Selasa, September 23, 2008

Dah Boleh Makan Dah

Elaun 587 Tok Batin orang asli di seluruh negara akan dinaikkan 100 persen mulai Oktober ini. Mereka akan menerima elaun bulanan antara RM200 dan RM400 bergantung kepada bilangan penduduk kawasan masing-masing.

Sewaktu kecil saya berpeluang tinggal sekampung bersama orang asli. Nama mereka ganjil. Antaranya Titoi, Ulat dan kenik. Mereka kaum pribumi istimewa, sikap merendah diri dan hormat sentiasa tertanam dalam diri.

Dulu mereka hidup secara nomad dan berpindah setiap kali ada kematian. Kini tidak. Mereka lebih selesa menetap di rumah ‘merpati’ bantuan kerajaan di kawasan kampung sendiri. Majoriti daripada mereka tidak ke sekolah menengah, lebih gemar menghabiskan masa di dalam hutan mencari rotan.

“Jom lah kita lastik burung punai,” pelawa Amran suatu petang.

Ketika itu saya berusia 12 tahun, dia anak lelaki Titoi, rakan sepermainan. Lastiknya tepat. Satu batu, satu burung pasti menjunam ke bumi.

“Amran, saya tak boleh makan burung ni sebab tak sembelih,” jelas saya kepadanya.

Pantas dia mematahkan leher burung, sekaligus menceraikan kepala dan badan unggas itu.

“Dah boleh makan dah,” katanya menyakinkan saya.

Saya tersenyum.

“Masih tak boleh makan,” kata saya lagi.

Amran tidak marah. Dia faham anutan agama dan budaya kami berbeza biarpun keturunannya dianggap mundur.

9 ulasan:

  1. tiba-tiba terasa rindu dengan rakan-rakan sekolah..dulu atie sekolah campur semua bangsa..selalu jugak makan sama-sama.kadang2 1 pinggan share ramai2 xkira bangsa dan agama...dorang sendiri bgtau makanan tuh boleh dimakan.dan sebelum makan siap disuruh bacakan doa..kini d universiti dah kurang bercampur dengan bangsa lain...terasa rindu hendak hidup berharmoni macam dulu

    BalasPadam
  2. bestnyer...nik selalu terfikir nak melawat dan tinggal buat seketika dengan dia org..kecik2 tak der laa org asli..kampung jer..hehehehe...ambik gambar dia org best tuh...jom..hahaha....

    BalasPadam
  3. ada bangsa yang menghormati bangsa lain. ada bangsa yang memperlekeh bangsa lain

    ada bangsa yang memartabatkan bangsa lain. ada bangsa yang menghindas bangsa lain

    ada juga yang terlupa asal usul.ada juga yang mementingkan asal usul

    walau bagaimanapun segala penilaian bermula dari kita sendiri

    BalasPadam
  4. Dah banyak org Malaysia hilang sifat hormat menghormati antara kaum ni..

    BalasPadam
  5. Nasib & life org asli harus terbela... jgn kita nmpak org asli kte lari..
    sy suka bersembang dgn org2 asli, dia jujur & tak menipu.. dkt kem plkn sy tu, ramai bdk2 asli dr phg..

    tp mula2 tu mmg dia pndang kita mcm alien, sbb tak pernah "keluar kwsn"... sepuluh patah kita tnya, sepatah dia jwb.. kdg2 nak suruh d'org berckp mmg payah..

    ORg Asli skrg pun dah maju, educated..yg sy ingat lg mcm yana- blajar kat uitm-7A SPM, paka (ank tuk batin kg lebak),

    disebabkan d'org lah jgk sy pandai bersewang..

    BalasPadam
  6. Boleh kata tiap2 thn saya melawat terengganu. Setiap kali melalui Jalan Muadzam pasti akan kelihatan ramai org asli yg meniaga buah, ada yg jual pokok dan tak ketinggalan jual sarang burung. Ada sekali tu kami lalu siap berhenti sekejap utk beli ikan sungai yg dorang pancing. Tgkkan life dorang ni, unik dan mcm rilek je...Tak mcm life kita yg sentiasa mengejar masa.

    BalasPadam
  7. Azlin, kalau bersewang ajak sekali. Pertama kali terbabit semasa membuat liputan orang asli berbuka puasa di Gua Musang, Kelantan, 7 tahun lalu.

    BalasPadam
  8. Nik, dulu di kampung, anak dara orang asli mandi berkemban paras pinggang. Bila ditanya kenapa tak ikat kain atas paras dada, dia orang kata ..

    "Ish! Panas la"

    Saya gembira ..

    BalasPadam
  9. Arryani, lay back life style. Sesekali balik kg, saya pun cam tu sbb hp tak dapat signal :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.