Selasa, April 08, 2014

GERAI MELAYU DIROBOH GERAI HARAM BANGLA BERCAMBAH


Di atas, antara 11 gerai milik peniaga MELAYU dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Klang, MPK, sekitar bulan Ogos 2013. Gerai menjual makanan didirikan di atas tanah Jabatan Pengairan dan Saliran itu mula beroperasi sejak 13 tahun lalu.

Lokasi, Jalan Teratai, Taman Abadi, Meru, Klang, Selangor.

Saya kemudian menerima aduan berhubung kedai haram diusahakan oleh peniaga Bangladesh. Kedai menawarkan pelbagai barang runcit dan juga minuman keras.


Setelah saya mengemukakan aduan kepada seorang daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, kedai warga asing terbabit dirobohkan, hujung September 2013. 

Menurut penduduk tempatan, warga asing itu dipercayai menggunakan wang dipinjam daripada ceti haram,  ahlong untuk dijadikan modal awal perniagaan.

Awal malam tadi, gambar berikut dirakamkan.


"Lima kedai dirobohkan oleh penguatkuasa MPK, kini didirikan kembali. Beroperasai seperti biasa, dari pagi sampai 10 malam. Malah mereka membina dinding agar kedai haram itu kelihatan sedikit tersembunyi dari pandangan orang awam. Apakah hak warga asing untuk berniaga di sini? Kalau gerai Melayu, sekali diroboh, mereka akur. Peniaga Bangla?  Degil!. Sebilangan mereka mendakwa, tidak gentar langsung dengan penguatkuasa MPK," ujar sumber saya, tinggal berhampiran lokasi itu.

"Ada masalah lain?," soal saya.


"Bangla bukan memahami budaya tempatan. Pekerja kilang berhampiran, mandi pagi dan petang di tempat terbuka. Dibuat macam di negara asal. Sakit mata memandang. Sebuah kedai mesin judi online juga beroperasi lebih 2 tahun kira-kira tiga blok dari kedai haram Bangla itu," jelas sumber sama.

Esok, saya akan menghubungi Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norfiza Mahfiz. Barangkali penguatkuasa pihak berkuasa tempatan itu tidak menyedari perkembangan terkini itu.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Semoga dapat dibongkar dan ditangani secepat mungkin. Patutnya anak Malaysia nikmati keamanan dan kemakmuran rezeki sebegini, bukan mereka yang berleluasa dan terang-terangan salahi peraturan.

    BalasPadam
  2. saya jalan-jalan tak kira kt mana pun rasa bukan kt malaysia..bukan kt negara sendiri..rasa mcm asing di negara sendiri..sampai bila benda ni nak berlarutan???ehmmm...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.