Khamis, Mei 09, 2013

ADUN KOTA DAMANSARA YB HALIMATON TOLONG HIDUPKAN GAJAH PUTIH MATI

Saya  perhatikan,  lebih  6 tahun,  bangunan  siap dibina  itu  berada dalam keadaan  terbiar.

Lebih  menarik lagi,  hanya segelintir penduduk apartmen Salvia dan Tania,  di Jalan Kenyalang  11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  tahu sedikit informasi  mengenai  bangunan Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad, sekian lama  menjadi projek gajah putih.

 

"Bangunan itu  dibina sewaktu zaman  Datuk Mokhtar Dahlan menjadi Ahli Parlimen  Subang,  sebelum Barisan Nasional  tumbang kepada Pakatan Rakyat di Selangor. Dengarnya bangunan itu  tidak mendapat Sijil  Layak Menduduki, sehingga kini,"  dakwa penduduk enggan identitinya didedahkan di sini.


Saya difahamkan, ADUN terkini, Halimaton Saadiah Bohan, menjadi Ketua Wanita UMNO Subang selama lebih dua penggal. Beliau juga bekas setiausaha Datuk Mokhtar. Justeru, amat  mustahil andai Halimaton tidak mengetahui status  bangunan  terbabit.

Teliti  gambar saya rakamkan semalam. Bangunan dibina menggunakan wang rakyat itu berada dalam keadaan terbiar bak tidak bernilai.


Malah dinding di bahagian belakang bangunan telah mula retak.


"Apalah salahnya kalau bangunan itu dijadikan taman asuhan kanak-kanak. Berikutan ketiadaan ruang parkir di kawasan berhampiran,  ibu bapa boleh menurunkan anak mereka dari kenderaan dan kemudian beredar. Daripada dibiarkan begitu, jika dijadikan surau juga sesuai kerana  bakal  memudahkan penduduk  Islam dua  apartmen berjemaah sekali,"  ujar Shahzan Azlan.


Shahzan,  38 tahun, penduduk Apartmen Salvia, ayah seorang anak dan bertugas  di syarikat telekomunikasi terkemuka di Kuala Lumpur.


YB,  setiap  pemimpin  melakukan kesilapan  namun  jika mahu,  kesilapan itu berpeluang diperbetulkan oleh pewaris kuasa politik mereka.  

Sebagai  penduduk Kota Damansara, saya menyarankan YB untuk meninjau bangunan terbabit  dalam jangka waktu  terdekat.


Setelah dipilih oleh ribuan pengundi dan bergelar Wakil Rakyat, YB harus melaksanakan tanggungjawab  dipikul secara efisyen.  Di sepanjang  tempoh  berkempen untuk Pilihan Raya Umum 13,  YB   kelihatgan bersemangat  menziarahi purata 5  lokasi berbeza sehari,  bertemu bakal pengundi. 


[  Bagaimanakah Mobicool T 08 membuatkan perjalanan menggunakan kenderaan berasa LEBIH selesa? Klik di sini

Oleh  itu,  mengikut hemat  saya, YB  pasti  tidak  langsung akan  berasa keberatan untuk memberikan  perhatian  terhadap isu  saya bangkitkan  sekaligus  berusaha  'menghidupkan' kembali  gajah putih  telah  lama mati untuk kepentingan masyarakat setempat. 


Sebagai  pengendali blog,  saya kerap menerima maklumat disalurkan oleh orang ramai khususnya  penduduk Kota Damansara.  Maklumat berhubung masalah mereka depani.  Bagi saya,  setiap  komen mereka lontarkan itu, percuma. InsyaAllah,  akan saya kongsikan bersama  YB di blog ini.

Apapun,   tahniah  dan  selamat melaksanakan tugas sebagai Wakil Rakyat  dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Kepada bekas Wakil  Rakyat PKR,  Dr. Mohd  Nasir Hashim ... 

Arios!

5 ulasan:

  1. Melakukan perubahan positif untuk kebaikan bersama apa salahnya.

    BalasPadam
  2. Sibuk ngan agenda utama.. dptkan putrajaya. Kawasanlain x kisah..

    BalasPadam
  3. Saya cadangkan di buka Kedai Rakyat 1 Malaysia di bangunan tersebut.

    BalasPadam
  4. Salam.
    Syabas atas kejayaan, namun kejayaan merupakan Amanah dn tanggungjawab.

    Sila buat lawatan ke rumah siti khadijah ank ank tahfiz putera.
    Sec 6. KD.
    www.bksk.org.my

    BalasPadam
  5. Pangsapuri Salvia & Tainia mengalami masalah parking.Terdpt beberapa biji kereta yg telah rosak tersadai di petak² parking di bahagian luar kawasan pangsapuri. Sy dapati di Pangsapuri Tainia telah dibuat kawasan parking tambahan ( berdekatan dgn taman permainan ) tetapi di kawasan yg sama utk Pangsapuri Salvia, kawasan tersebut kosong dan ditumbuhi lalang. Saman polis akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yg meletakkan kereta di tepi² jalan. Tetapi memandangkan tiada kawasan letak kereta yg disediakan, pemilik kenderaan tidak mempunyai sebarang pilihan. Pihak pengurusan Pangsapuri Salvia mengatakan permohonan utk parking, agak ramai yg telah memohon ( senarai dari thn 2011). Tapi didapati byk kotak parking kosong di dlm kawasan pangsapuri ini. Jwpn yg diterima, satu parking utk satu rumah. Management juga ada maklumkan berlaku kejadian pecah kereta & ragut. Ini menimbulkan kerisauan dikalangan penghuni. Mohon jasa baik YB utk melihat perkara ini & prihatin terhadap masalah yg dihadapi penduduk di kawasan YB.Terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.