Ahad, September 12, 2010

Terkini: Kes Penemuan 4 Mayat Rentung (Updated)

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam sidang media pada jam 2.15 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat berkata, polis tidak dapat mengesahkan SEPENUHNYA identiti 4 mayat rentung ditemui di Banting, Selangor itu sehingga keputusan ujian DNA diperolehi.

Bagaimanapun, kebarangkalian mangsa hilang ditemui hidup dikatakan terlalu tipis.

Saya difahamkan, 2 suspek dibawa polis ke lokasi berkata, mereka memukul, membunuh mangsa di tempat lain dan kemudian membakar 4 mangsa terbabit dan abu dicampakkan ke laut di pantai Morib.

Turut diberkas, suspek berusia 19 tahun, pekerja suspek bergelar datuk dan peguam, suspek utama kes.

Setakat ini saya mendengar perkhabaran, TIADA antara 8 suspek diberkas berbangsa Melayu. Namun seperti kita ketahui, jenayah tidak mengenal bangsa dan agama.

Motif kejadian masih belum dikenal pasti.

4 ulasan:

  1. Oh... kejamnya mereka...

    Kakcik bayangkan Peguam yang bergelar Dato' itu seorang Melayu.. rupanya bukan, ya?? Tak sabar nak tahu identiti dan melihat wajah2 syaitan bertopeng manusia itu...

    BalasPadam
  2. Setakat ini saya mendengar perkhabaran, TIADA antara 8 suspek diberkas berbangsa Melayu<----Lihat lah...nyawa org melayu,tiada harga pada mereka.jgn ckp org melayu PHD sesama bangsa...bangsa lain lebih dengki dgn kejayaan org melayu.

    BalasPadam
  3. takde hati dan perasaan langsung!tak kesian ke kat family dieworg...Pasal duit...manusia sanggup melakukan apa saja...

    BalasPadam
  4. siapa yang terfikir ini kesudahan hayat boleh berlaku kepada sesiapa sekalipun.. mungkin telahan biasa kalau kita tak bersalah apa nak dirisaukan..

    ramadhan tahun ini memang penuh tragedi .. bayangkan anak kecil 3 tahun hilang nyawa tak sempat berhari-raya dek perbuatan ayah yg lebih cintakan mercun dari kehidupan normal ceria sekeluarga...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.