Rabu, Mei 22, 2013

PENDEDAHAN FAKTA KEJADIAN DI HO CHI MINH OLEH IZAN SUHAILA MOHD ALI ( EKSKLUSIF)


Petang semalam,  saya dan  wartawan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, Muhammad  Arashy  Mohd Azim   bersama kru,   bergerak  ke  Paroi, Negeri Sembilan.

Sekitar jam 8.30 malam, kami  bertemu Izan Suhaila Mohd Ali dan ahli keluarga di rumah ibunya,   Zaiton  Baharom.




Alhamdulillah,  mereka   sudah  mampu   mengukirkan  senyuman  biarpun di hati masih terbuku  luahan  bakal  dikongsikan bersama  kita  semua.  Sebahagian  daripada kenyatan  Izan dicatatkan di sini,  barangkali  tidak disiarkan  oleh Buletin Utama TV3 berikutan kekangan masa. 



Saya  amat  bersyukur kerana diberikan  peluang  untuk  merakamkan versi  lengkap kisah getir  ditempuh  oleh  Izan,  Maryam  Sofea  dan  dua  saudara lelaki mereka,  Faisal Mohd Fozzeli dan Mohd Hasif Mokhtar  tatkala  berada di  Vietnam.

"Adik lelaki  saya,  meminta kami  hanya  memberikan  kenyataan dengan TV3 dan Mazidul. Beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pihak lain perlu diperbetulkan," ujar  kakak  Izan, Norhamiza.


Insiden  tidak  diduga  itu  berlaku  akibat  Maryam, 14 bulan,  dinafikan  hak   diterbangkan ke Malaysia  menggunakan  pesawat   Air Asia, AK 1455  pada malam 18 Mei lalu di lapangan terbang  di  Ho  Chi Minh.

Ikuti pendedahan ibu  bayi istimewa itu. 



Saya  bertanya mengenai  status wanita kelihatan seperti jururawat  mengambil suhu badan Maryam sewaktu dipangku oleh Izan di ruang menunggu berhampiran pintu 18 lapangan terbang.


"Wanita Vietnam itu  memperkenalkan dirinya  sebagai doktor lapangan terbang. Dakwanya,    demam campak Maryam masih boleh berjangkit.  Selepas  suhu  disukat   dua kali menggunakan thermometer  kami pantas  bertanya kepada dia, berapakah suhu badan Maryam  tetapi   dia  enggan  memberitahu.  Pantas  dia  beredar  dan terus menghilangkan diri.  Kami keliru.  Mengapakah tidak secara beretika dia menjelaskan status kesihatan  anak saya pada ketika itu?,"  soal Izan.

Saya  berada di lokasi  sama dan  sempat merakamkan  gambar wanita dimaksudkan.



Tambah Izan,  berkebetulan seorang  daripada  penumpang pesawat  berbangsa  Melayu  pada malam itu, doktor. 

"Doktor terbabit  berkata  kepada wanita itu,  she is not harmful, she can fly.   Namun dia tetap   tidak membenarkan  Maryam  terbang.  Saya  menghormati  keputusan  profesional  wanita  itu. Kami akur dan mengikut arahan  mereka.  Sejurus kemudian pegawai keselamatan bertugas  mengarahkan kami untuk  meninggalkan lapangan terbang.   Dia berkata, kalau  hendak  semua bagasi  dikeluarkan dari pesawat,  semua dua belas orang  dalam  kumpulan kami  harus  tidak  menaiki pesawat  pada malam itu,"  luah Izan kecewa.   



Saya  difahamkan,  hari ini  Air Asia menampilkan rekod  pemeriksaan  kesihatan  Maryam. Baguslah. Cuma, doktor  wanita  bertugas  harus  dilatih agar lebih mesra pesakit dan sudi berkongsi  maklumat  hasil pemeriksaan bersama keluarga pesakit.


Pegawai keselamatan di atas  kemudian dilapor  membantu  megeluarkan  empat beg secara rawak dan  menyerahkan  bagasi itu  kepada  mereka.   

"Kami  menarik  semua beg  itu dan  bertemu   wakil  Air Asia,   berpakaian   merah di lapangan terbang itu.  Anak  buah  saya  bertanya,  kalau  kami sudah  mendapat surat clearance fit to fly  untuk  Maryam,  dikeluarkan oleh  doktor,  bagaimanakah kami hendak  pulang ke Malaysia?  Jawaban kami  terima, setiap seorang harus membayar  USD35 (RM105)  untuk satu tempat duduk termasuk bayi.  Kami bersetuju,"  ujar kakitangan Hong Leong Bank itu.



Selain  Maryam,  Izan  dan  suami,  Mohd Reza  Mat  Jan,  dikurniakan  empat anak lain.



"Kakitangan Air Asia  itu  kemudian  menunjukkan pintu  keluar dari  bangunan lapangan terbang.  Ruang  pelepasan  sangat sibuk  sekitar  jam 10 malam.   Selepas  kira-kira 15  minit, kami menaiki  teksi menuju ke Pasar Ben Thanh. Di kawasan itu   ramai peniga tempatan  fasih  berbahasa Melayu.  Tiba di situ, kami berjalan kaki  melintasi pasar malam dan kemudian mencari  hotel untuk menginap. Malangnya semua hotel penuh.  Kami menemui penjual  kain warga Vietnam,  Aishah dan menceritakan masalah didepani," kata graduan lulusan Universiti Teknologi Mara itu.   



Adik  Aishah   kemudian membawa  anak buah  Izan menaiki motosikal mencari hotel di lokasi lain  namun  tidak membuahkan hasil.    

"Akhirnya  kami membuat  keputusan  menaiki teksi dan  kembali ke May  Flower Hotel, tempat kami menginap sewaktu bercuti selama 3 malam.   Hotel itu dilengkapi  kemudahan wifi, memudahkan kami berhubung dengan saudara mara di Malaysia," kata ibu kepada lima anak itu.



Selain  sedikit  baki  wang tunai sedia ada,  Izan   menerima  sumbangan  spontan dihulurkan oleh  majoriti penumpang  pesawat Air Asia, AK 1455  sekitar  jam 9.15  malam,  waktu Vietnam.



Menggunakan wang itu,  mereka berpeluang  membeli  beberapa barangan  keperluan  asas  seperti  ubat  gigi.  

"Susu  formula untuk  Maryam  tidak  dijual  di kedai  24  jam  itu. Jadi  kami  membeli susu segar untuk memberikan  dia  minum," jelas Izan.

Kepenatan,  mereka  kemudian  tidur di bilik disewa dengan  kadar USD60 semalam.

"Esok pagi,  ramai  rakan di Malaysia, mula menghantar  pesanan ringkas,  SMS, bertanya samada kami  ok atau tidak?  Saya bertanya, bagaimanakah  mereka tahu? Mereka kata, kami  semua  membaca  blog  Mazidul.  Mereka menghantarkan  saya capaian  blog dan saya mula membaca.  Terharu juga sebenarnya.  Ada juga  insan menolong tatkala  kami bersendirian di bumi asing," tambah wanita itu.



Abang  Izan,  Ahmad  Johanif, 47 tahun,   bertugas  sebagai  Naib Presiden Tourism Malaysia New York, Amerika Syarikat. 

"Abang  memaklumkan,  dia sudah menghubungi  kawan  dia  di  Tourism Malaysia di Hanoi, encik Iqbal.   Pada  jam  8.30 malam, encik Iqbal  menghantar  wanita Vietnam fasih berbahasa Melayu  dari Ho Chi Minh  untuk  datang  membantu kami.  Kira-kira jam 10 pagi, 19 Mei,  miss Niu  daripada Tourism  Malaysia datang  bertemu  kami dan cuba menguruskan clearance letter,  syarat utama untuk membenarkan kami balik," kata Izan lagi.

Memandangkan cuti  hujung minggu,  banyak hospital  mereka hubungi tidak mempunyai doktor bertugas. 

"Kami  pasrah.   Saya memberitahu miss Niu,   kami memerlukan   susu formula  untuk  Maryam.   Jadi mis Niu  memanggil teksi dan kami berempat  menaiki teksi pergi ke supermarket,  membeli  barang   asas  seperti lampin.  Kami kemudian  pergi makan  tengahari dan  kemudian dihubungi  oleh encik Azmi dari Kedutaan  Malaysia dan memberitahu u ntuk membantu kami  pulang ke Malaysia.  Pada masa sama,  saya menerima SMS dari MAS,  mengatakan mereka sedia membantu setelah dimaklumkan oleh pihak Tourism Malaysia. Wakil   pihak majikan saya, Hong Leong Bank, cik Aishah juga  menawarkan tempat  tinggal   sementara jika masih tidak  boleh balik sebab dia ada rumah di sana. Puan Audy  daripada  Konsulat  juga  menawarkan kemudahan sama. Saya memang berasa terharu.  Sekitar jam 1.45  tengahari  sewaktu  berada di hotel, encik Azli  daripada MAS  menelefon, katanya, saya akan membantu. Saya tahu puan memerlukan clearance letter,   dia  aturkan  pemeriksaan kesihatan Maryam di Victoria Hospital. Janji temu  pada  pukul 2.30 petang,  lima belas  minit sebelum itu,  dia akan datang menjemput.  Pukul 2.10 petang, encik Azli,  isteri dan cik Hayati  datang ke hotel dan  terus membawa kami ke  Victoria Hospital.  Cik Hayati  kemudian  mengaturkan  penerbangan pulang kami pada jam 4.45 petang,  lain  penuh. Kami bergegas balik ke hotel untuk  mengambil barang dan tiba di lapangan terbang. Pihak MAS  menyediakan kakitangan mengiringi  kami  sampai  ke ruang   pelepasan  dan masuk ke pesawat.  Kami sampai di KLIA  pada  pukul 7.45 malam," jelasnya.

Klik  di sini untuk membaca kenyataan dikeluarkan oleh  MAS.

"Sedikit  peringatan  agar  insiden  sama  tidak  menimpa  orang lain?,"  pinta Arashy.

"Paling penting, kita patut  mengambil  travel insurance dan meneliti terma dan syarat ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Mungkin  tidak  perlu membawa  bayi  atau kanak-kanak untuk melancong  ke  negara luar.  Apapun, pekerja hotel di Vietnam friendly dan banyak membantu.  Masalah tercetus  apabila Maryam  tidak dibenarkan  terbang pulang," jawab Izan.

"Pada 15 Mei, sewaktu menaiki pesawat Air Asia di LCCT untuk ke Ho Chi Minh, bagaimanakah   kakitangan  syarikat  itu   membenarkan  Maryam  terbang sekali?," soal saya.

"Mereka tidak bercakap  atau  bertanya. Cuma  sewaktu  kami hendak pulang, di lapangan terbang  di Ho Chi Minh, saya  membawa Maryam  menggunakan pengendung.  Tubuh kami diperiksa.  Kakitangan  keselamatan  menyeluk  tangan  di   ruang di antara  saya dan   Maryam,   mereka  terlihat   tompokan  hitam di kaki  anak saya. Mereka  berasa curiga  tetapi Maryam  tidak  demam pada waktu itu,"  terang  Izan yakin  kepada kami.



"Memang  Air Asia berhak  menafikan Maryam diterbangkan ke LCCT. Komen puan dari  aspek  kemanusiaan,  bagaimana?," tanya saya.

"Saya  berharap  syarikat  penerbangan  memberitahu  penumpang  apakah perlu mereka lakukan  selepas itu.  Kekurangan dalam kes ini,  bila kami diarah  meninggalkan  lapangan terbang,   tiada nasihat kemana hendak pergi?  Hospital mana hendak pergi?  Mereka harus ingat,  kami di bumi asing,  bukan di Malaysia.  Kami  tidak tahu  kedudukan hospital dan klinik, tanpa  bantuan  kami  tidak mampu melakukan tindakan seterusnya. Pada waktu hampir tengah malam,  sukar untuk  berfikir pada waktu itu.  Oleh itu,  wakil syarikat penerbangan,  harus  memperuntukkan  masa  di antara 10 dan 15 minit  untuk menerangkan kepada pelanggan mengenai  kedudukan hospital  dan hotel berdekatan.  Dalam kes ini,  kami cuma diarahkan keluar  begitu sahaja," ujat Izan  dengan perasaan berbaur  emosi.



"Bilakah puan  atau  ahli  keluarga dihubungi oleh  wakil Air Asia?," soal saya.

"Kami  selamat  tiba di  KLIA  sekitar   jam 7.45 malam, 19 Mei lalu.  Saya sampai  di rumah sebelum  jam 9 malam. Kakak saya menghubungi dan berkata,   pihak Air Asia Saigon menelefon dan menawarkan tiket percuma  dan  ingin membantu kami.  Kakak saya memberitahu,  mereka  sudah terlewat  kerana  saya  telah  balik  menggunakan  kapal terbang MAS. Mereka berasa   amat terkejut  dan   berkata, how could  she?," balas Izan. 



Izan kemudian menyambung kenyataannya sambil  dirakamkan oleh jurukamera TV3 di Negeri Sembilan, Ali Choy.



"Hari ini  (21 Mei, Selasa),   pihak  Air Asia  menelefon  kakak  beberapa kali  untuk bertemu  saya secara peribadi. Dia kata  untuk  bertanya  beberapa soalan  dan memulangkan wang, refund. Kepada saya,  pihak Air Asia  perlu  memberikan penjelasan kepada semua rakyat Malaysia, bukan saya perlu  menerangkan kepada mereka, lalu saya tolak untuk bertemu.  Saya  katakan,  kejadian  diceritakan oleh abang  Mazidul, itu  berlaku dan semua informasi  tercatat  di  kenyataan akhbar  MAS, itu benar. Jadi pihak Air Asia boleh merujuk maklumat terbabit," katanya.

"Mungkin  puan  ingin  merakamkan  ucapan  terima kasih  kepada mereka yang membantu?," celah Arashy.

"Bantuan abang  Mazidul  yang sangat vokal,  penumpang  penerbangan AK 1455.  Saya sangat  tersentuh hati.  Mereka  tidak  mengenali saya, saya pun  tidak mengenali mereka ( menangis). Terima  kasih banyak. Menggunakan wang sumbangan mereka,  kami dapat mencari  hotel,  membeli susu dan membeli tiket balik.  Alhamdulillah,  paling penting,  semua selamat,"  jelas Izan sambil  airmata  bercucuran  di pipinya.



Izan secara tenang meluahkan harapannya.

"Kami  berharap   Air Asia  bersikap  lebih peka. Kami  faham mereka mengikuti prosedur operasi standard,  SOP. Itu  kami akur tetapi selepas itu, mereka juga harus bersifat    berperikemanusiaan.  Contohnya, hantarkan penumpang terbabit ke hotel  bukan dibiarkan begitu sahaja.  Sewaktu berada di Vietnam tiada wakil Air Asia menghubungi kami untuk menawarkan bantuan.  Kami sangat sedih. Orang baik  berada di mana-mana. Biarpun kami sudah  pulang ke Malaysia, terdapat rakyat  Vietnam  mengumpul  derma  dan ingin menyerahkan  hasil kutipan  itu untuk kegunaan kami sekiranya kami masih berada di sana. Kakak saya  memaklumkan mereka, sedekahkan  wang itu  kepada  masjid di Vietnam  sebab adik saya sudah balik,"  jelasnya.



"Memang kami berasa  terkejut. Apabila  doktor dari   Malaysia menerangkan  kepada mereka, Maryam  selamat untuk  diterbangkan  tetapi penjelasan itu tidak diterima oleh mereka di sana.  Air muka   petugas itu punya sombong dan  mak cik ingat  sampai sekarang. Dia  memeriksa  suhu  badan Maryam dua kali dan memang  Maryam tidak demam. Memang sejarah dalam hidup mak cik, pertama kali pergi ke Vietnam, terjadi  perkara sebegitu. Tambahan pula apabila  syarikat penerbangan lepas tangan.  Kakitangan di situ  mendakwa, kalau awak naik  pesawat, nanti kapten  akan  halau  sedangkan  kapten dilaporkan tidak mengetahui kes ini.  Habis  maklumat itu datang daripada mana?  Dia reka?  Menyusahkan kami.  Sebaik mengetahui anak mak  cik  boleh balik,  bersyukur kepada Allah. Tiada siapa lebih  berkuasa  berbanding   Allah,"  tambah Zaiton.


"Hari ini ( 21 Mei 2013, Selasa  )  kami  membaca kenyataan  akhbar  dikeluarkan  oleh  Air Asia. (Ketua Pegawai Eksekutif)  Aireen Omar  mengatakan  syarikat  terbabit  kononnya  menawarkan   bantuan.  Hakikatnya,  pihak Air Asia  tidak pernah   sekalipun  bertanya  khabar sewaktu kami di Ho Chi Minh, apatah  lagi  menawarkan  kemudahan  tempat  tinggal  mahupun   penerbangan percuma   untuk pulang ke Malaysia.  Kami  cuma diarahkan keluar dari  lapangan terbang tanpa sebarang bantuan,"  jelas  Izan lagi. 

Dua kali  Izan melontarkan penjelasan sama sebelum  kenyataannya disiarkan oleh Buletin Utama TV3 dan blog ini. 

Turut   hadir  di rumah  ibu  Izan,   rakan  peguam,  suami,  anak  dan  Norhamiza.



"Dari  mana pihak pengurusan Air Asia  mendapat  informasi itu?  Barangkali  bukan salah Aireen  tetapi   dia   tidak  disalurkan   maklumat  tepat oleh  wakil Air Asia di Vietnam.  Apapun, sebagai pengendali  syarikat besar, mereka terlebih dahulu harus memeriksa  ketepatan  maklumat  diperolehi.  Kami  berasa  amat kecewa  dengan maklumat tidak benar dipaparkan itu,"  tambah Izan.

Saya  tidak  mempunyai  sebarang  kepentingan dalam hal ini.  Air Asia dan MAS  tidak pernah memberikan saya tiket  percuma untuk pergi melancong manakala keluarga Izan tidak membayar saya,  biarpun sesen  untuk saya  menulis mengenai insiden berlaku. Cuma sebagai manusia,  saya  ingin membantu  mendedahkan perincian  kejadian sebenar agar kesilapan tidak berulang kepada penumpang lain. 

Untuk  rekod,  sebelum ini saya  juga   pernah  mengemukakan komplen dan melontarkan  pujian  berhubung  operasi  MAS.    

Klik di sini, di sini dan di sini.

Pada Disember 2009,  saya menukilkan  entri ini mengenai kekecohan berlaku di LCCT membabitkan   penerbangan   Air Asia.

Kepada kakitangan  pengurusan  samada  Air Asia,  MAS,  Firefly  mahupun  Malindo Air, teguran  atau komen  pelanggan  itu  sentiasa  percuma.

Jika ternyata  berlaku  kelemahan,  perbaiki.

Rakyat  Malaysia menggunakan perkhidmatan ditawarkan  samada  bertambang  murah  atau sederhana,  pembayar gaji  semua  pekerja,  termasuk   pegawai berpangkat  besar.

TONTON liputan TV3, klik di sini


[  Klik di sini  jika ingin berasa LEBIH selesa sewaktu di dalam kenderaan ]  

32 ulasan:

  1. SMTI: Tahniah kepada bro Mazidul yang bertindak selaku 'watak' penting dalam kes ini. MOga ramai yang membuka mata.AA perlu lakukan penambahbaikkan dalam servis & perkhidmatan mereka selepas ini.

    BalasPadam
  2. Sy rasa geram dgn air asia tak ada otak cari makan kat malaysia.bila rakyat Malaysia susah buat bodoh.ini dinamakan org yahudi pun sifat tak nak tolong org yg susah Klu boleh kasi susah itu org.fuck air Asia and tony sy geram betullll rasa nak jadi p.bom b.rani mati je.

    BalasPadam
  3. Hidup mazidul semoga tuhan bls jasa mu m.nolong org yg susah.

    BalasPadam
  4. Isunya senang aje, mengaku salah dan mohon maaf. CEO AA perlu kata perkara ini akan disiasat dan akan diperbaiki dimasa akan datang.

    BalasPadam
  5. Ini bukan isu senang.dia kena fikir atas dasar b.kemanusia.klu m.gaku kat tv3 tadi tak apa ini masih b.dolak dalih nasib ada abg mazidul yg cerita kan p.kara yg sebenar.kita ini selalu anggap isu ini senang itu psl dia org boleh buat apa saja kat org mcm kita.

    BalasPadam
  6. Tahniah abg mazidul... AA mmg tiada dasar kemanusiaan. Tau nak untung sj... CEO pun sama... masih x mahu mohon kemaafan dan masih menanggap mereka betul..

    BalasPadam
  7. Mana taknya...ceo AA sibuk dgn the apprentice Asia...pastu busy ke richard branson pakai skirt...cayalah abg mazidul!!!

    BalasPadam
  8. Salam abg Mazidul.saya mengikuti cerita ini di tv3.saya adalah kawan lama izan semasa di uitm.dah lama kami lost contact semenjak abis belajar.tiba2 keluar izan kat tv3.harap dpt smpaikan no telefon sya kpd izan..0127156137 adounii hassan sya berharap jugak utk abg beri sya no tel izan.wassalam

    BalasPadam
  9. bagus ajar sikit AA, FA sombong, saya pernah dgr FA maki penumpang di belakang saya dlm penerbangan balik dr vietnam ke KL.

    isu flight delay sebab nak penuhkan flight kemudian, mereka dapat jimat banyak sebab kumpulkan flight awal pada flight kemudian tp masa kita sebagai penumpang? x pernah pula dpt refund atau diskaun utk masalah delay.

    dgn hidden costs, servis buruk, sebenarnya tambang murah tiada lg di AA.

    BalasPadam
  10. saya ada ikuti liputan di buletin utama mlm td, agak kecewa ngn wakil AA yg mcm mempersalahkn pn Izan, mereka mcm tak blh terima apa yg en Mazidul dedahkan n mengatakan yg mereka betul, mereka dh bg bantuan itu n ini... kenape pyh sgt nk mengakui kalu betul mereka salah? bkn rugi pun malah org ramai akan lbh hormat pd AA sbb mengakui kesalah n meminta maaf.
    Tp AA bt sebaliknya, menunjukkan lagak n ego mereka

    BalasPadam
  11. tapi yang keluar di tv3 smlm 1/4 sahaja dari cerita dalam blog ni... tu pun potong sane potong sini, apedaaaa

    BalasPadam
  12. 'bebulu' gak bila baca citer gini.

    'How could she?', mcm hampeh. Very simple, tu pun tak boleh settle. MAS? Settle. Len kali naik MAS.

    (aku pun penah beli tiket MAS kelas ekonomi, tetiba dapat hadiah Business Seat on spot! haha TQ MAS)

    BalasPadam
  13. BYE BYE airasia..dh taknak naik lagii..naik malindo lah lps ni..mhal sikit pun xpe asalkan hati gembira.takut lps ni sendiri pulak kene..

    BalasPadam
  14. kalau AA nak guna SOP sekalipin, fikirlah secara perikemanusiaan dulu...
    takkan kalau dah pengsan/mati pun pakai SOP jugak?

    fikir2kan jika ada waris AA yg kena kejadian spt izan?

    BalasPadam
  15. maklumlah tambang murah jadi khidmat pun murahlahhhh...


    kadang2 ada stewards air asia yang perasan bagus...dan perasan lawa tapi sebenarnya sombong...senyum pun tak tapi rambut gulung2 mcm rambut palsu judge yang putih tu.. ha ha ha...

    BalasPadam
  16. TERBAIK BRO ;)

    lupa nak tgk tv3 malam tadi.huhu

    BalasPadam
  17. Bukan nak mencari salah bukan nak menjatuhkan tetapi rasanya AA memang perlu lebih perihatin lebih bertanggungjawab. Sekarang Tony biar Aireen yg jawab dia senyap selamatkan diri.

    BalasPadam
  18. servis AA mmg sgt teruk. ground staff sombong. saya ada pengalaman buruk dgn AA (19 april 2013). semua di dalam blog ini

    http://nearocks.wordpress.com

    BalasPadam
  19. SMTI-Bro MAS adalah wakilrakyat sebenar. Semuga Allah sentiasa melindungi insan seperto anda panjang umur murah rezeki dan sentiasa membantu rakyat walaupun diluarnegara

    BalasPadam
  20. Duni.....cari fb saya izan suhaila. Subhanallah....dah 15 tahun tak dengar berita.
    Alhamdulillah ada hikmah nya.

    BalasPadam
  21. cheap thing not good, good thing not cheap.haha

    BalasPadam
  22. Cheap thing not good, good thing not cheap. ha ha

    BalasPadam
  23. Saya bersetuju yg AA patut mengkaji dan memperbaiki customer service mereka. Pengalaman saya sewaktu anak kecil saya menangis sepanjang penerbangan Padang Bukit Tinggi ke Malaysia, tiada seorang pun paramugari yg bertanya atau menghulurkan bantuan. Saya hanya menggunakan AA jika terpaksa sahaja. Bayar mahal sedikit tidak mengapa asal service bagus..

    BalasPadam
  24. http://theflyingkick.blogspot.com/2012/12/air-asia-kena-saman-di-australia-di.html

    harap encik mazidul bongkar suma penipuan air asia......saya perhatikan byk penipuan licik di air asia....

    BalasPadam
  25. Xnk naik dh air asia. Biar bayar mahal skit xpa.

    BalasPadam
  26. Aku pun dah kena dulu dengan Air Asia. Pada 23 Mac 2013, aku missed flight ke Langkawi..bukan salah aku ..salah Air Asia tak buar pengumuman supaya penumpang naik pesawat. Kalau pun staff dia orang yang pakai baju merah make mcm pelakun wayang cina tu ada panggil mengapa aku tak dengar? bukan aku je isteri aku , abg aku semua tak dengar. Agaknya speaker rosak kot. Apa pun aku mcm nak hempuk je muka staff Air Asia tu bukan nak cakap elok2 tapi kasar dan tak ada budi pekerti langsung. Goodbye Air Asia. Syabas MAS. Teruskan perkhidmatan cemerlang anda.Lain kali aku bagi tahu isteri aku naik MAS je biar bayar lebih sikit tapi hati puas.

    BalasPadam
  27. Saya sokong MAS.hidup mazidul.semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki anda.

    l

    BalasPadam
  28. Tahun 2005 aku melancong ke Bali dgn kwn2. Hari nk blk KL semasa kt airport Ngurah Rai, kami bergurau n gelak agak kuat di kaunter pelepasan. Petugas Air asia Indon marah kami sbb gelak kuat sgt. Sabar jelah..

    BalasPadam
  29. saya ucap terima kasih pada Mazidul, atas tindakan cepat dan prihatin pada nasib Izan. Ini ada sikit catatan saya

    http://ladabenar.blogspot.com/2013/05/air-asia-izan-dan-mazidul-hero.html

    BalasPadam
  30. anak sy pun penah mengalami kes yg sama ngan tu, kami dh chek in dia masa kt umh lg, n smpai kt lcct setengah jam sblm waktu berlepas...tp pihak aa dh tak bg masuk kerana katanya waktu tu gate dh close.... tengkorak dia... kalau dh chek in n takde laggage nk sumbat, watpe nak tunggu gate close ke tidak, asal kapal terbang tu tak fly lg... lps tu kena beli tiket lain dan yg peliknya blh lak naik flight yg sama... apa bezanya bagi dia naik dgn amek masa lak pegi beli tiket lain tu..... Air ASIA ni mmg cekik darah org.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.