Ahad, Mei 02, 2010

Mutiara Tawau

"Ada orang beli gelang mutiara dengan saya RM35 tetapi dijual di Kuala Lumpur RM120," ujar Siti Julia Baluan.

Julia, 32 tahun, antara peniaga mutiara, gerai nombor 5 dan 6, di Pasar Gantung, Tawau, Sabah, gerai dimiliki ibunya, Hajjah Rohaya Hamsaji, 56 tahun.


"Macam mana nak bezakan mutiara tiruan dengan asli?," soal saya.

"Kalau asli, kita gigit, ada rasa pasir," balasnya.

Pantas, penerbit 999, Shahnun Hanif menggigit rantai mutiara di tangannya.


Saya difahamkan, tiram diternak di kolam air tawar dan hidup dilaut dalam.

"Mutiara laut dalam memang lebih mahal kerana berkilat, kalau air tawar punya murah sikit. Untuk Mazidul, kita jual special prize, mutiara laut dalam," sambung Julia sambil menggayakan rantai mutiara di lehernya.


Rujuk gambar di bawah, gelang tangan di sebelah kiri, manik bersalut mutiara manakala di sebelah kanan, gelang mutiara air tawar.


"Kita ada jual lebih 100 jenis aksesori mutiara untuk perempuan," ujar Julia.

Terima kasih kepada Hajjah Rohaya.


"Ini mutiara berkualiti tinggi," katanya sambil menghulurkan 3 biji kepada krew 999, percuma.

Kepada pembaca berminat membeli atau berniaga mutiara, sila hubungi Julia di talian 019 585 7554.

6 ulasan:

  1. Wow! rambang mata..

    Bagi peminat mutiara, pasti tidak berkelip mata memandang..

    Itulah kelebihan dan keunikan Sabah.

    BalasPadam
  2. Bagi yang suka berniaga dan membuat untung.. memang tak akan teragak-agak menaikkan haraga barangan dari harga asalnya. Ditambah pula dengan 'kegilaan' pembeli, kononnya yang mahal itu berkualiti..

    BalasPadam
  3. fuu....cantik mutiara tu...ni nak kena pergi Sabah beli mutiara tu :)

    BalasPadam
  4. Hehehe..honestly,wlupn sy pnduduk asli d sabah,tp Abg. Mazidul lg dulu bkunjung ke Tawau bbnding sy..haha..ya, Tawau smmngnya salah satu kawasan pengeluar mutiara di sabah selain daripada Kudat,lahad Datu dan Semporna...kdg2,bnda2 best d tmpt sndri ni yg jarang kita mau ambil tahu...umpama katak di bawah tempurung kelapa kaca,nmpak depan mata,tp x nak ambil tahu..hehe..

    BalasPadam
  5. Bro

    Wah cantiknya, mesti borong habis ni

    Ha ha ha

    P/s: hari tu dah nak balik baru orang tu ingatkan beli Mutiara Sabah, alamak, banyak sorry lah, lambat bah. ha ha ha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.