Jumaat, Ogos 06, 2010

Siapa Tembak Siapa?

Bedah siasat melaporkan 2 das tembakan dikesan di kepala mangsa wanita manakala 1 das di bahagian belakang kepala pemandu.

Pistol Revolver .38 tidak mengeluarkan kelonsong, barangkali kerana itu kematian pada awalnya dijangkakan akibat kemalangan jalanraya kerana tiada kelongsong ditemui bertaburan di lantai kenderaan. 

Sebelum kereta terlanggar pembahagi jalan, saksi, penebas rumput di kawasan berhampiran melihat kenderaan dipandu di lorong perlahan dan kemudian terbabas ke lorong laju. Maksudnya pada waktu itu pemandu hilang kawalan dan tidak lagi berupaya menekan pemacu minyak, accelarator. Jika wujud suspek ke tiga, mana mungkin dia keluar dari kenderaan sedang bergerak di lebuh raya.

Ketua Polis Selangor tidak menafikan kes terbabit, tembak dan bunuh diri kerana itu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jadi, siapa menembak siapa terlebih dahulu sebelum menembak dirinya sendiri? Jawabannya belum lagi dikeluarkan pihak polis sekaligus menjadi tanda tanya kepada masyarakat negara ini.

Pistol milik sah pemandu dilaporkan ditemui di dalam kenderaan. Persoalan penting perlu diberikan perhatian, di manakah kedudukan sebenar, the exact location senjata terbabit ditemui? Di tepi kanan pemandu? Di bahagian tengah kedua mangsa? Di bahagian belakang kenderaan? Atau di genggaman seorang daripada mangsa terkorban?

Saya yakin pihak polis sudah mengetahui jawaban kepada persoalan itu namun mereka memerlukan masa seminggu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Setiap kejadian jenayah memiliki motif di sebaliknya, itu juga belum lagi terjawab.

Kita tunggu bersama.

12 ulasan:

  1. Salam MAS..

    kakcik juga merasakan polis sudah pun mendapat jawapannya. Cuma, masa diperlukan untuk 'bertenang'. Spekulasi tetap akan timbul. Selain Dia Yang Maha Mengetahui, biarlah pihak berkenaan mengeluarkan jawapan, kan? (Kakcik pun sibuk juga nak tahu ni..)

    BalasPadam
  2. Salam BRO..

    Yang pergi tetap pergi. Kesal sungguh perkara sebegini berlaku kepada seorang pemimpin yang semestinya amat dihormati dan disanjungi.

    Dan pihak berkuasa membuat siasatan mengikut prosedur.

    Dikhuatiri, sebilangan rakyat (or orang luar) akan melihat ini sebagai suatu budaya pula.

    Alfatihah. Moga diampunkan mereka yang telah tersalah langkah.

    BalasPadam
  3. salam bro mazidul..

    nanti bro laporkan la pasal bedah siasat tu...

    BalasPadam
  4. Jika benar bunuh diri, alangkah sia-sianya hidup selama 43/64 tahun yg dijalani dgn penuh lelah dan mehnah.

    Walau apapun motifnya, otak saya susah nak 'figure'knapa sehingga perlu membunuh & membunuh diri krn saya percaya kedua2nya bukanlah tidak berakal, cuma mungkin kurang iman. Jwpn mudah...semua itu ketentuanNya.

    BalasPadam
  5. penuh tanda tanya... penuh persoalan.

    Agaknya diorg ada masalah peribadi ke dengan family sampai sanggup membunuh diri..

    BalasPadam
  6. http://gambargambarlucu.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-30T02:48:00-07:00&max-results=7

    orang indon kutuk malaysia

    BalasPadam
  7. Bukannya nak menyibuk tapi dah biasa tengok CSI kan, jadi excited giler nak tahu endingnya...

    Semoga ianya tak menjadi bahan ikutan anak2 kita. Ada problem aje, bunuh diri. MasyaAllah.

    BalasPadam
  8. adakah Caldina mempunyai CIP IC Microprosecor (CPU) yang boleh menyimpang memory pergerakan cermin, pergerakan kerusi auto swith electornic.Auto swict akan reset bila batery Shorted
    cip yang mempunyai kuasa bateri yang berasingan dari bateri 24vot.
    apakah caldina mempunyai digital swich kerusi duduk, stereng dll.
    nasihat Pakar Microproesor (ROM) diperlukan..

    BalasPadam
  9. harap2 dapat lihat siasatan penuh.

    Jangan di simpan sahaja, tapi perlu dikongsi sebab kita bukan lagi pada takuk lama. Rakyat ingin tahu

    BalasPadam
  10. "one fine day
    two in a car.
    one person starts to argue with the other.
    driver slows down the car, because can't concentrate due to the arguing.
    arguing go out of hand, one person shoots the other. "bang! bang!"
    realizing the other person is dead, this person is filled with guilty, shoots ownself.
    the pistol left the person's hands, fell down, and the person slumped on the steering wheel.
    the car loses balance and hit the rail."

    *oh, no, Mazidul, this is just an excerpt from my novel. nothing to do with this!

    BalasPadam
  11. Eh.. eh.. macam pekan siam pulak... tembak-menembak dah selalu sangat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.