Isnin, September 27, 2010

Lelaki Takut Bini Di Premis Judi


Saya rakamkan gambar lelaki ini pada jam 8.50 malam semalam. Sebaik duduk di sebelahnya, dia menerima panggilan telefon.

"Tolong jangan bising aaa ... nanti wa punya bini dengar," bisiknya dengan wajah kelihatan pucat.

Usianya 46 tahun, pekerja kontrak saya temui di premis mesin judi online.

"Takut bini ah?," usik saya.

"Dia marah kalau tahu saya ada sini," ujar ayah 2 anak terbabit.

"Marah sebab apa?," tanya saya.

"Buat benda salah maaa.. main judi Roulette, dia cakap nanti kalah,"


"Dia cakap tak betul ke?," soal saya.

"Betul," balasnya ringkas.

Dia mendakwa berada di premis terbabit sejak jam 6 petang. Premis itu terletak bersebelahan restoran Cina dan berhampiran restoran mamak terkenal dan dikunjungi ramai. Saya percaya majoriti peniaga dan pengunjung membeli-belah di deretan kedai sama juga mengetahui operasi premis judi itu.

Lelaki sama mendakwa sering berkunjung ke lokasi itu sejak 2 bulan lalu. Selain dia, pelanggan Melayu dan India turut ditahan polis. Ya, Cina, India dan Melayu, rakyat majoriti Malaysia.

Premis diserbu pada jam 6.30 petang, gambar berikut saya rakamkan pada 7.41 malam. Hairan, lelaki ini selamba leka bermain biarpun dia tahu akan ditahan dan diheret ke balai polis untuk membantu siasatan. 


Barangkali, dia tidak takutkan isteri berbanding lelaki pertama. Malah mungkin dia berasa amat selesa kerana di premis diserbu, makanan dan minuman disediakan secara percuma seperti ditunjukkan wartawan pelatih 999, Nora Mahpar. 


Perincian serbuan akan saya catatkan di paparan seterusnya.

Apapun, minggu lalu, 2 wartawan 999 se satu daerah di Selangor dan memasuki 4 daripada 11 premis dikenal pasti menjalankan kegiatan perjudian. Turut dirakamkan perbualan wartawan bersama 2 penjaga premis beroperasi 24 jam terbabit.

Saya yakin, majoriti penduduk daerah sama mengetahui kewujudan dan kegiatan premis itu. Untuk rekod, tinjauan dijalankan tanpa pihak berkuasa. Biarlah kami dedahkan kepada penonton terlebih dahulu dan kemudian 999 akan melakukan tinjauan susulan. Jika pengusaha bersikap tidak ambil pusing dengan paparan bakal disiarkan pada 30 September, jam 9 malam kelak, 999 berhasrat akan terus menyiarkan kegiatan mereka kepada penonton.

Andai tindakan dilaksanakan pihak berkuasa membanteras kegiatan perjudian online selama ini dilihat kurang berkesan, biar masyarakat bersama media membantu memerangi kegiatan sama sekaligus menegakkan undang-undang di negara ini.

Kekadang saya berasa amat hairan, peniaga Melayu menjual goreng pisang tanpa lesen di bahu jalan, gerai mereka dirobohkan sedangkan pengusaha premis perjudian menjalankan kegiatan di premis tetap dilengkapi air, elektrik dan penghawa dingin, tidak dapat dibanteras sepenuhnya.

Barangkali tanpa melontarkan komen tidak berasas, pembaca blog ini boleh menyarankan kaedah lebih berkesan menangani masalah ini.

6 ulasan:

  1. Mungkinkah berselindung di sebalik nama syarikat atas kerrtas, operasi lain tapi aktiviti perniagaan berbeza?

    Atau berselindung di sebalik dinding konkrit atau lorong?

    Atau berselindung di sebalik nama-nama hebat berpengaruh dan sogokan wang? Tidak mustahil, kan?

    BalasPadam
  2. Di kawasan perumahan yang saya duduki mempunyai sebuah premis judi online, saya hanya perasan kewujudan premis tersebut ketika saya hendak ke kedai runcit pada waktu malam.

    Waktu siang tak perasan sebab premis bertinted gelap dan selalu tertutup dengan jeriji besi. Ingat premis perniagaan yang biasa.

    Macam mana ya?

    Lokasi : Jln LP 7/4,Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan,Selangor

    BalasPadam
  3. Tuan, peniaga goreng pisang merbahaya dari peniaga judi online.
    Sebab tulah pihak berkuasa tempatan selalu mengusik para peniaga jalanan.

    BalasPadam
  4. Miey, saya percaya, jika diperhatikan, lebih banyak lagi premis berada di kawasan sama.

    Azie, ada suami isteri bercerai akibat judi. Suami menjadikan premis judi sebagai 'rumah pertama'.

    Abu, minyak goreng pisang, panas. Kalau terkena tangan melecur.

    BalasPadam
  5. Saya memang setuju 100% mengenai premis judi yang tidak dihiraukan oleh PBT. Di Medan Idaman, Gombak, ada tidak kurang 8 premis judi beroperasi disini dan ada yang telah beroperasi selama lebih 15tahun tapi masih juga wujud di sini. Kenapa ye? Kenapa masalah ini tidak ditangani? ada udang di sebalik mee ke? Dulu saya hairan dan sekarang saya masih hairan mengenai perkara ini....Saya rasa ada sesetengah makhluk yang melindungi sindiket sebegini. PDRM mempunyai unit risikan yang hebat, dan kalau digunakan secara bijak untuk menjejak "KEPALA" sindiket ini..tidak mustahil perkara ini akan berkurangan....kita tidak mahu tengok pencuri coklat berharga RM12 di hukum penjara 2 tahun tetapi mereka yang mengusahakan pusat judi ini dibiarkan begitu sahaja...

    BalasPadam
  6. ya allah bagus betul entry ni..
    kat tempat saya pulak..memang selalu kene saman ....terutama penjaja tepi jalan kadg kesian tapi 2 restoran satu mamak dan satu cina beroperasi tanpa lesen ( tanya lesen belum siap) ..lepas tu saya tengok restoran cina tu dah renovate kat bahgian belakang buat cyber cafe bukak sampai 24 jam..mengikut kata org sekitar ..itu bukan cyber cafe biasa...itu cafe judi online...mbpj butakan mata..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.