Ahad, Disember 04, 2011

PROJEK BANTAL DISEMPURNAKAN

"Kenapa engkau bagi bantal? Bagilah makanan" 

Soal pemandu teksi berdiri berhampiran stesyen bas berhampiran bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur. Jam tangan saya menunjukkan pukul 2 pagi.

Saya hanya mampu tersenyum dan mendiamkan diri.

Ketika itu lebih 50 kru 666, kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, PNMB, perawat Kasturi Syifa', pelajar mass communication Segi College, beberapa kru Penyingkap Fakta telah beredar dari lokasi Projek Bantal dilaksanakan.

Barangkali pemandu teksi itu tidak peka berhubung fakta sebenar. Terkini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif membekalkan pelbagai jenis makanan kepada lebih 100 gelandangan di ibu kota.

"Mengapa engkau bagi bantal?," soalnya kali kedua.

"Sebab apa ya? Sebab engkau tidak bagi, sebab itu kami bagi," jawab saya.

Dia terdiam dan saya kemudian melangkah pergi.

Untuk rekod, kru 666 tidak merancang secara semberono. Sebelum Projek Bantal dilaksanakan, kami telah menjalankan tinjauan di beberapa lokasi terlebih dahulu.

Lihat antara gambar saya rakamkan sebelum ini.


Projek Bantal disempurnakan bermula pada jam 11.30 malam tadi. Tanpa disangka projek dirancang dalam tempoh masa sebulan itu mendapat sambutan amat memberangsangkan.

Sahabat saya, Pengarah Urusan PNMB, Izham Yusoff hadir bersama lebih 20 kakitangan beliau. Turut berada di lokasi, hampir semua perawat Kasturi Syifa' dan kru Penyingkap Fakta.


Tepat jam 11.35 malam tadi, semua barang sumbangan pembaca blog ini, PNMB. Kasturi Syifa' dan kru 666 dikumpulkan di kawasan lapang. Sukarelawan kemudian berkerjasama menyediakan pakej pengagihan. Bantal, sleeping bag, baju Penyingkap Fakta, tuala dan toiletries diletakkan di dalam kira-kira 100 beg.

Gambar di bawah menerangkan segalanya.


Tanpa mempedulikan penat lelah dan tekak semakin kering, setiap sukarelawan mencurahkan bakti.


Terima kasih kepada Izham dan keluarga sudi berkongsi semangat sama lalu meluangkan masa melaksanakan Projek Bantal. 


Saya difahamkan, Izham sepatutnya menyambut hari ulangtahun kelahiran beliau pada detik 12 malam tadi namun sebaliknya membuat keputusan menyertai kami. Dari semua kru 666 dan saya secara peribadi, happy birthday bro! Semoga Allah memelihara kesihatan diri, mengekalkan kesihatan (mampu terus jogging setiap pagi)  dan berupaya menyumbang tenaga serta buah fikiran untuk kesejahteraan negara kita cintai.


Perawat Kasturi Syifa' terdiri daripada guru dan pekerja swasta juga tidak kurang sibuk memastikan setiap gelandangan menerima barangan disumbangkan.


Sekalung penghargaan kepada kru TV9 sudi membuat liputan. Hasil liputan disiarkan di dalam Berita TV9 pada jam 12 tengahari tadi dan berkebarangkalian dipaparkan juga pada jam 8 malam ini.


Sekeluarga pembaca blog ini juga turut hadir untuk memberikan sokongan moral terhadap usaha dilaksanakan.


Kira-kira jam 12 malam, barangan mula diagihkan kepada 100 gelandangan di kawasan sekitar.


Kakitangan ELS Healthcare Services mengambil peluang menawarkan perkhidmatan merawat luka kecil secara percuma kepada gelandangan.

Sila klik di sini untuk membantu saya merakamkan terima kasih kepada mereka.


Senyuman diukirkan pesakit melambangkan kualiti perkhidmatan mereka.


Seperti saya catatkan di alam entri terdahulu, kami tidak bermampuan menyediakan rumah serta tilam empuk  untuk mereka berteduh dan tidur selesa kerana kekangan kewangan.


Namun sekelumit sumbangan dihulur mampu memberikan peluang untuk gelandangan tidur lebih selesa, kepala berlapikkan bantal dan tubuh bertilamkan sleeping bag. Apabila bangun tidur, mereka semua memiliki tuala, berus dan ubat gigit untuk digunakan selepas membersihkan diri di tandas awam.

"Kalau tidak turun ke sini, barangkali dia orang ingat majoriti gelandangan pendatang asing. Rupanya ramai masyarakat tempatan. Macam kita jumpa tadi, orang tua, 56 tahun, berasal dari Yan, Kedah. Dia mendakwa tinggal di sini sejak 16 tahun lalu," bisik Izam.

"Itulah, apabila fakta disingkap, kita semua akan mengetahui keadaan sebenar," balas saya.


Tidak lengkap entri ini jika saya tidak berpeluang mengucapkan terima kasih kepada sahabat sejak di bangku sekolah rendah, Badrul Hisham Mohd Yusof kerana sudi memunggah majoriti barangan sumbangan pembaca blog ini menggunakan kenderaan pacuan empat roda Triton dari Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ke Kuala Lumpur.


Pelbagai lagi projek kebajikan dirancang oleh kru 666 dan diharapkan akan terus mendapat kerjasama semua pihak termasuk pembaca blog ini.


Semoga Allah membalas titik peluh kalian semua.

Sila baca nukilan Azree berhubung Projek Bantal di sini

Ikuti perkembangan tinjauan kru 666 di sini dan sila like laman ini agar kita terus dapat berkomunikasi demi kebaikan semua pihak.

40 ulasan:

  1. SMTI.... semua perasaan saya becampur baur menatap entri kali ini yang cukup menyentuh perasaan....

    BalasPadam
  2. tadi dah kluar di ntv7 berita jam 1pm...

    terbaik 666 bersama Kasturi Syifa'!

    BalasPadam
  3. Moga Allah Taala reward saudara, semua sukarelawan dan mereka yang menderma tanpa jemu di dalam projek bantal. Moga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperluas ke bahagian-bahagian lain di KL/Selangor, seterusnya ke negeri-negeri lain melalui wakil-wakil yang dilatih/dilahirkan melalui projek bantal ini, insyaAllah. Syabas!

    BalasPadam
  4. Bro gua dan rakan rakan berminat nak menyertai jika ada lagi program seumpama ini lain kali..mohon pencerahan bagi menambah sukarelawan

    BalasPadam
  5. sungguh terharu saya tengok usaha ni... berlinang air mata bila baca blog ni... sesungguhnya rakyat Malaysia memang penyayang...terima kasih Mazidul and the group...terima kasih semua..
    usaha tu mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi besar bagi yang menerima....

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Malah sambutan dan sokongan lebih menggalakkan daripada dijangka.

    Terima kasih kepada semua yang turut membantu pada malam itu.

    BalasPadam
  7. Semoga Allah membalas usaha kalian dengan kebaikan. Cuma tertanya-tanya agaknya waktu siang bantal itu mereka simpan dimana ...

    BalasPadam
  8. Mulia sungguh hati semua yang terlibat, penyumbang dan petugas serta rakan2 lain. Didoakan semuga anda semua dirahmati Allah swt dan diterima amal anda sebagai AMAL JARIAH... AMIN... YA RABB..

    BalasPadam
  9. Tahniah dan syabas buat semua. Jika ada lagi projek sedemikian, saya berhasrat untuk sertai. Minat kerja sukarela ni.

    BalasPadam
  10. tahniah, syukur masih lagi ada insan2 yang berhati mulia seperti anda semua. apapun syabas kerana telah berjaya melaksanakan misi projek bantal ni.

    BalasPadam
  11. SMTI... terharu! tak terucap bila tengok ada lagi orang yang masih memikirkan kebajikan orang lain...

    BalasPadam
  12. Menitik air mata melihat bantal di kepala & di pelukan para gelandangan tersebut. Sekiranya tiada ucapan Terima kasih diucapkan dari ulas bibir mereka saya amat YAKIN mereka akan tersenyum sewaktu menepuk2 bantal sewaktu bangun di keesokkan paginya.

    Biarlah saya menjadi wakil mereka mengucapkan
    TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!
    kepada kalian yg punyai sifat sayang-menyayangi & ihsan yg murni.

    Untuk kesekian kalinya saya ingin menyatakan bahawa di atas segala apa sebab-musabab mahupun permasalahan sosial semua para gelandangan tersebut usahlah kita memandang sebelah mata dan meminggirkan mereka. Mudah-mudahan dgn hasil simpati & empati yg dihulurkan dapat menjentik hati mereka memikirkan erti hidup & berusaha mencari identiti diri, InsyaAllah.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah! tqvm, Bang Dul dan saudara2 yg lain...

    BalasPadam
  14. Sabil pun ada...bagus murni sungguh pengorbanan Tuan untuk mereka yg perlukan..Moga kasih sayang tuan itu pada mereka yg dapat bantal akan dikenang hingga akhir hayat...

    Tahniah dan saya sanjung tinggi apa yg tuan dan rakan rakan lakukan...

    BalasPadam
  15. tahniah bro mazidul...semoga allah permudahkan segala usaha murni bro....

    BalasPadam
  16. Bagus tu encik mazidul lebih baik dari sesetengah Ngo yang mengunakan nama kebajikan dan Islam tapi tak mampu nak buat apa apa
    KUDOS

    BalasPadam
  17. smti..sebak bila baca entri nih..apa2 pun tahniah guys..!! ALLAH sahaja yg dpt membalas budi baik korg suma... :)

    BalasPadam
  18. SMTI. menitik air mata membaca kisah mereka. apa lagi menatap gambar mereka tetap tidur tanpa bantal yg diberikan, tetapi bantal itu dipeluk oleh mereka .. betapa mereka menghargai sumbangan yg dibuat oleh en dan yg lainnya.

    BalasPadam
  19. semoga Allah memberi kurnia yg besar kepada en mazidul atas penganjuran dan usaha yang murni ini. dan semoga keikhlasan semua pihak yang membantu akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. amin...amin...amin....

    BalasPadam
  20. SMTI...... alhamdulillah.... semuanya berjalan seperti yang dirancangkan, semoga usaha anda semua diberkati ALLAH

    BalasPadam
  21. SMTI... Alhamdulillah.... tahniah kepada anda semua, semoga usaha anda diberkati Allah... amin....

    BalasPadam
  22. SMTI... sedeh jgk sbb sy n suami x dpt join menyumbang tenaga, sy dpt tgk dari dlm kereta je.. apa pun, SYABAS utk semua yg terlibat.. semoga usaha murni kalian termasuk yg menyumbang wang & material diberkati Allah.. dan smg usaha ini dan kerja2 amal yg lain mendapat sokongan dari dari semua pihak..

    (Adam lbh comel bila tgk secara live..hahahahahaha....)

    BalasPadam
  23. SMTI...usaha murni ini sangat baik jika diteruskan...entry yg telah menyentuh hati ini...=) tahniah bro n all the team..juga semua yang membantu menghadiahkan perkakas yg diperlukan...mahu join aktiviti seterusnya!!

    BalasPadam
  24. Salam encik mazidul Izham yusof bukan pengarah urusan spnmb tetapi PNMB (Percetakan Nasional Malaysia Berhad)... tq

    BalasPadam
  25. SMTI.. terusik hati bila membaca entri ini. Mulianya hati tuan..

    BalasPadam
  26. Terima kasih kepada semua.

    Kami hanya pelaksana kepada sumbangan dihulurkan oleh pembaca blog ini.

    BalasPadam
  27. SMTI... alhamdulillah... segala usaha abang MAS & kawan2 berhasil!

    BalasPadam
  28. SMTI...alhamdulillah terlaksana sudah..tahniah kpd semua yg terlibat

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah..next time kalau berpeluang buat lagi. Saya akan turut serta lagi setakat yg termampu. Memang berhajat nk turun sekali, apakan daya saya jauh di selatan..

    BalasPadam
  30. ~smti~ Alhamdulillah.. Tahniah kepada kalian.. Semoga Allah permudahkan semua urusan kalian dan dimurahkan rezeki.. amin..

    BalasPadam
  31. Alhamdullilah...

    Tiada kata secantik bahasa,
    Lidah kelu tak mampu berkata,
    Meruntun jiwa menitis airmata,
    Melihat bantal di alas ke kepala.

    Bunga mawar berwarna merah,
    Bertambah cantik bila digubah,
    Di dunia berbaik sesama ummah,
    Terjalin silaturrahim ukhuwah islamiyyah.

    Bunga cempaka jatuh ke tanah,
    Dikutip gadis pulang ke rumah,
    Kepada semua kalungan tahniah,
    Budi Baktimu kan diganjiri Allah.

    Mazidul,
    Saya yakin permulaan ini tiada akan akhirnya...usaha murni ini pasti tiada noktah, teruskan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.

    Syabas!

    BalasPadam
  32. Smti - syukur dantahniah dari jauh RR ucapkan. Semuga projek ini akan diteruskan dari masa ke semasa. Salam dari 2700km. Tahniah sekali lagi untuk semua yangbterlibat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.