Isnin, Mei 20, 2013

KENYATAAN RASMI AIR ASIA : TEPATKAH?


Berikut informasi dipaparkan di Facebook  Air Asia.


1. Saya  berada  di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam  pada waktu kejadian. Hanya  wanita  berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan  Maryam Sofea Mohd Reza  berhampiran  pintu 18.

TIADA  individu warga  Vietnam  memperkenalkan diri sebagai doktor  LAPANGAN TERBANG,  berada di lokasi sewaktu   insiden  berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali,   wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma  pada  jam   8.41  malam, 19 Mei lalu, BUKAN  sewaktu  Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan,  Maryam dan dua  saudara lelaki  mereka  selamat tiba di KLIA,  diterbangkan  dari Ho Chi Minh, Vietnam,  menggunakan pesawat MAS,  kira-kira 1 jam sebelum  itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui  perancangan  4 penumpang  terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated.

46 ulasan:

  1. Nonsense statement by such a reputable company.heh!

    BalasPadam
  2. Sangat memalukan.. Ksian pada org yg x bersalah menjadi mangsa... Seharusnya Air Asia selidik secara menyeluruh apa yg terjadi. X mustahil kiranya akan berlaku pada org lain juga... #RALAT

    BalasPadam
  3. what air asia is doing is damage control. bloody heartless people running the airlines. boikot air asia for good.

    BalasPadam
  4. -insurance
    -surat pengesahan doktor sebelum berlepas

    harap mazidul dapat ulas / tanya ahli keluarga si ibu itu tentang hal ini. Bagaimana satu keluarga itu terlalu culas tentang bab2 sebegini sedangkan mereka tahu ada seorang ahli keluarga ada demam campak dan masih on medication.

    Benar, AA ada banyak silap, terutama dari segi kemanusiaan. Tapi rasanya tak adil kalau letakkan semua kesalahan pada AA shj sedangkan ibu si anak malang itu juga salah dalam beberapa segi.

    BalasPadam
  5. Goreng lagi bang!! Ini AA tak boleh biar lepas mcm tu je.. heartless!!!!

    BalasPadam
  6. bro, saya harap keluarga mangsa yang terlibat saman saja airasia dan bro jadi saksi utama.. kasi ajar sama airasial..

    kenyataan Airasial

    “AirAsia mematuhi peraturan dan piawaian kesihatan global, di mana tetamu yang menghidapi cacar air hanya dibenarkan terbang 5 hari selepas simptom pertama (ruam) muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor untuk mengesahkan bahawa tetamu layak untuk melakukan perjalanan.

    kalau patuhi piawaian, kenapa Airasial benarkan mereka berlepas dari KL - Ho Chi Minh?

    Bukankah bodoh namanya

    BalasPadam
  7. Tolonglah naik AirAsia lagi lepas ni ya... Wahai En Zahar.
    Never again Mr Tony, u will not have my 2 cents pun. Ko bagi aku tiket percuma pon aku tak naik!

    BalasPadam
  8. Sebarkan maklumat ini di semua laman sosial. Jika tidak org tidak tahu. Bagi air Asia ni panas. Jgn memperkotak katikkan pelanggan mereka. Dah la bagi info salah.malah tiada kenyataan minta maaf dari mereka. Langsung tiada tanggujwb sosial.

    BalasPadam
  9. pandai nak cover..org siap bukti bergambar lagi nak nafikan..teruklah AA

    BalasPadam
  10. so defensive.. bukan nak siasat elok2... statement nak lepaskan diri... dah tiba masanya rakyat Malaysia beralih ke MAS.. lama sangat dah kita dok mengkayakan orang itu yg langsung takder rasa nak mintak maaf

    BalasPadam
  11. to make things worse.. ayat sangat nak melepaskan diri, baca di "...once the child is declared fit to fly by the doctor". Maksudnya, selagi mana the baby's chicken pox tu tak baik makanya the baby tak boleh fly dan dorng boleh salahkan the chicken pox kan? Hebat sungguh and thank god we got the first hand message/report from Mazidul, kalau tak, semua pakat percaya sal benda ni kat tv and newspaper. tihs! *baca balik belakang.

    BalasPadam
  12. Alasan selamatkan diri. Tp maruah sudah rosak. Kebenaran akan menang jua...

    BalasPadam
  13. Kalau betul kenyataan AA tu benar & betul2 nak bagi tiket free tu kenapa tak bagi pd hari ke 5 kenapa bagi hari ke 2... Nnti xleh naik lagi sbb belum abis 5 hari kuarantin... Ground staff bukan tau pn... Communication break down...

    BalasPadam
  14. Bila dah rasa terlalu selesa dgn kedudukan sekarang, AirAsia ambil sikap sambil lewa je la. Lagi pun, AirAsia percaya rakyat Malaysia takkan berjaya memboikot mereka kerana tambang murah yg mereka tawarkan. Utk menidakkan apa yg mereka percaya ni, kita semua mesti betul2 boikot AirAsia. Bukan takat cakap nak boikot dlm blog dlm fb je. Kita boikot betul2 bagi terduduk, terkedu CEO dia.

    BalasPadam
  15. @tasya kader
    "Kalau betul kenyataan AA tu benar & betul2 nak bagi tiket free tu kenapa tak bagi pd hari ke 5 kenapa bagi hari ke 2... Nnti xleh naik lagi sbb belum abis 5 hari kuarantin... Ground staff bukan tau pn... Communication break down..."

    tasya,
    sebab dah dapat surat dari doktor lahhhhh... kalau dah dapat surat/sijil sah dari doktor, tunjuk je lah kat ground staff. Ground staff benarkan naik.

    2 hari atau 5 hari pun, surat dah ada, lepaslah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau benar anak tu masih sakit, kenapa masih dilepaskan fly sms di Kuala Lumpur?? Jika betul mengikut polisi.

      Dan juga, sblm dpt fly balik dgn MAS, anak itu telah diperiksa oleh doktor kemudiannya dan didapati anak itu telah SEMBUH pun sebenarnya. Di situ timbul keliruan benarkah ada 'doktor' semasa di airport tsebut yg telah memeriksa ank tersebut hingga putuskan anak tersebut tdk boleh fly pulang.

      Minta pencerahan wahai tiger-mother..

      Padam
  16. i dont think AirAsia care about this.. at the end of the day, you pay the money, either you board or not, or will be allowed to board or not - is none of their business...

    AirAsia is all MONEY!!!!!

    Say
    Y E S
    to
    H U M A N I T Y

    Say
    N O
    to
    A i r A s i a

    BalasPadam
  17. Tiger-mother..awak ni kakitgn badan AA ke..

    Kalau Pn.Izan tu yg salah...
    1. KENAPA AIR ASIA MALAYSIA LEPASKAN MEREKA MENAIKI PESAWAT?
    2. BUKAN LEBIH BAIK MEREKA DIHALANG DARI AWAL? BUKAN KETIKA HENDAK PULANG...

    for me..still salah Airasia jugak kenapa procedure diMalaysia dan Vietnam berbeza? atau kecuaian staff sendiri??

    BalasPadam
  18. Setelah baca segalanya berkaitan ibu & anak ni dpt la disimpulkan yg Air Asia memang kejam & bersikap lepas tangan dlm menangani situasi pelanggan mrk.Sepatutnya pihak Air Asia hantarlah mrk ke hospital @ kedutaan Malaysia agar keselamatan mrk anak beranak terjamin lebih2 lg di negara asing.dislike Air Asia...

    BalasPadam
  19. Can the so called singing pilot care to comment on this matter.if the mother make mistake why in the first place let the mother and child take the flight, at least AA can send them to any hospital and not leave them at a taxi stand.they are malaysian and AA are also malaysian aren! t they.just cut the crab of your so called code of conduct.I've stopped using AA b'cause of its constant delay n arrogant ground staff.

    BalasPadam
  20. Kalau nk sgt surat doctor, yg cek di airport tu kate dpn2 da sihat, tp yg staff AA plak lg power dri doctor. Yg super hairan nye, knape MAS leh je anta balik? Jgn jd bodo la AA. Kuasa pengguna sgt hebat. Gulung tikar ko kang. Nsib baik aku bru pas amik 4 flight smalam n 3 ari lpas. Say no to AA cabuk! Puihhh atas kpala tony

    BalasPadam
  21. Tony is full of lies and fictitious information. Word cheap is also a big lies.

    BalasPadam
  22. Air Asia hanya mahukan duit anda. Saya pernah pergi mesyuarat tetpi apabila delay lebih dpdt satu jam, saya batalkan hasrat kerana sudah terlalau lewat untuk hadir. Saya tanya Air Asia: Macamana tiket saya ini? Tau apa dia jawab:"Burn lah!" Staff-staff dia sama macam Tony! Ego dan arrogant!

    BalasPadam
  23. kes sebegini boleh kah di rujuk kepada persatuan pengguna? mohon pencerahan...k

    BalasPadam
  24. Pengalaman saya,

    Saya terkandas di Bangkok sewaktu tentera merah menawan airport bangkok. Kami terkandas selama 5 hari dah hanya tidur di airport bangkok . Ada ibu dan anak yang alas baju tidur atas lantai airport Bangkok.

    Istimewanya AA?

    Saya terpaksa membeli tiket AA sebanyak 3 kali kerana perubahan dan pembatalan penerbangan!!! Tiket dikira terbatal wakalupun kami labgsung tak bersalah, tentera merah tawan dan Tak benarkan penerbangan berlaku.

    Duit bila dah sampai keairport memng dah abis. Amalam biasa pelancong. Kami terpaksa beli guna card credit dan AA langsung tidak mahu bertanggujawab!! Dalam keadaan ditawan begitu apa pilihan yang kami ada? Melainkan berusaha secepat mungkin untuk balik!!

    Untungnya majikan membiaya kerugian tiga tiket yang kami terpaksa tanggung!! Tuan2 dan Puan2 hebat bukan AA??? Saya dimaklukan polisi AA sememangnya sedemikian. Mohon baca polisi sebelum beli!!

    Nilai kemanusia kosong pada AA. Sama samalah kita cari produk lain selain AA. Kami telah tidak gunakan AA lagi kecuali lalauan tiadan pilihan

    BalasPadam
  25. Saya cadang boikot aje syarikat Air Asia ni. Pengalaman saya dua Kali tidak dikembalikan wang walaupun pembatalan penerbangan akibat temps bumi yg menghancurkan lapangan terbang Padang, Indonesia. Kapal terbang Air Asia tak boleh landing tp wang saya dia sapu.
    Air Asia dah pindah ibu pejabat ke Jakarta, human lagi syarikat tambang murah nasional dan pengalaman saya harga ticket dia tak murah pun, gempak aje lebih, cubalah buat perbandingan percayalah kena kelentong semua, ada airline baru yg BETUL2 murah, saya dah cuba, 100 Kali lebih puas hati

    BalasPadam
  26. BOIKOT AA...ajaq sikit depa ni..mula la minggu depan keluaq promo tambang RM 0.99....lepas tu kita semua pun diam...BOIKOT sampai bungkus la

    BalasPadam
  27. Staff AirAsia kat kaunter memang POYO & kerek jer lebih...Local customer layan macam sampah tapi kalau foreigner dia layan macam VIP...Tahap cutomer service AA pada local customer memang tahap sampah jugak sama macam CEO dia jugak...Mari kita sampahkan AirAsia nie....Berlagak & bongkak, x pandai langsung nak mintak maaf...

    BalasPadam
  28. AIR ASIA- jangan lupa, langit tak selalu cerah. Kini mendung sudah berarak datang, dan ribut taufan boleh terjadi bila-bila. Bukan tak pernah syarikat penerbangan hebat dunia golong tikar.

    BalasPadam
  29. Kirim salam lah aku nak naik AA ke Indo lagi lebih baik aku naik lionair je...paramugari dia pun cun juga...walau terpaksa berhimpit dgn org Indon yg ramai guna lionair ni.

    BalasPadam
  30. Aku dah memang tak naik lagi AA sebab 90% penerbangan dia KL-Jakarta dan sebaliknya selalu delay 1-2 jam...baik naik MAS atau lionair je..

    BalasPadam
  31. You call this company "reputable" Nonsense... !!! Its "BULLSHIT COMPANY....."

    BalasPadam
  32. YOU AA jangan play-play dengan Orang Melayu ye... Bullshit...

    BalasPadam
  33. " Blogger padang pasir berkata...

    Kalau benar anak tu masih sakit, kenapa masih dilepaskan fly....
    Minta pencerahan wahai tiger-mother.."

    Awal2 lagi saya dah kata salah AA adalah kerana staff AA KL lewa dan benarkan anak ni naik.

    Tapi orang di sini tak nampak yang ibu si kecil ini juga ada salahnya. Salah dia adalah tidak mendapatkan surat pengesahan doktor sejak awal.

    Mengatakan si anak telah sembuh hanya dari percakapan mulut bermakna AA terpaksa ambil risiko besar. Bagaimana kalau si ibu menipu? Bagaimana kalau anak itu sbnrnya masih sakit? Itu semua perlu diambil kira AA kerana mereka perlu menjaga keselamatan penumpang yang lain, bukan setakat keluarga si kecil ini shj.

    Dan anda perlu faham mereka dapat naik mas SELEPAS mereka dapatkan pengesahan bertulis dari doktor.

    Pergi ramai2 tapi tak ada sorang pun alert tentang ini. Kalau mereka biasa fly, mereka tentu tahu perkara2 sebegini tak boleh diambil remeh. Sama ada mereka jarang naik kapal terbang atau mereka benar2 culas.

    Paling penting sekali, TERUTAMA untuk anda2 semua yang jarang/tak pernah terbang..... BACA TERMS & CONDITIONS BETUL2!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh mak tiger ni tak fhm rupanya. Ye. Tapi kenapa bila diperiksa oleh doktor lain ank tu dah sembuh sebenarnya. Tp berbeza sms 'doktor' di aiport tu yg memeriksa kata ank tu masih tak sembuh. Tak pasal2 dek kerana 'doktor' tu anak dn ibu tu tak lepas naik.

      Padam
  34. To tiger-mother,

    T-M :" Dan anda perlu faham mereka dapat naik mas SELEPAS mereka dapatkan pengesahan bertulis dari doktor "

    Me : Kenapa pihak AA tak bwk ibu dan bayi ke klinik or spital utk dptkn pengesahan dari doc?

    Kenyataan dari pihak MAS yg sy copy dri blog http://www.hazrey.com/

    "Berikutan itu, kakitangan Malaysia Airlines mengambil Izan bersama bayinya dari hotel penginapan untuk ke sebuah klinik. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan yang bayi itu TIDAK menyebar penyakit. Doktor juga mengesahkan bayi itu keluar dari tempoh pengasingan dan tanda hitam adalah kuping kering."

    BalasPadam
  35. Kalau aku nak suruh mak aku dtg kl, aku mesti pilih MAS je...xberani aku nak pertaruh mak aku kat Air Asia, nanti trauma mak aku naik kapal terbang.

    BalasPadam
  36. Aku & family sbg pelanggan tetap AA selami ini akan boikit AA..makin lama aku tgk AA ni tiket pun semakin mahal..hidden cas pun byk..kalau kumpul duit tambang++hidden cas better naik MAS..SERVIS pun BAGUS........

    BalasPadam
  37. Tulah pasal, aku ni ibu dua anak. Klu nk naik flight pi melancong, better choose other airlines. Serik naik AA ni, care bawak plane pun menakutkan tk se'smooth Mas ker france ker mane2 flight prnah aku naik.

    BalasPadam
  38. bg ak better naik MAS than AA. kos naik AA lg mahal klu da cmpur dgn hidden charge. i'm sabahan student whom studied in KL. And of course, i'll be make sure to return back either to KL or sabah only by MAS. Yeah!

    BalasPadam
  39. Pengalaman saya juga..
    Staff AIr Asia ANGKUH!!..
    Kerna di herdik hanya kerna hendak bertanya mengenai hiden charge..
    Dan STAFF perempuannya dah seperti pelacur,..tapi TAK la semua seperti pelacur tu, layan saya acuh tak acuh je, tapi bila sang lelaki yg nampak bergaya dan berduit dtg, huh..cepat, mesra Dan manja layanannya..
    Elokla di BOIKOT je Air Asia ni, so staff yg gegatal sume bole la kerja dilorong..

    BalasPadam
  40. Kepada 'tiger-mother',

    1. Yang memeriksa bayi tersebut di lapangan terbang di Ho Chi Minh adalah perempuan yang berpakaian seperti jururawat, yang hanya mengambil suhu bayi tersebut, dia bukanlah seorang doktor justeru itu dia tidak sebenarnya boleh declare bayi itu boleh terbang atau tidak tanpa pengesahan doktor.

    2. Berdasarkan saksi kejadian, tompokan hitam bekas demam campak membuktikan ianya sudah sembuh dan tidak menjangkiti. (kalau tidak sudah tentu saudara2 terdekatnya sudah terjangkiti dari awal lg. yer tak?)

    3. Kenapa tiada tindakan dari AirAsia mengambil inisiatif membawa bayi tersebut berjumpa doktor dan mendapatkan pengesahan? sama ada boleh terbang atau tidak? dan secara logiknya kenapa boleh terbang dari KL? tidak dari Ho Chi Minh?

    Kesimpulan;

    1. Kesilapan kecil tidak membawa surat pengesahan kesihatan semasa hendak melancong.
    2. Kesilapan ground crew AirAsia di LCCT, membenarkan penumpang yang diragui status kesihatan menaiki kapal.
    3. Kesilapan AirAsia yang sombong, tidak mengendahkan kebajikan penumpang, tiada bantuan untuk membawa penumpang berjumpa doktor

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.