakej hanya RM 950.00 (gaji + benefit)- tetapi kenapa masih belum mampu menarik minat warga tempatan untuk bekerja sebagai cleaner?

    Saya tidak menyalahkan masyarakat 100%, tetapi ada sesuatu yang tidak kena bila kami kerap menerima jelingan sinis (terutama daripada kaum lelaki melayu - yang kebanyakannya SPM pun tak lepas) sambil dilemparkan kata-kata "kerja cleaner? apa kelas kak?"

    Hina sangat kah kerjaya ini?

    BalasPadam
  7. rasa dah tak macam kat negara sendiri dah...pergi mana2 pun jumpa warga asing...

    oh Malaysia ku...

    BalasPadam
  8. Bro

    Pelik juga bila di tempat lain, mereka mengutamakan penduduk tempatan, cuma di negara kita yang mengambil orang asing sebagai pekerja di apa juga sektor pekerjaan dan perkhidmatan.

    Mungkin gaji mereka di bayar murah sedangkan kontraktor atau agent mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

    Hanya pihak yang berkenaan mampu menjawab.

    Nota:

    Di workshop kereta pun dah ada wifi rupanya,

    Terima Kasih juga atas hidangan 'white coffee' dan biskut kepada Tuan Punya Workshop, Tuan Syed pemilik Bintang Cycle Carry Services Sdn Bhd. :)

    BalasPadam
  9. betul, rasa macam d negara asing pulak, meengapa di singapura keadaan sedemikian tidak berlaku?bila pulang ke johor/malaysia suasananya berubah 360.

    BalasPadam
  10. Ya, mula-mula memang bangga nak guna robot or mesin untuk kendalikan pelbagai urusan..

    Tapi mesin tetap mesin. Bila dah down, manusia juga yang diperlukan sangat, sebab boleh bercakap..

    BalasPadam
  11. orang malaysia terutama melayu ni jaga standard sngat..belajar malas ,usaha tak de tapi nak keja standard jer..so no wonder la keja2 low standard cam pencuci tandas ni ,orng asing yang conquer

    BalasPadam
  12. Diana, terima kasih atas respon dicatatkan.

    Masyarakat tempatan menilai sesuatu kejadian dari apa mereka lihat. KLIA, pintu masuk dan keluar rakyar tempatan dan warga asing.

    Pekerja terbabit sekaligus menjadi 'front liners' dan perlakuan mereka diperhatikan.

    Jika warga asing diambil bekerja, pada masa sama mereka seharusnya dilatih dari aspek komunikasi, itu hemat saya. Mereka barangkali pekerja berdedikasi tetapi kekadang tindakan mereka tidak menggambarkan niat di hati.

    Untuk pengetahuan awak, selepas saya membuat teguran, seorang daripada pekerja Bangladesh terbabit, saya jangkakan bertugas sebagai penyelia, menjeling bagai ingin 'memakan' saya.

    "Why are you staring at me like that?," itu soalan saya.

    Tidak menjawab soalan itu, dia kemudian berlalu begitu sahaja. Tindakan menjeling penumpang secara berterusan bukan budaya kita. Namun mungkin tidak diketahui pekerja terbabit kerana budaya dia berbeza berbanding cara hidup kita.

    Andai terpaksa menggajikan pekerja warga asing, mereka perlu diajar menyesuaikan diri dengan adat dan budaya tempatan. Jika tidak tinakan sebilangan mereka boleh disalahertikan rakyat tempatan.

    BalasPadam
  13. dah lama sgt pekerja asing menakluk klia..dulu kjaan kuar statement nk stop pekerja asing atas sbb2 keselamatan d klia tapi smpai skang camtu gak..aku ni hampir ari2 tengok pekerja asing masuk d klia sbb aku keje d situ...

    BalasPadam
  14. Salam.

    Terima kasih kerana memberikan maklumbalas. Saya amat bersetuju dengan En.Mazidul.

    Seharusnya mereka menjalani kursus induksi sebelum boleh mula bertugas di Malaysia. Perkataan - perkataan asas seperti "terima kasih", "apa khabar" dan budaya kita mesti diterangkan kepada mereka pada hari pertama mereka tiba di Malaysia. Syarikat saya tidak mengamalkan polisi ini, tetapi kami pastikan untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka, dan kadang2 menggunakan bahasa isyarat atau melantik ketua antara mereka sebagai orang tengah. Ketua ini selalunya mereka yang pernah bekerja di Malaysia, atau boleh berbahasa Inggeris.

    Ada sesetengah mereka yang cepat belajar, tetapi ada juga yang terlebih ajar - terutama yang telah berkhidmat lama dan berjawatan tinggi sikit daripada rakan-rakan lain. Selalunya kami tidak berkompromi dengan mereka yang "lupa asal usul" seperti ini. Sentiasa kami ingatkan - anda warga asing, berkelakuan lah seperti warga asing. Hormati orang Malaysia, jangan sesekali menjadikan negara ini negara anda.

    Cuma, kalau boleh, usahlah kita memandang serong kepada semua Syarikat yang mengambil pekerja asing ini. Bukan perkara yang mudah membawa mereka masuk. Saya juga tidak bersetuju dengan kemasukan mereka ke negara ini,namun, di atas beberapa sebab musabab, kemasukan mereka tidak dapat dielakkan, kerana kita sendiri yang mencipta peluang pekerjaan "berkasta rendah" untuk mereka isi.

    Saya berharap satu hari nanti,kerja-kerja kelas bawahan ini mampu diisi oleh warga Malaysia sendiri, tanpa mengharapkan warga asing.

    Bolehkah ia menjadi kenyataan?

    BalasPadam
  15. Diana,

    Semasa saya berkerja, saya memang sering rapat dengan pencuci dari warga asing ini; rata-rata gaji mereka memang masih amat rendah, maka itu warga tempatan tidak berminat. Itu faktor kecil sebenarnya; ada banyak faktor lain.

    Masyarakat pun satu hal, sikap & disiplin org Malaysia terkadang melampau; sampaikan masuk tandas tak pandai nak pam air tandas. Memang ini satu penderaan bagi pencuci, pun begitu lihatlah sikap kita terhadap mereka.

    Cukuplah kalau lori sampah mengutip sampah di hadapan rumah kita; ada yang sanggup tutup hidung di depan pekerja ini. Sedangkan siapa yang buat sampah & baunya busuk banget ini?.

    Kasta dalam masyarakat pekerja kita di Malaysia memang masih ujud & amat tinggi pengaruhnya. Pekerja asing ini boleh bertahan menjadi kasta paria lantaran matawang mereka masih rendah!

    Saya lama duduk di dalam kasta paria ini bukan sahaja kaum brahmin di Malaysia ini gila duit & kuasa kaum kasta lain juga terusan menghimpit kaum bawahan paria ini.

    Agar Diana tetap tabah melihat sikap ego manusia ini. Sebenarnya kita ini semua sama sahaja semuanya hamba... hamba itu jika nak dikatakan parialah juga di sisi Ilahi. Saya memang amat membenci sikap kita yang terpengaruh dengan budaya hindu ini. Belajarlah menghormati orang.

    BalasPadam
  16. pendapat saya. elok kalau sesuatu yg melibatkan imej malasyia .elok la pekerjaannya di utamakan pada warganegara malaysia

    BalasPadam
  17. Rakyat bangladesh adalah tenaga kerja yang murah+rajin. No wonder. tapi boleh percaya ke dgn diorang??

    BalasPadam
  18. Ini pendapat saya pula..

    Bukan tak ada orang melayu MALAYSIA yg minta keje-keje macam tu, cuma apa yang berlaku kebanyakkan majikan lebih rela menggajikan warga asing drpd org kita..alasan mereka, gaji lebih murah,tak perlu bayar EPF & Socso..
    Sy sendiri pun ada pengalaman mcm mana, yg mana tempat sy mintak keje tu xnak amik org melayu(malaysia)..

    BalasPadam
  19. Di England, ramai rakyat Malaysia bekerja sebagai cleaner sama ada pelajar atau pun mengikuti suami/isteri yang belajar. Rakan saya yang mengambil PhD pun bekerja sambilan sebagai cleaner. Kenapa warga malaysia tidak segan bekerja sebagai cleaner di sana? adakah hanya itu pilihan yang ada? atau gaji mahal? Kenapa tidak bekerja sebagai tutor atau RA? tandas di sana tidak seperti di sini?

    BalasPadam
  20. Biasalah bang..
    orang-orang kita ni, majoritinya kalau boleh kerja nak ada "meja sendiri". takat kerja pegang mop, angkat beg, pada pandangan mereka, itu bukanlah satu kerja yang sesuai untuk mereka. majoritinya lah.. tak semua begitu :D

    BalasPadam
  21. bro. mazidul, kt putrajaya, presint 8, petang2 kalau lalu sepanjang jalan berdekatan sekolah bistari tu, kalau sorang2 lalu mesti ngeri punya sbb waga asing menunggu bas pekerja datang punyalah ramai. kalau buka gerai air mesti laku punya. datanglah melawat.

    BalasPadam
  22. buat GR33N...

    di UK, majoriti tandasnya KERING. dlm toilet mana ada pili air. sumber air hanya di sinki luar. jadi, kerja mencuci lebih mudah. malah, kebanyakan toilet guna sistem towel (yg boleh ditarik, dicuci slps pakai, mahupun guna blow) jadi, kurg penggunaan tisu. takdela bersepah2). lgpun, minimum bayaran cleaner ni sana adlh GBP8/RM40 per hour.

    Kalau begitu keadaannya di sini...ramai je yg rajin buat part time cuci toilet.

    BalasPadam
  23. salam, pada pendapat saya ialah soal gaji... "Di England, ramai rakyat Malaysia bekerja sebagai cleaner sama ada pelajar atau pun mengikuti suami/isteri yang belajar. Rakan saya yang mengambil PhD pun bekerja sambilan sebagai cleaner. Kenapa warga malaysia tidak segan bekerja sebagai cleaner di sana? adakah hanya itu pilihan yang ada? atau gaji mahal? Kenapa tidak bekerja sebagai tutor atau RA? tandas di sana tidak seperti di sini?"
    sbb tu rakyat Malaysia rela part time cuci tandas di UK....

    BalasPadam
  24. bukan kerana kerja susah or dipandang sinis... tp tangga bayaran dan tangga gaji di Malaysia rendah berbanding kenaikkan kos hidup dan harga barang... contohnya restoran makanan segera di Malaysia gaji pokok bermula rm500-rm650 sebulan... cukup kah?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.