Sabtu, Ogos 07, 2010

Akhirnya Dia Pergi Jua

Semalam sewaktu meninggalkan rumah di kampung, sebelum masuk ke dalam kereta, abah berhenti seketika di hadapan rumah.

Dia merenung rumah dibinanya beberapa ketika, bagaikan itu peluang terakhir dia melihat rumah kampung menjadi tempat kediamannya bersama emak lebih 35 tahun.

Petang semalam abah dimasukkan ke dalam bilik Unit Rawatan Rapi kerana sukar bernafas dan kegagalan beberapa organ utama berfungsi. Jam 3 petang, dia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Saya kemudian menghubungi penerbit 999, Shahnun Hanif di Kuala Lumpur.

"Tolong book tiket ke Kuching, abah saya kritikal"

Shahnun tiba di Kuching pada jam 12 malam tadi menggantikan saya untuk melaksanakan tugasan dirancang. 

Tepat jam 2.20 pagi saya menerima pesanan ringkas dari adik.

'Abah dah x ada'

Akhirnya dia pergi jua pada jam 2.10 pagi, menghembuskan nafas terakhir.

Saya reda dengan pemergian antara insan tersayang di dalam hidup saya pada usia 70 tahun. Abah manusia penyabar dan telah memenuhi tanggungjawabnya sebagai ayah dan suami. Dia mula menjadi imam sejak lebih 10 tahun lalu dan mengajar ratusan anak kampung membaca Al-Quran secara percuma sejak saya berusia 7 tahun. Sebilangan mereka kini menjadi insan berjaya dalam kerjaya.

Jenazahnya dimandi dan dikafankan pada jam 4 pagi di Hospital Sungai Buloh dan InsyaAllah akan dibawa ke Kampung Sungai Bill, Slim Village, Perak sebelum dikebumikan.

Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan roh mereka beriman.

Al-Fatihah.

70 ulasan:

  1. salam,

    takiziah saudara Mazidul.
    semoga roh ayah dicucuri rahmat.


    al fatihah!

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah buat Abah Encik Mazidul.

    Semoga Allahyarham tergolong dalam insan2 yang sentiasa dirahmati ALlah.

    Takziah buat Bro Mazidul sekeluarga.

    BalasPadam
  3. Al-fatihah...
    Moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. insyallah..

    Salam takziah dari saya.

    BalasPadam
  4. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Saya sudah merasai kehilangan kedua-dua orang tersayang: mak pada 2005, dan ayah pada 2007.

    Moga Allah menempatkannya dalam kalangan orang beriman..

    BalasPadam
  5. Takziah.Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan akan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

    BalasPadam
  6. al-fatihah..salam takziah bro mazidul. semoga roh ayah bro ditempatkan dikalangan orang-orang beriman InsyaAllah.

    BalasPadam
  7. Takziah Bro...semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan diletakkan bersama2 orang-orang yang beriman...Amin

    BalasPadam
  8. En.Mazidul, salam takziah, ALFATIHAH, moga urusan arwah di sana dipermudahkan. AMIN

    BalasPadam
  9. Innalillahhiwainnailaihirojiun.

    Salam TAKZIAH buat Saudara dan seluruh ahli keluarga. Semoga tabah dan redho dengan ketentuan Ilahi.

    Untuk arwah ayahanda - semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan diredhoi. Amin.

    BalasPadam
  10. salam takziah ...

    AL FAATIHAH ...ameen

    mudah2an arwah bahagia di sana..dan ditempatkan bersama2 insan yg mukmin...

    BalasPadam
  11. Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..

    Semoga roh ayahanda Encik Mazidul dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan orang-orang yang beroleh keuntungan..Ameen.

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah untuk Arwah dan Salam Takziah untuk Mazidul sekeluarga.

    BalasPadam
  13. Innalil lahi wa inna ilahi rajiun, dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali... takziah buat saudara... moga tabah...

    BalasPadam
  14. Innalillah... daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali

    BalasPadam
  15. al-fatihah... semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

    Semoga en mazidul tabah dan sabar dalam dugaan ini....

    BalasPadam
  16. takziah bro..

    semoga rohnya di berkati Allah SWT...

    al fatihah....

    BalasPadam
  17. salam ...

    takziah buat en. mazidul sekeluarga..

    setiap yang hidup pasti akan mati..

    semoga beliau di tempatkan di dlm golongan mereka yang beriman. Amin.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  18. Al Fatihah, Takziah buat keluarga arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan para ambia.

    BalasPadam
  19. Salam Takziah..

    Saya turut merasai kepiluan dan kesedihan yang abang tanggung. Inilah dinamakan ujian dari Allah SWT. di mana orang yang tersayang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

    Alhamdulillah, pemergiannya begitu mudah, sakitnya hanya sekejab... Semoga Allah Mencucuri Rahmat ke atas Rohnya.

    AL-FATIHAH.

    BalasPadam
  20. Sesungguhnya kita ini kepunyaan Allah dan kepada Nya lah nanti kita akan kembali.

    Moga tabah menghadapi dugaan bro.
    Ikhlas - MAZ.

    BalasPadam
  21. salam takziah,

    semoga sentiasa tenang berjalan di atas dunia.


    al-fatihah

    BalasPadam
  22. saya ucap takziah untuk abang maizidul sekeluarga..
    semoga arwah di letakkan di kalangan orang2 disayangi ALLAH swt dan Nabi MUHAMMAD saw..

    saya tumpang terasa sedihnya walaupun sekadar pengunjung setia blog abang maizidul...

    Al fatihah..

    BalasPadam
  23. saudara mazidul,

    innalillah..doakan arwah ditempatkan dikalangan insan yg terpilih.. Al-fatihah.

    satu lagi berita kematian yg diterima menjelang ramadhan..

    BalasPadam
  24. takziah dr saya tuan... semoga roh allahyarham di tempatkan dlm golongan org2 yg salih.. gadin keningau sabah..

    BalasPadam
  25. takziah. Semoga rohnya dirahmati. Al Fatihah.

    BalasPadam
  26. salam takziahh..
    semoga allahyarham tenang di sana...
    amin...

    *jgn sedih2 ya..

    BalasPadam
  27. salam bro,

    takziah saya ucapkan buat bro sekeluarga atas pemergian ayahanda tersayang...

    semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    al-Fatihah.

    BalasPadam
  28. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un.

    Semoga En. Mazidul sekeluarga bersabar, tenang & redha dengan pemergian Ayah yg dihormati & disayangi. 70 thn Allah s.w.t meminjamkan beliau & tiba masanya utk kembali kepadaNYA. Semoga segala kebajikan yg dilaksanakannya & doa anak yg soleh & solehah melapangkannya di sana.

    Al-fatihah...

    BalasPadam
  29. sabar mazidul..
    doakan mereka byk2..

    semoga roh mereka dicucuri rahmat..

    BalasPadam
  30. salam takziah dr kami sekeluarga utk keluarga mazidul...

    al fatihah utk arwah ayah..
    semoga beliau ditempatkan dikalangan orng2 yg dikasihi Nya..

    BalasPadam
  31. salam takziah dari saya... semogoa roh allahyarham ditempatkan di dlm golongan org2 yang beriman... Amin...

    BalasPadam
  32. salam takziah.

    semoga sentiasa tabah.

    Al FAtihah.

    BalasPadam
  33. Takziah...Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin

    BalasPadam
  34. Takziah buat abg mazidul sekeluarga..Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang soleh...amin

    BalasPadam
  35. salam takziah tuan Mazidul....perginya menjelang Ramadhan...sama2 doakan beliau ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman. amin..

    BalasPadam
  36. takziah abg dul. smoga allahyarham dtempatkn di kalangan org2 yg beriman. amin..

    BalasPadam
  37. takziah dari saya dan al fatihah...moga rohnya di cucuri RahmatNya

    BalasPadam
  38. Takziah untuk tuan & keluarga..
    Semoga roh allahyarham dicucuri rahmatNya. Amin

    BalasPadam
  39. Salam Mazidul,

    Innalillahiwainnailairrojiun...

    Takziah kepada ahli keluarga.

    Dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali

    Semoga Allahyarham ditempatkan di akhirat nanti pada tempat yang paling mulia di sisi-Nya.

    Marilah kita semua sedekahkan AL-FATIHAH untuk Allahyarham...


    Amin

    BalasPadam
  40. Salam buat Sdr Mazidul..

    Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..

    semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yg soleh. Ameen

    BalasPadam
  41. takziah. semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. al-fatihah. yang hidup pasti akan pergi juga.

    BalasPadam
  42. takziah dari kami sekeluraga...Alfatihah buat roh ayahanda Madizul moga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yg di rahmati Allah SWT...

    BalasPadam
  43. Al-fatihah..

    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..

    BalasPadam
  44. Takziah semoga allayarham tenang dan aman disana nanti.. al-fatihah

    BalasPadam
  45. takziah kpd saudara Mazidul sekeluarga..semoga rohnya ditempatkan dlm golongang org2 yg beriman....

    BalasPadam
  46. Innalillah....takziah saya kepada saudara Mazidul, semoga tabah menghadapi dugaan ini..
    semoga roh aruah ditempatkan bersama para solihin...alfatihah

    BalasPadam
  47. Innalillah..semoga saudara dan keluarga tabah dan redha menghadapi dugaan ini...
    alfatihah ..

    BalasPadam
  48. takziah saudara mazidul,dapat tahu dari fb Kidol tadi.Alfatihah..

    BalasPadam
  49. Innalillah!! Setiap yang bernyawa akan menemui mati

    BalasPadam
  50. salam...

    Alfatihah..takziah dr sy..

    sy juga baru kehilangan anak..umur 24..meninggal dlm tidur..final yr..

    semoga roh mereka aman di sana..AMIN..

    BalasPadam
  51. takziah buat en mazidul sekeluarga... semoga tabah menghadapi dugaan in terutamanya menjelang bulan Ramadhan...

    Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya...

    alfatihah...

    BalasPadam
  52. takziah untuk saudara sekeluarga... moga roh beliau dicucuri rahmatNya

    BalasPadam
  53. Saudara MAS
    inna lillah wa inna ilaihi rajiun
    semoga allah gandakan ganjaran kebaikan untuk arwah, tempatkan rohnya bersama mukminin dan ampunkan segala kesalahan

    BalasPadam
  54. salam takziah...moga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Moga bro mazidul sekeluarga tabah menghadapi ini semua. Al Fatihah

    BalasPadam
  55. Al-Fatihah..
    Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tergolong di kalangan org2 beriman...amin.

    BalasPadam
  56. al-Fatihah utk arwah
    slm takziah utk en Mazidul & keluarga

    BalasPadam
  57. Salam..

    Takziah untuk arwah...arwah guru Quran yer...banyaknya pahala dia...selama lamanya selahi org guna ilmu yg dia ajar dia dapat pahala....susah nak cari guru Quran percuma sekarang ni

    The Dajjal Crimes

    BalasPadam
  58. salam takziah abg dul..
    acu baru baca pasal kematian arwah ayah abg dul...
    semoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yg beriman..amin

    BalasPadam
  59. saya turun rasa kesedihan itu kerana saya juga mengikuti perkembangan ayah en.. takziah

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.