Isnin, Mei 27, 2013

AYAH 'POLIS TRAFIK' BERSTATUS SAMA SEPERTI AZHAR IDRUS

Kira-kira jam 5 petang semalam, hujan turun renyai di Kuala Lumpur. Pun begitu keadaan lalu-lintas tidak begitu sesak.

Sebaik melintas di hadapan Kompleks Pertama bersama  wartawan Sinar Harian, Izwan Roslin,  kami  terlihat  lelaki  bertubuh  kurus meniup  wisel di tepi jalan Tunku  Abdul  Rahman.


Tingkah-lakunya  tidak ubah  bak anggota polis trafik, cuma dia tidak  memakai seragam. Malah dia mengarahkan  kenderaan  polis  agar bergerak sebaik lampu trafik bertukar hijau.


Kehadirannya di tepi jalan utama  menarik perhatian ramai dan dikhuatiri mengganggu pemandu di kawasan sekitar. Lalu saya menghampirinya untuk mendapatkan sedikit maklumat.


"Nama saya Mahral Nordin dan tinggal di Kampung Baru," katanya.

"Sejak bila menjadi 'polis trafik'?," soal saya.

"Sudah empat bulan," balasnya tetapi dalam nada tersekat-sekat.

Saya meminta dia berteduh kerana hujan semakin lebat tetapi tidak diendahkannya. Jika polis trafik bertugas dalam keadaan sebegitu, mereka menggunakan baju hujan.

"Mungkin dahulu, dia bercita-cita hendak menjadi polis trafik,"  kata lelaki tidak saya kenali berkebetulan  lalu di sebelah kami.


"Ibu  dan ayah  di mana?," tanya saya lagi.

"Ibu meninggal,  ayah berkahwin tiga," katanya.

Spontan  saya  teringat  Ustaz Azhar Idrus,  mengahwini isteri  ketiga  semalam, klik di sini.

UNTUNGLAH.

"Apa di dalam poket?," soal saya kepada lelaki  saya anggarkan berusia lewat 40 an itu.

"Rokok dan gunting," balasnya.

"Jomlah berteduh," ajak saya.

"Saya hendak mengawal  lalu-lintas," ucapnya.

Lalu saya dan   Izwan  beredar.

10 ulasan:

  1. nafsu oh nafsu.....

    ustaz akhir zaman.....!

    opsss ustaz ke?belajar mana dulu.....jangan di india sudah....haha

    BalasPadam
  2. Kepada semua lelaki, termasuk diri saya sendiri, tolonglah. Walaupun Allah SWT membenarkan kita berkahwin lebih daripada satu, janganlah kita berfikir dengan nafsu. Buat apa ramai anak dengan ramai isteri jika kebajikan anak dan isteri tak terjaga?

    BalasPadam
  3. SMTI

    hahahaha...ingatkan apalah tadi yang status sama ngan UAI...

    BalasPadam
  4. Perlukah seorang ustaz berkahwin ramai? Ramai je ustaz lain yang tak kawen ramai!

    BalasPadam
  5. Kalau mampu kahwin 4.
    Kalau tak mampu kahwin 3.
    Kalau tak mampu juga, kahwin2.
    Tak mampu juga? Kahwin satu cukuplah.

    Tak kiralah anak dara atau janda.

    Ini bukan saya yang kata.
    Bukan juga UAI yang kata.

    :-)

    BalasPadam
  6. pandai En Mazidul buka ' topik'. Dalam istilah pendidikan; di namakan ' set induksi'. Di samakan bapa lelaki tu dengan UAI dari segi status .. beristri 3. Pada pendapat saya .. mampu kewangan tapi tak mampu ilmu untuk tunai t/jawab akan menghasilkan generasi yang 'bermasalah'. Tapi saya yakin UAI mampu dari aspek kewangan dan T/jawab. Khabarnya dia memiliki dan memandu FERARI. Bukan calang-calang kereta tu. Dan saya yakin isteri ketiga bukan dia yang cari tapi wanita itu ' mempelawa' diri. Yer lahh .. sapa tak nak dapat lelaki 'berilmu' seperti UAI. Satu contoh yang amat saya kagumi .. Datuk Azhari ( Bapa pelakon Jalaludin dan Mantan Ketua Polis Negara ) .Ilmu dan ketokohannya sudah cukup memikat dan menjadikan wanita yakin untuk menjadi isterinya.

    BalasPadam
  7. Apa masalah dgn poligami jika isteri memberi keizinan dan lelaki tersebut mmg mampu berlaku adil dan mampu memberi nafkah zahir iaitu wang ringgit, tempat tinggal, kenderaan dan nafkah batin iaitu ilmu agama, ilmu dunia, makanan rohani, hal dlm bilik.

    BalasPadam
  8. jangan kutuk ulamak ..... itu nasihat saya....jangan bandingkan ulamak. encik mazidul beragama islam... en mazidul xperlu untuk kaitkan mana2 ulamak untuk artikel.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.