Khamis, Mei 09, 2013

SEKARANG PENGEMIS KEMUDIAN KETURUNANNYA MENGHINA MELAYU

"Dia mintak wang di sini sudah tiga hari itu macam," lapor Cina,  penyelia  pekerja binaan berhampiran  Persiaran Surian,  Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Sebelum ini wanita warga Pakistan  lain  mengemis di lokasi terbabit. Setelah diminta  memberhentikan kegiatan itu,  dia menghilangkan diri, mungkin meminta sedekah di lokasi berbeza.

Klik di sini.

Wanita Pakistan saya temui tadi pantas menghilangkan diri sebaik menyedari kehadiran saya merakamkan gambarnya. Setelah menyorokkan kenderaan saya pandu di deretan kedai berhampiran Sunway Giza, saya merekodkan gambarnya dari  jarak agak jauh.


Dia kelihatan sihat  walafiat dan  cergas bergerak.    


Beberapa minit  kemudian,   saya menghampirinya wanita warga asing secara terang-terangan  melanggar  Akta Imigresen 1959/63.  Sewaktu berjalan, terfikir, pada mulanya dia mengemis  sambil menjual  tisu,  kemudian hasil diraih digunakan untuk membina gerai menjual tisu secara haram di pinggir jalan. Tidak mustahil,  dalam tempoh 10 tahun lagi, anaknya  akan memiliki kilang  mengeluarkan tisu di negara ini.

Ramai  warga asing di Malaysia,  bersifat bak Belanda mendapat tanah. Selagi  harta  boleh dibolot, bolot  dan  apabila sudah  hidup mewah, mereka  bersikap kurang ajar kepada orang berbangsa Melayu.


Saya berasa bimbang, jika dia dan keturunannya dibenarkan bermastautin di negara ini, barangkali  satu hari kelak,  mereka tidak akan teragak-agak  menghina Melayu dan cuba memonopoli bidang ekonomi di  Malaysia. 

Tatkala miskin dan papa kedana,  mereka tidak berkuasa.

Gambar di bawah secara  spontan  mengingatkan saya hubungkait di antara parti PAS dan negeri berkebajikan.


Kali ini  saya tidak membiarkan dia hilang dari pandangan. Biarpun cuaca agak panas,  saya terus mengekorinya.


Seperti saya jangkakan  sejak daripada awal,  pengemis asing itu bergerak  laju  menuju ke pondok menunggu bas terletak kira-kira lebih 100 meter dari simpang dia menagih  simpati sejak jam 10 pagi.  

Sedia menunggu, wanita senegara dengannya.


Tepat jam 1.43 tengahari, bas tiba dan mereka menaiki kenderaan awam itu bersama penumpang lain. Destinasi terakhir bas itu, Pasar Seni dan mereka berdua membayar tambang  RM3 untuk ke Kuala Lumpur.


Warga asing seperti mereka bak menganggap Malaysia tidak  mempunyai undang-undang. Mereka sanggup datang dari ibu kota semata-mata untuk menagih simpati warga Kota Damansara.

Saya memaklumkan kehadiran warga asing mengemis di simpang jalan utama kepada Ketua Polis Balai Kota Damansara namun tidak mendapat respon positif.  Lokasi sama sebelum ini dijadikan sasaran anak muda asuhan parti pembangkang mengadakan flashmob dan Malaysian Spring.

Kekadang saya berasa agak  hairan, menghubungi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed  LEBIH  mudah berbanding  untuk bercakap dengan  Ketua Polis Balai.

10 ulasan:

  1. mana pegawai imigresen yang ramai2 tu...dok tidoq je ka...

    BalasPadam
  2. itu yg saya menyampah dengan kerajaan bila tiada tindakan tegas terhadap pendatang asing.bila nak ambil tindakan?tunggu nasi dah jadi bubur?

    BalasPadam
  3. salam bang,

    saya kerja sekitar jalan tun razak...
    baru2 ni saya jumpa seorang lelaki warga seperti makcik2 ni meminta sedekah yang sama macam ni kat simpang jalan tun razak menghala ke jalan semarak yang betul2 berdepan dengan menara celcom tu...
    kemudian semalam saya ke bangi..pon ade seorang makcik minta sedekah ketika trafik light merah di jalan reko kalau tak silap saya....
    saya rasakan mereka ni ramai... dan ada di mana2... memamg betul lah kata abg Mazidul.. lama2 dorang boleh memiliki sebuah kilang tisu kat Malaysia ni...

    BalasPadam
  4. Makcik yg bertudung labuh hijau tu,sy pernah nampak dia mengemis dgn tisu poketnya di persimpangan bandar sri damansara-LDP,dlm hati sy berkata tak takut kena langgar ke makcik nie..

    BalasPadam
  5. Jumaat lepas, di traffic light Pekan Meru, perkara yang sama berlaku. cuma sayang, tak teringat nak amik gambar dorang. seorang disebelah kereta saya, sorang lagi di laluan bertentangan..

    BalasPadam
  6. saya fed up sungguh dengan mereka2 ni. keluarga saya di kampung yg berusia lebih 60 tahun masih gunakan kudrat bertani, berniaga kecil2an. mereka ni senang2 je minta duit drp rakyat sini yg berkerja bertungkus lumus cari rezeki. Rakyat Malaysia memang baik hati

    BalasPadam
  7. kakitangan JABATAN IMIGRESEN pemalas, baloq liat, makan gaji buta...dok mengangkang ja kat pejabat....main karom

    BalasPadam
  8. Skrg makcik asing ni duk mintak sedekah kt trafic light di susur federal hghwy ke kerinchi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.