Khamis, Disember 22, 2011

DIA TIDAK KUAT SEKS - THE INSIDE STORY OF NIGERIAN SCAMS (18SX)

"Saya pernah membuat kesilapan masa lampau dan akibat perbuatan itu saya kini dipulaukan dek adik-beradik. Saya berkahwin lari bersama teman lelaki ke Thailand sewaktu berusia 18 tahun kerana perhubungan kami tidak direstui oleh keluarga," kata Zana.

'Zana', bukan nama sebenar tetapi cerita bakal dikongsikan, fakta. kehidupan.

"Ketika itu saya tinggal di kampung dan agak aktif menggunakan laman sosial, Tagged. Dari situ saya berkenalan dengan lelaki Nigeria, sekarang dia berusia 30 tahun. Saya kemudian datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi gaji tidak mencukupi untuk menyara anak di kampung. Suami pula menggantung saya tidak bertali," dakwa Zana.

"Sekarang awak tinggal di kondominium itu dengan siapa?," soal saya cuba mendapatkan perincian.

Bayaran sewa kondominium, RM1,200 sebulan.

"Dalam rumah ini, ada 3 bilik. Satu bilik, saya dengan teman lelaki manakala dua bilik lagi, kawan dia duduk tiga orang. Mereka semua terbabit dalam 'parcel scam' sejak saya mula tinggal bersama. Mereka online 24 jam sehari kecuali pada hari Isnin mereka pergi ke universiti dan kolej," jelas Zana.

Untuk mengetahui berhubung kegiatan penipuan internet, Parcel Scam, sila baca entri Parcel Scam Terbongkar Lagi  dan Dengar Klip Video Ini Jika Tidak Mahu Tertipu.

Menurut Zana, teman lelakinya hanya memberikan dia sejumlah wang untuk membeli makanan pada setiap bulan.

"Kebanyakkan perempuan tertipu atau mereka gelar 'mugu' berasal dari Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kalau scam berjaya, duit dimasukkan ke dalam akaun berjumlah di antara RM5,000 dan RM20,000. Sebaik dikeluarkan dari bank tempatan, duit akan didepositkan terus ke akaun lain di Nigeria menggunakan khidmat Western Union. Setakat ini, kalau saya anggarkan secara kasar, dia telah berjaya memperdayakan lebih 30 perempuan. Bukan dia sahaja, ramai kawan dia pun melakukan kegiaatan sama. Lazimnya mereka berkumpul di rumah ini, kalau ada perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Chealsea," terang ibu kepada seorang anak lelaki berusia 4 tahun itu lagi.

Akibat termakan budi, teman lelaki terbabit berkereta, dibeli menggunakan nama Zana dengan harga RM18,000 dan hutang dilangsaikan secara ansuran.

"Awak kata, pendapatan dia mencecah 20 ribu ringgit sebulan jadi mengapa kereta dibayar secara ansuran?," soal saya.

Untuk rekod, bayaran ansuran kenderaan terbabit, RM350 sebulan.

"Saya speechless," luah Zana.

Saya dimaklumkan oleh kenalan, pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Bukit Aman, majoriti wanita tempatan dijadikan mangsa sukar melarikan diri dari genggaman lelaki warga Nigeria terbabit dalam kegiatan penipuaan.

"Sebilangan mereka (warga Nigeria) pandai. Siap rakamkan dulu gambar bogel teman wanita atau gambar semasa mengadakan hubungan seks. Macam mana perempuan itu hendak melarikan diri?," terang beliau.

Zana mendakwa, teman lelakinya bersifat penyayang dan bermulut manis.

"Bila waktu saya marah, dia menenangkan saya. Itu satu daripada faktor memikat saya," dakwanya lagi.

"Tidak ada perancangan hendak berkahwin ke?," tanya saya.

"Sebelum ini memang ada. Dia pun sudah pergi berjumpa dengan orang tua saya tetapi sejak kebelakangan ini ibu dan ayah berasa risau berikutan terlalu banyak cerita negatif fasal warga Nigeria dipapar dan disiarkan oleh akhbar serta televisyen. Jadi mereka menasihatkan saya supaya tidak berkawan dengan warga asing," jelasnya tenang.

Zana mendakwa teman lelakinya itu beragama Kristian.

"Ramai berkata, lelaki Nigeria kuat seks, betul ke?," tanya saya.

"Dia tidak, sama seperti saya," jawab wanita berusia pertengahan 20 an itu.

"Tidak bersunat, kan?," soal saya mengusiknya.

"Dia Kristian tetapi bersunat sejak dari kecil, maklumat selain daripada itu, biarlah rahsia," katanya.

"Apakah perasaan teman lelaki awak setiap kali terdengar berita penangkapan warga Nigeria oleh pihak berkuasa?," soal saya.

"Dia memang takut. Dua hari lalu, dia tidur di dalam kereta sebaik terdengar berita mengatakan polis akan datang ke kawasan tempat kami tinggal. Dia pun pernah menonton progam 999, kes penipuan wanita warga Taiwan," ujarnya.


Sila baca entri I Like Pictures Of Men.


"Apa komen dia selepas menonton kes itu di televisyen?," tanya saya.

"Dia kata, lelaki Nigeria (suspek) ditangkap oleh polis itu terlalu tamak," balas Zana.

Saya difahamkan oleh beberapa warga Nigeria sebelum ini, mereka berstatus pelajar di Malaysia, lazimnya dilahirkan di dalam keluarga berada.


"Dia hanya meminta kalau betul betul tengah tidak ada duit. Mereka sebenarnya hidup menggunakan duit hasil penipuan sahaja," terangnya.

"Kalau dia dan kawan lain ditangkap, awak tidak akan menerima duit bulanan lagi, itu awak tahu, kan?," soal saya.

Dia tahu.

Barangkali sebelum menghubungi saya, Zana telah memikirkan soal itu terlebih dahulu.

"Saya tidak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan sebegini. Saya takut kalau saya tidak hidup lama, takut dengan Allah," katanya.

Setelah terbabit membikin liputan pelbagai kes membabitkan warga Nigeria, saya amat yakin Zana dipergunakan. Justeru saya telah memanjangkan kes ini kepada kenalan di JSJK Bukit Aman dan InsyaAllah dengan perancangan teliti, semua warga Nigeria itu bakal diberkas.

Saya akan berkongsi tindakan seterusnya di blog ini.

13 ulasan:

  1. sememangnya fakta... smti dan menunggu perkembangannya...

    BalasPadam
  2. Saya harap Zana kuat semangat utk berubah, teruslah berusaha. marilah kita sama2 berdoa semoga Zana dan org2 yg sepertinya menerima hidayah Allah...

    BalasPadam
  3. smti...sama2 kita nantikan...utk Zana..segeralah berubah dan bertaubat...sesungguhnya Allah Maha Pengasih dah Penyanyang...

    BalasPadam
  4. Baguslah kalau zana tu nak berhenti dari buat kerja ni semua. Kembali la pada jalan yang diredhai.

    BalasPadam
  5. bagus diatas perkongsian maklumat cuma pada wajah warga nigeria tak perlu dikaburkan memandangkan wajah2 peminta sedekah warga myamar disiarkan sejelas-jelasnya diharap saudara dapat mempertimbangkan pendapat ini t kasih

    BalasPadam
  6. xplu nk speechless sgt la,,,,mule2 xnk pk...ape akan blaku..skunk nk ape bagai tah...baru tau sape yg terkene teruk..hahaha...tahniah jande terbaik...!!!encik mazidul..pmpn nie pon die jande gatal....so..xmustahil die akan berkawan ngn laki asing yg len,...dlu bukan men ag mendabik dade kate die menang dpt laki tu..skunk nk sdey konon,,senanye die de msalah ngn bf nigeria die ni tu sbb die nk balas dendam nk bongkar sgalenye,,mreke laki asing mmg terkenal ngn kaki pmpn,,,xkn la die xtau,,,mmg da dasar kapung and terlau terdesak nk kn kasih syg,,skunk dpt la gnjaranye kena tipu..i hanya mampu tergelak,..tu la jgn berani2 berkwan ngn mreke...i bce smue ttg kisah c pmpn nie mmg sgt kelakar,,,:)

    BalasPadam
  7. aku naik muak ngan pengakuan pengakuan sebegini rupa....apasal bodoh sgt perempuan melayu ni??? masa sedap x ingat dunia!!! dah terkena, baru terhegeh hegeh cari reporter, konon dah menyesal dan nak tolong nasihatkan perempuan lain la...poorah!!!

    padan muka korang kena tuth depan belakang ngan mamat bontot kuali ni!!!!

    BalasPadam
  8. kenapa warga2 negeria ini masih di benarkan tinggal di negara ini walhal kita semua tahu perilaku mereka ini serat dengan jenayah, usir saja semua mereka ini dari negara kita, lepas itu senerai hitamkan agar mereka tidak akan menjejakkan kaki ke negara kita semula.

    BalasPadam
  9. saya doakan agar zana akan dpt keluar dari cengkaman those nigerians...

    BalasPadam
  10. Camtu la pmpuan mlayu skrg..dh kena br nk myesal..wal hal bknnya xtau tntng hal tu smua..dlm brita n surat khabar slalu dok keluar bgtahu..tp tu la..apa yg dorg berkenan sgt dkt2 awang2 hitam tah la..org lelaki yg kaki pmpuan tau pun yg jenis gatal pn memilih gak bab2 pmpuan..tp yg pmpuan mlayu plak.. Mcm xda taste lansung..smpai pndatang yg kdang2 xda pkerjaan apa pn dorg bleh layan kononnya Romantik wlu badan berbau xpa..

    BalasPadam
  11. Entah ape2tah yg ada kat mamat hitam legam ni.heran sungguh dah keluar kt media pn masih dok cari depa gak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.