Selasa, Disember 27, 2011

ORANG MINYAK GILAKAN GADIS RUPAWAN BAK ARTIS BOLLYWOODN

Kecoh.

Itu perkataan paling tepat untuk menerangkan suasana di Kampung Laksamana, Selayang, Selangor sejak selasa lalu.


"Dia punya muka panjang, mulut lebar seperti mongkey saya pernah tengok dalam English movie. Itu perempuan Myanmar pun nampak, dia (orang minyak) lompat terus naik itu atap rumah," dakwa Sham Ul-Haq Sahib, 29 tahun.

"Cantik ke gadis dia kacau itu?," soal saya.

"Macam itu Bollywood artiste," balasnya.


Sham, berketurunan Pakistan, kenalan Paramasivam, baca entri ini.

Malam tadi kru 666 turut berada di Jalan Laksamana 1/1 bersama 2 perawat Kasturi Syifa', ustaz Aznil dan Musleh.


"Sebelum ini, saya pernah tegur Sham tetapi bukan kenal sangat. Malam itu kami kejar orang minyak itu dekat rumah kosong. Marilah kita pergi ke sana, tidak berapa jauh, boleh berjalan kaki sahaja," ujar Paramasivam.


"Menyusahkan betul! Saya hanya tinggal dengan anak saya, kami takut dan terpaksa keluar dari rumah," celah wanita bermotosikal diparkir berhampiran kami.


"Tidak ada guna untuk saya menipu, bukan saya seorang sahaja pernah terserempak dan nampak orang minyak ini tetapi ramai. Kita bukan mahu buat kecoh," kata Paramasivam lagi.


"Adam, nanti pasangkan kamera night vision di situ," pinta saya.

Ketika itu lebih ramai penduduk kampung menghampiri kami sambil bercerita pengalaman berhubung orang minyak didakwa mengganas di lokasi mereka bermastautin.


Adam, Shaiful dan Jet kemudian mencapai kamera video dan peralatan lain sebelum beredar ke rumah kosong, lokasi orang minyak didakwa pernah muncul.


Kru 666 berada di lokasi untuk cuba menyingkap fakta berhubung dakwaan kemunculan orang minyak atau lebih layak digelar penjenayah di Kampung Laksamana.

"Itu perempuan orang minyak suka, banyak cantik. Dia pun serupa saya, keturunan Pakistan. Dia punya abang ipar sudah bawa dia pergi lain tempat, takut kena kacau," ujar Sham sewaktu kami berjalan beriringan menuju ke rumah kosong.

Saya berpeluang merakamkan gambar rumah mangsa.


Kira-kira 100 berjalan, saya memasuki kawasan pagar rumah tanpa penghuni. Waktu itu ratusan penduduk tempatan berkumpul di sekitar pintu masuk.


"Nampak pokok pisang di sana? Saya diberitahu, orang minyak perlu meminum air jantung pisang untuk memberikan dia tenaga. Kedudukan pokok pisang itu pun tersusun cantik," jelas Paramasivam.


"Pagi Jumaat itu, kami mengejar dia sampai ke sini. Saya, Sham dan ramai lagi terdengar bunyi zink di sebelah pagar. Dalam keadaan kecoh, budak kecil menjenguk dari tingkap atas rumah bersebelahan juga ternampak dia. Kami baling orang minyak itu dengan atap genting belum dipasang lagi, terkena dia," ujar Paramasivam.


"Hairan sungguh! Bagaimanakah dia boleh melompat pagar tinggi. Kami semua terpaksa robohkan pagar bersebelahan untuk mengejar orang minyak itu," ujar lelaki berkopiah.


Tanpa berlengah, Adam dan Atoi memasang kamera night vision berhampiran rumah kosong, menghalakan lensa kamera ke arah pokok pisang.


"Masa keadaan kecoh di sini, nenek saya menjenguk keluar dalam pukul 4.30 pagi dan ternampak lembaga mencangkung berhampiran pokok bunga di halaman rumah," dakwa lelaki


"Cuba Shaiful berdiri dekat luar bilik nenek itu, fokus penglihatan ke lokasi lembaga dilihat. Padamkan lampu di pintu masuk ke rumah sebab sebelum ini lampu itu dilaporkan tidak menyala. Atoi tolong mencangkung dekat pokok bunga, kita tengok pada waktu itu dengan pencahayaan serupa, boleh nampak atau tidak," kata saya.


"Memang boleh nampak," respon Shaiful.

"Maksudnya, apabila dikejar oleh Paramasivam, Sham dan penduduk lain, orang minyak itu bersembunyi di halaman rumah bersebelahan rumah kosong dan nenek terlihat kelibatat dia," ujar saya.

Kenyataan itu berasaskan tanggapan kerana tiada penduduk merakamkan gambar pegun atau video lembaga didakwa orang minyak itu.

"Kalau kita teliti, dari lokasi pertama, ada pokok pisang, di sebelah kanan laluan dia melarikan diri juga ada pokok pisang. Apabila dia memanjat dinding pagar tinggi di belakang rumah, juga ada pokok pisang di situ," celah Paramasivam.

Kami kemudian menyusuri laluan dikata digunakan oleh orang minyak terbabit untuk melarikan diri pada pagi kejadian.

Berikut lokasi pertama, lembaga itu didakwa dilihat.


Di bawah laluan dia didakwa melarikan diri.


Dikejar oleh penduduk, lembaga terbabit dilapor melarikan diri ke belakang rumah dan memanjat tembok tinggi diapit oeleh 2 pokok pisang.


"Bang, susah kita hendak merakamkan gambar di kawasan ini, orang terlalu ramai," bisik Adam.

Kami percaya majoriti penduduk tempatan diselubungi tanda tanya berhubung kes orang minyak disebarkan.

Saya perhatikan, Shaiful berbincang bersama ustaz Musleh tidak jauh dari lokasi saya berdiri. Lalu saya kemudian mendekati mereka.

"Selalunya, pengamal ilmu hitan sedaya-upaya mengelakkan diri daripada dilihat oleh orang ramai. Seperkara lagi, mereka juga tidak menunjukkan barangan diguna. Contohnya, kerap kita mendengar kes tanah kubur ditaburkan di hadapan rumah, itu cuma percubaan untuk menakutkan mangsa. Lazimnya apabila diberitahu, ini tanah kubur, mangsa secara spontan berasa takut," jelas ustaz Musleh.


Pengamatan saya menunjukkan sebilangan anak muda di situ lebih gemar bermotosikal kehulu-kehilir tanpa koordinasi melaksanakan kawalan secara teratur.

Saya terpaksa meminta Suhaimi memohon kerjasama mereka untuk tidak berkumpul dan menjadi pemerhati.

"Apa masalahnya dengan orang ramai? Kalau dia muncul, senang hendak ditangkap," kedengaran komen itu.

Barangkali mereka tidak berpuas hati apabila diminta beredar walhal itu kampung mereka.


"Adam, bawa kamera, ajak Paramasivam, rakan dia dan ustaz Aznil ke lokasi saya pergi semalam. Kawasan lapang di belakang pangsapuri dan letakkan kamera night vision di situ," pohon saya.


Setelah dibincangkan dengan beberapa wakil penduduk bersama kami, ide itu kemudian dilaksanakan tanpa disedari penduduk kampung lain.


Adam dibantu oleh Atoi dan Farid.

Kampung itu luas, hamat saya, ada baiknya penduduk kampung bergerak dalam keadaan rawak berbanding berdiri melihat kami secara berkumpulan.

Usaha 'berkawal' secara begitu pastinya tidak membuahkan hasil.

Hampir jam 1 pagi, semua kru 666 dan perawat Kasturi Syifa' beredar dari kawasan rumah kosong menuju ke kenderaan diparkir.


"Bang, saya dimaklumkan, penduduk terdengar suara perempuan menjerit di Blok E," kata Adam melalui telefon.


Dalam keadaan agak kelam-kabut, semua kru berjalan ke arah Pangsapuri Laksamana Jaya.

"Di sinilah kes mangsa ditembak 10 das berlaku," bisik penduduk.

Perincian kes itu boleh dibaca di sini.


Pada awalnya, semua kru menyangka berlaku insiden menarik di kawasan itu namun setelah berada di situ, kami menyedari maklumat disampaikan kurang tepat.

Adam kemudian kelihatan meluru berjalan laju keluar pagar kawasan penempatan terbabit, mengekori rapat Farid dan Shaiful.


Saya dan kru lain mengikut mereka.

"Ada pondok kosong di belakang itu. Keadaan di dalam bersepah dan di belakang pondok itu, terdapat apartment sedang dibina," kata Adam.


Spontan saya teringat intipati perbualan bersama Suhaimi ketika meninjau perkampungan itu petang semalam.

"Kalau ada bangunan sedang dibina oleh pekerja warga asing, lazimnya masalah banyak di kawasan sekitar," ujar saya.

Sebilangan warga asing dipercayai mengamalkan ilmu hitam bergantung kepada matlamat ingin mereka capai.

Sewatu saya berada di dalam kenderaan, kami didatangi lelaki tidak dikenali. Kru 666 berada di luar mendengar kenyataan dikongsikan oleh lelaki itu.

Saya pantas menurunkan cermin tingkap kereta dan memasang telinga.

"Saya sudah pergi dengan polis membuat pemeriksaan di bangunan sedang dibina itu tetapi didapati mereka tidak melakukan sebarang aktiviti pemujaan," katanya.

Barangkali, pihak polis juga berfikiran seperti saya.

Setakat ini, kisah orang minyak terbabit masih menjadi misteri belum terungkai dan tidak ada media cetak atau elektronik membuat liputan.

Untuk rekod, hasil rakaman video, sedang dianalisa.

"Kalau ada kejadian menarik, kami akan hubungi Mazidul," itu janju penduduk kami temui.

Terima kasih kepada semua penduduk Kampung Laksamana sudi menghulurkan bantuan dan tidak lupa sekalung penghargaan kepada perawat Kasturi Syifa' bersama kami malam tadi.

Syukran ya ustaz!

14 ulasan:

  1. SMTI
    Bagus info ni.
    Pengalaman saya masa di kampung dulu kat Kuala kedah.. Dulu masa tu kecoh pasal org minyak kuala kedah...memang kitaorg tetiap malam berjaga-jaga...

    BalasPadam
  2. Kalau dapat repeat balik pun best ni. Tapi kena pergi senyap senyap lain kali.

    BalasPadam
  3. terabyte! JazakaALLAH pd Kasturi Syifa' & 666...

    BalasPadam
  4. kawasan pun bersemak samun jadilah tempat lepak geng2 hitam..

    * Ada masa datanglah ke Rumah Mr J : www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  5. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua, pelanduk sentiasa lupakan jerat,tetapi jerat tidak pernah sesaat pun melupakan pelanduk... semoga kampung tersebut kembali aman... InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. Ada hikmahnya peristiwa ni,saya nampak penduduk kampung dari pelbagai bangsa dan agama bersatu menghadapi situasi tersebut. Semoga orang minyak itu segera ditangkap dan kampung tersebut kembali aman...

    BalasPadam
  7. salam,

    rumah sy di jalan 2, mmg tak tahu pulak pasal org minyak nih.

    minta izin share entry ni ye. TQ

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. siva : rekaan..????? anda berjaga ke tidak..?? masa kejadian mula2 berlaku anda ada ke x..?? saya dan orang ramai yang bertungkus lumus menjaga disana .. menahan mata xtidur dr malam ke pagi..pagi pulak nk keje...susah payah mangawasi..blh pulak awak kata hanya rekaan....!!!! mcm ni ke...??????????? memalukan.......

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Catatan ini akan dibuang oleh pengarang

    apasal x panggil Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan yg kononnya tangkap hantu kak limah tuh.. just my 2 cent

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.