Rabu, September 21, 2011

Kisah 3 Pelajar Sekolah Di Sarawak Didakwa Berprestasi Lembab

"Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan itu tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah" - Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Itu antara kenyataan Menteri Pelajaran juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia berhubung kes 3 pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Bitangor, Sarawak, dilapor tidak dibenarkan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah, UPSR, pertengahan bulan ini kerana mereka dianggap pelajar lemah.

Tiga pelajar terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, hari terakhir UPSR, itu pun selepas keluarga mereka membuat laporan polis.


Berikut dicatatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin tidak harus dipandang lekeh oleh mereka terbabit dalam bidang pendidikan.

"Dalam hal ini, pihak sekolah mungkin bimbang kalau murid itu menduduki UPSR, ia akan menurunkan paras kecemerlangan sekolah. Tetapi ini hak pelajar (menduduki peperiksaan awam). Ibu bapa pun berhak tahu tahap pencapaian anak mereka"

Baca laporan lengkap di sini.

Masyarakat tentunya berasa hairan bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? Siapakah pembuat keputusan mengarahkan pelajar terbabit dikurung sementara pelajar lain menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu?

Saya menonton Buletin Utama di TV3 malam tadi dan terlihat betapa tergurisnya perasaan keluarga pelajar. Mereka juga bertekad tidak akan menarik kembali laporan polis dibuat terhadap pihak sekolah.

Apa pun saya berasa agak terkilan apabila blogger ini tiba-tiba menghubungkan nama saya berikutan berita kes terbabit dikatakan terlewat disiarkan oleh TV3.


Untuk rekod, saya pernah membuat liputan kes penderaan pelajar sekolah di Dalat, berpengalaman menaiki helikopter bersama pihak polis untuk mengesan kegiatan penyeludupan di Sarikin dan menyertai pihak berkuasa melakukan serbuan kes laga ayam di Miri. Selain di Kuching, saya juga pernah melaksanakan tugasan antaranya di Lubuk Antu, Tebedu, Sibu, Santubong, Bau, Sri Aman, Marudi, Limbang, Kapit, Samarahan, Bintulu, Oya, Serian dan banyak lagi lokasi lain . Barangkali, hasil tugasan di lokasi itu, disiarkan di TV3 tidak pernah ditonton oleh blogger terbabit.

Kamek sayang Sarawak! Kekerapan membuat liputan di Sarawak sebelum ini membolehkan saya menyanyikan lagi 'Cap Apek' tanpa masalah.

Cuma sebagai wartawan, kami membuat liputan berdasarkan maklumat dikongsikan oleh orang ramai bukan secara semberono. Ingin juga dimaklumkan, saya tidak bertugas di Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa. Untuk pengetahuan pembaca, jika ingin melaporkan berita difikirkan sesuai untuk dipaparkan di televisyen, hubungi Media Prima Berhad di talian 03 772 66 333.

Itu penjelasan saya.

Saya percaya, kes membabitkan 3 pelajar itu terpencil tetapi membawa mesej cukup signifikan kepada masyarakat. 

Tidak dapat disangkal, kekadang keluarga pelajar berada dalam situasi serba salah untuk menegur perlakuan salah guru. Dikhuatiri andai tindakan terbabit akan mengakibatkan anak mereka dikesampingkan atau diboikot di sekolah.

Guru juga manusia, mereka beremosi. Justeru tidak mustahil jika segelintir mereka bertindak di luar batasan peraturan ditetapkan. Apa pun, guru harus tahu, anak didik mereka berstatus kanak-kanak dan remaja memerlukan bimbingan sewaktu menagih ilmu. Pada masa sama, berpandukan kepada pengalaman, guru wajib akur, prestasi pembelajaran anak murid mereka juga tidak sama. 

Sebilangan cerdik, sebilangan berprestasi sederhana manakala sebilangan lagi, lemah. Logik akal, jika semua pelajar otak bergeliga bak cendekiawan, mengapa mereka perlu ke sekolah? Terus sahaja menyambung pelajaran ke Universiti Cambridge atau Oxford sekaligus tidak menjadi bebanan di kalangan pendidik di Malaysia.

Saya masih yakin, profesion guru itu mulia tetapi kekadang cuma dicemarkan oleh sikap sebilangan guru bertindak membuta tuli. 

Anggaplah teguran keluarga pelajar dan masyarakat sebagai kaedah percuma untuk memperbaiki sikap agar kemulian kerjaya mampu terus dimartabatkan.

22 ulasan:

  1. smti-tak patut betul cikgu tu, kepala hotak dia, mana tau budak budak tu score!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Ni baru kes dalam pekan-pekan kecil bang. Belum lagi di pedalaman nun. Ader kes seperti ini yang tak mampu dlaporkan ke pihak berkuasa. Pengawas peperiksaan tak dapat kenalpasti semua pelajar kerana tak kenal. Ada pelajar yang langsung tak berani turun ke sekolah sebab cikgu garang sangat sampai habis tahun persekolahan

    BalasPadam
  3. Memang ramai ibubapa yang 'takut' hendak menegur 'kesilapan' guru-guru atas alasan bimbang anak-anak mereka dipinggirkan. Begitu juga ramai 'orang kampung' takut menegur tingkah laku menjengkelkan kakitangan hospital kerana takut tidak akan diberikan rawatan.

    Andai kita terus2an 'takut', bilakah agaknya segala kepincangan akan dapat diperbetulkan?

    BalasPadam
  4. saya tidak hairan sekiranya benda2 seperti ini berlaku kerana guru2 zaman sekarang semuanya ingin menjaga prestasi sekolah dan bermakna juga menjaga reputasi diri sendiri.

    kelas2 khas biasanya di beri perhatian dan yang berada dibawah semakin terpinggir. pergilah kemana sekolah pun, memang ada double standard di situ. apa yang mampu ibu bapa buat didik anak supaya dapat jadi yg terbaik kat sekolah.

    saya juga pernah merasa bila anak saudara di suruh balik bila tiba UPSR katanya hanya menyemak! akhirnya anak saudara saya di masukkan ke Sekolah Khas kerana kekurangannya.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Apa sahaja alasan guru@pihak sekolah tersebut, bagi saya ianya jelas melanggar etika sebagai guru, semoga menjadi pngajaran kpd ibu bapa & guru (^_^)

    BalasPadam
  7. Emm..kadang2 ada cikgu yang pilih kasih...perangai2 camnie masih ada lg disekolah...cikgu2 ada yg memilih anak murid as anak murid kesygan lah..simpati pada 3 pelajar itu..walopun lemah...tetapi mereka tetap dtg sekolah kan? dan bukan ke tanggungjawab cikgu untuk mengajar dan menurunkan ilmu kepada semua pelajar? Pada saya tak ada sebab cikgu2 nak control sama ada sesuai atau tidak utk amik periksa...kalo pelajar itu lemah bermakna cikgu2 tu sendiri yg gagal melaksanakan tanggungjawab...

    BalasPadam
  8. link tuduhan liar tu dah hilang,,,be gentlemen..mohon maaf lah

    BalasPadam
  9. Salam abg mazidul...

    Saya dah baca artikel abg mazidul...

    Saya memohon maaf sekiranya abg terkilan dengan artikel tersebut dan saya sebenarnya berbangga dengan kehebatan artikel dan apa2 yang berkaitan yang dilaporkan oleh abg..jadi disebabkan saya tidak sanggup untuk melukakan hati idola saya..saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada abg mazidul...

    Saya akan padam artikel tersebut demi abg mazidul..terimaksih abg mazidul

    BalasPadam
  10. Melanau, do your homework terlebih dahulu sebelum menulis.

    Saya tidak kisah sekiranya awak ingin menyalahkan saya kerana berita itu terlewat dipaparkan tetapi persoalannya, itu bukan berada di bawah jurisdiction saya.

    TV3 banyak bahagiannya dan ribuan pekerja berkhidmat di bawah syarikat penyiaran itu. Justeru, mencatatkan beberapa nama tanpa mengetahui tugasan mereka, saya lihat sebagai tindakan kurang tepat.

    Itu sahaja.

    Berfikir sebelum menulis, tindakan lebih bijak.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  11. terbaik utk ke2²sekali....berdamai

    ayuh guru....kita didik anak bangsa supaya terus berjaya

    BalasPadam
  12. Salam...jgnlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
    walaupun begitu, jgnlah kita terus ambil keputusan yang guru itu bersalah 100%, mungkin ada cerita dalaman yang kita tak tahu...
    berdasarkan pengalaman saya dalam bidang pendidikan, guru sentiasa dihukum terlebih dahulu sblm cerita sebenar terbongkar...peace no war

    BalasPadam
  13. aiseh, dah padam lah pulak, baru nak tambah minyak sikit. Hahahahah

    BalasPadam
  14. dimanakah silapnya? hendak salahkan sekolah 100%, juga tidak adil... sekolah jugak berpegang kepada prinsip prestasi yg lebih baik untuk mendapat rekognasi daripada kerajaan dan masyarakat.. umum tahu sekolah dengan prestasi yg cemerlang akan mendapat layanan dan peruntukan yg lebih baik.. dalam kes ini sekolah dipersalah kerana kesnya diketahui umum... bagaimana yg tidak ketahuan?

    BalasPadam
  15. Salam..
    terkejut jugak sy dlu dgr berita psl budak2 ni x dbenarkan amek exm.. x dibenarkan sekalipun, at least pihak skolah tu bg notis awal2 ke, ni x, student tu nk amek periksa ari tu, ari tu jugak pihak skolah x benarkan.

    bg sy, andai kata piha sklh x nk student dia yg lemah lam pljr amek exm, apa guna dioorg ni jd cikgu? Ke diorg ni nk jd cikgu sebab gaji / elaun yg diberi tiap2 bulan je tnpa fikirkan nasib student tu?
    cikgu2 tu dh diberi amanah utk ajar budak2 tu.. even students tu lembab sekalipun, cikgu tu dh dpt amanah dn diberi tggungjwb dh utk mngajar..

    terkilan gk saya kes ni terjadi kat negeri sendiri..sy pun bakal cikgu dan sy akan amek iktibar dprd kes ni.. sy xnk abaikan pljr sy biarpun pljr tu lembab sekalipun..

    BalasPadam
  16. SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA HANYA MENITIKBERATKAN SCORE A,B,CD..LEBIH KEPADA MANUAL DAN TIDAK PRAKTIKAL..KANAK2 YANG DILAHIRKAN LEMBAB MUNGKIN ADA KELEBIHAN YANG LAIN. TIADA GUNANYA KALAU PIKUL BUKU2 TEKS TEBAL DAN BERAT TAPI SISTEM PENDIDIKAN MASIH MEMBANTUT. KALAU MEREKA GAGAL APA BOLEH BUAT BUKANNYA NOKTAH DISITU..CARI KEUPAYAAN DAN MINAT MEREKA.DARI SITU ASAH BAKAT YANG MEREKA ADA..BUKANNYA PENTINGKAN A,B,CD ATAU Z.. LEBIHKAN PRAKTIKAL

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.