Jumaat, Mei 07, 2010

Memadu Dan Dimadukan

Majoriti lelaki hanya ingin berkahwin sekali, bukan dua, bukan tiga dan bukan empat.

Jika lelaki berkahwin dua, harus diingat, kedua individu dikahwininya berkongsi jantina sama,  perempuan. Sekaligus, isteri kedua itu tahu dia terpaksa berkongsi kasih dengan madunya, isteri pertama.

Andai lelaki berkahwin tiga, isteri ketiga selalunya maklum berhubung kewujudan 2 madunya, isteri pertama dan kedua. Menikahi suaminya, simbol jelas menunjukkan dia sanggup berkongsi kasih dengan mereka sejantina dengannya, perempuan.

Apabila lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri, maka sekaligus dia mewujudkan persaingan di kalangan isterinya. Mereka semua menuntut dilayan sama rata. Namun lumrah majoriti suami berpoligami, isteri termuda kerap diberikan layanan lebih istimewa berbanding isteri tua. Di antara isteri berkulit tegang dan kendur, kita akur pilihan mereka.

Seperti diketahui ramai, dalam persaingan merebut kasih sayang mahupun harta suami, acapkali tercetus perasaan cemburu, iri hati, hasad dan dengki di kalangan isteri.  

"Semalam I tahu you belikan pasu bunga untuk madu I"

Itu antara ayat klise perempuan bermadu biarpun hal dibangkitkan, remeh. Lambang ketidakpuasaan hati terhadap tindakan suami. Apapun hakikatnya, Isteri penerima pasu bunga, gembira, isteri lain biru biji mata,  kecewa.

"Sebab apa rumah sana you tidur 2 malam, rumah sini, duduk sekejap you dah macam cacing kepanasan?"

Satu lagi komplen klise sering dilontarkan perempuan bermadu. Dalam banyak hal, suami berpoligami dilihat tidak berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

Ingin diselitkan di sini, ramai suami setia kepada seorang isteri. Isteri itu jantung hati, ratu dalam hidup mereka. Namun apabila terlalu dipuja, sebilangan isteri mengamalkan sikap sambil lewa melayan suami. Lalu, suami mencari alternatif, mengahwini perempuan lain dengan harapan dia dilayan secara lebih sempurna.

Namun jika diteliti, poligami berlaku hanya apabila perempuan terbuka hati dimadu dan memadukan. Jika tiada perempuan sanggup mengahwini suami orang, masakan poligami terjadi. Lebih 'menakjubkan' sebilangan perempuan secara rela hati sudi dijadikan isteri ketiga dan keempat, biarpun mereka tahu risiko bakal dihadapi.
 

25 ulasan:

  1. mata biru? a'ah pakai mata pelesu ;p

    en mazidul...kekadang terfikir jugak org lelaki ni.kalau dapat bini sebaik mana pun tetap nak berpoligami jugak eh.

    alasan skema ~ 'dah takdir..nak buat lagu mane'

    ermmm...kawin lah yop selagi larat(zahir & batin) ;D

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat BRO MAZ..

    pertama, izinkan saya gelak dulu.. Harhaharhar! memang nak tergelak sbb teringat sesuatu.

    Setuju entri ini.
    Persaingan.
    Bermadu dan isu remeh menjadi besar.
    Memang ramai wanita tak rela tapi ramai juga wanita rela menjadi no 2, no 3 waima no 4.

    Copy n paste: “Namun jika diteliti, poligami berlaku hanya apabila perempuan terbuka hati dimadu dan memadukan.”

    Saya sentiasa terbuka, sejak dulu lagi, tapi kenapa DIA tak mo pun. Tak buat pun?

    Jawab jangan tak jawab.. Hehehehe

    BalasPadam
  3. besar pengorbanan isteri yang di madukan dan juga bermadu.
    pengorbanan hati dan perasaan sentiasa ada.

    BalasPadam
  4. azie..doa hang tu aku tolong aminkan ye.amin..! ;)

    .........


    *kalau nak belajar sumo aku boleh tolong ajarkan har har har ;D ~

    [selepas hang dimadukan tehehee] ^.^

    BalasPadam
  5. aziezah
    maksudnya kamu sempurna melayan suami
    syabas ya

    BalasPadam
  6. Copy n paste: “Namun jika diteliti, poligami berlaku hanya apabila perempuan terbuka hati dimadu dan memadukan.”

    Jika lelaki itu sememangnya menyimpan azam untuk menambah koleksi...ianya bukan lagi 'terbuka hati' tapi RELA DALAM PAKSA..:p

    BalasPadam
  7. en. mazidul...
    macam ada hati je....

    tapi saya memang respek isteri pertama yg rela berkongsi kasih.....

    kalo saya...no way!!!!

    ayat klise....masuk account aku 1 juta dulu..umah full furnish..

    tapi kalo dia betul2 penuhkan syarat tu...belum tentu saya sign....sorry...he..he..he..

    BalasPadam
  8. Salam saudara Mazidul,

    MADU: untuk lelaki cuma perkara kecil.

    tapi untuk perempuan, samada yang dimadu atau yang dilamar utk bermadu, ia adalah perkara besar. bisa mengganggu kestabilan emosi.

    pernah berhujah dgn seorang lelaki tentang poligami. dia punya hujah kukuh. hampir terpengaruh utk ikut sama dlm statistik.

    tapi alhamdulillah, bila dah rasional baru sedar itu cuma mainan kata2.

    seminggu juga baru boleh rasional balik. husband orng punye ayat mmg power. tapi bahaya jika terjerat.

    :)

    BalasPadam
  9. Saya nak citer pasal sorang laki2 ni yg umur dlm tigapuluhan bini pertamanya pun muda sikit dr dia..dia ni jenis kalau org utara kata kuat merenyih..masa nak kawin dulu umur muda,kerja pun baru dapt tapi dia galak sangat nak kawen. bila ada anak nak manja2 macm tak de anak,susahlah .duduk berek polis nak pakai sexi2 mestilah isteri tak mahu. atas alasan tu kawin lagi satu..mula2 happy le tak de anak bila da masuk dua ,mula la bergaduh,dengar cerita pelempang da naik muka bini ke dua...last skali dengar cerita jarang balik rumah kedua2nya sebab bini no dua dok talipon bini no satu ,bini no satu dah tak hirau sebab dah mangli.

    BalasPadam
  10. sy setuju dgn pendapat awak "Namun jika diteliti, poligami berlaku hanya apabila perempuan terbuka hati dimadu dan memadukan.”

    Sepatutnya kena kaji knp ada perempuan yg terbuka hati dimadu dan memadukan.Setengahnya ada yg kena tipu lelaki cakap bujang tp sebenarnya laki org. Siapa yg salah disini? Perempuan jugakah sebab tidak selidik betul2 bakal suami hingga terjebak dlm rencah bermadu?

    Apa pun madu dan dimadukan..lelaki juga yg menang! Bangga mendabik dada dpt kawin lebih dr satu.

    BalasPadam
  11. Akhirnya.. yang melukakan hati perempuan??? Perempuanlah juga! :)

    BalasPadam
  12. bertepuk sebelah tangan tak berbunyi...time susah isteri tua..time senang isteri nak muda.... tak suka..

    BalasPadam
  13. ada yang tak sanggup jadi madu tapi sanggup suruh si jantan menceraikan si isteri pertama sebab nak bolot sorang2... tu jenis yang tak reti nak berkongsi.... dan jenis mcm tu lagi kejam dari madu2 yang sudi berkongsi suami...

    mcm ailah.... ex dah ceraikan ai sebab dipaksa oleh si gf (sekrang ni isteri dialah) tapi si isteri tak tahu yang si ex dgn i selalu keluar2 tanpa pengetahuan si isteri... nak suruh i back off? sorry!!!! ... biar dia rasa cemana sakitnya hati bila suami main kayu tiga... padan muka....

    BalasPadam
  14. topik yg selalunya panazzzz.. apa pon terpulang pada indidvidu... bg lelaki yg menyimpan hasrat untuk menambah koleksi orang rumah, ada baiknya jugak fikir-fikirkan kemampuan menjadi pemimpin dua negara berbeza... besar pahalanya jika terpimpin, besar juga dosanya jika tak terpimpin kan.

    BalasPadam
  15. ECHAH > aminnnnnnnnnn....! moga dimakbulkan..


    NenekPenne > sila. Saya memang tidak halang. (Sejak dari awal dulu, saya dah set dalam minda, isu ini tidak akan mengganggu saya, insyaAllah).

    *Sori BRO, burak burak dalam blog U plak...

    BalasPadam
  16. azie...serius ke?

    adoi..moskil aku dah ni.apapun aku harap semua ini hanya gurau senda kita disini saja.

    aku minta diri dulu ye..sori berlori! ;)

    en mazidul..naik seram dgn emosi mok yang kita ni ;(

    PEACE!

    BalasPadam
  17. Bro

    Dalam suspense cerita 'Rescue' tu, sempat jugak kisah ni menyelit ye. Aku no comment.

    Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha (Kali ni kena gelak panjang, sebab ada kawan kita terkena batang hidung sendiri)

    BalasPadam
  18. alid...ehemm *rasa mcm nak batuk pulak*


    eh...mkn pulut raja tak ajak kita pun ;(

    gambo ko masa kat tepi pantai tu sgt cantik sbb nmpk menara kat belakang dan penting nmpk ko hensem disitu tehehee ;p

    BalasPadam
  19. biasanya kita rela diMADU sebab kita dah tersalah MEMADU, kira cover silap diri.

    BalasPadam
  20. alaaa.... biasanya perempuan yang sanggup dimadukan tu semua buat janji manis sebelum kahwinnya. Dah kahwin - dah rasa pahit "madu" tu sendiri - barulah nak nangis2, menyesal, citer dalam surat khabar, majalah wanita - betapa pahitnya suami tak berlaku adil. Padahal dulu sblm kahwin janji nak menumpang kasih je.

    Satu je pesan saya pada semua lelaki. Lelaki yang hebat adalah lelaki yang berani di atas setiap perlakuannya. Maknanya, kalau nak kahwin, nak pasang lain, berani berdepan dengan isteri untuk menyatakan hasrat tu dan berani menanggung segala impak akibat ketelusan tu. Kalau anda lelaki hebat - anda boleh menanggani situasi ini dengan mudah walaupun impak macam taufan. Jangan buat belakang isteri. Alih2 dah kahwin lain kat siam la.. pakai sindiket la.. isteri di rumah mati2 kena tipu. Itu pengecut namanya. Pengecut mana ada t***r, yang gatal nak berbini lagi buat apa kalau takde t***r??

    BalasPadam
  21. ""alaaa.... biasanya perempuan yang sanggup dimadukan tu semua buat janji manis sebelum kahwinnya, sebab dia sendiri nampak suami sudah bermadu dibelakang tabir, sambil dia sendiri buat MADU dibelakang suami. kira seri satu-satu".

    huhuhu
    padammukaku lelakiku..

    BalasPadam
  22. salam, en.mazidul, saya pinjam sikit ayat encik untuk mintak pandangan isteri luar sane ;p

    BalasPadam
  23. salam...
    sy rasa sunnah nabi tu bukan utk manusia biasa2.. mgkin poligami ni hanya utk nabi dan para sahabat utk kepentingan agama Islam.
    sy pernah terbaca bhw antara syarat berpoligami ni selain mampu dr segi zahir dan batin, lelaki mestilah seorang yg WARAK,sekurang2nya jaga solat 5 waktu, posa dan rukun2 islam yg lain. non-WARAK tidak dibolehkan kahwin kerana ia bukan saja x menyumbang pd agama ttp besar kemungkinan mmbawa kehancuran pd agama.
    kbykn org yg berpoligami skg adalah atas dasar nafsu dan kebengapan lelaki..
    bg mereka yg nak kawin lebih tu, fikir2 dulu.. napa nak kawin lebih ni. kesian kt anak2.. klu x puas dgn isteri, sbg suami kan wajib mdidik isteri jd solehah.klu x dpt didik, kan boleh p kaunseling kt jbtan agama atau mnta nasihat org tua.
    bkawin lebih bukan bererti lelaki boleh mulakan hidup baru.. anak2 isteri yg lama masih hidup jg kan.

    BalasPadam
  24. sini sy nak kongsi kisah benar pakcik sy nak kawen lagi satu...alasannya,isteri 1st busy kerja.. xd masa nak layan dia.
    ramai ahli keluarga menentang tp dia tetap berkeras.. sehinggalah nenek sy kluar satu ayat power.. lebih kurang gini 'pompuan smua SAMA je 'rasa' dia, klu nak yg lain2.. pi lah kawen dgn kambing ke.. ayam ke.. kerbau..atau kawen dgn JANTAN jgak. baru lah x sama!'
    sejak tu, pakcik sy x penah lg mntion psal nak kawin lebih.
    lawak jgak tp itu lah kisah benar dlm kluarga sy...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.