Ahad, April 13, 2014

IZINKAN MEREKA MENUTUP AURAT DI HOTEL


Saya didatangi pekerja hotel bertaraf  lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.

"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'.


"Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya.

"Tidak, lisan," balasnya.

Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.

"Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung?  Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal.

"Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya.

"Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas.

Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.

Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes. 

Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam. 

Izinkanlah.



Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom?

Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah.

14 ulasan:

  1. Betul tuan...ianya polisi hotel sejak dari dulu lagi....Saya dah bekerja dlm hotel industri selama 15 tahun...tp sekarang tidak lagi....pelayan melayu juga menghidangkan minuman keras...dlm bulan puasa juga tidak terkecuali.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Saudara Maziudul telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Kita berharap masalah ini akan segera mendapat perhatian. Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara kita.

    BalasPadam
  3. Negara ni katanya Islam sebagai agama rasmi.. melayu penduduk majoriti.. Susah sgtkah nak berpakaian menutup aurat sebagai mematuhi hukum Allah...hati siapa yg perlu dijaga? X ada apa kurangnya kalau kakitangan berpakaian menutup aurat..

    BalasPadam
  4. assalammualaikum........saye bekas waiter hotel d damansara.......hotel tu tak benar pelayan perempuan islam bertudung.........walaupun saye ni lelaki...saye heran pihak hotel macamtu........hotel ni org pihak atasan hotel ni islam.....

    BalasPadam
  5. Bagus entry kali ini,khidmat masyarakat dan mendaulatkan islam.cuma kadang agar tidak gemar dengan entry politik tuan yang cenderung ke parti pemerintah.orang politik mana ada yang betul dan boleh percaya.jadi harap tuan banyakkan catatan yang berbaur keislaman dan masalah ummah di Malaysia.terima kasih SMTI

    BalasPadam
  6. takan jatuh standard kalau setakat memakai pakaian menutup aurat...
    sorry cerita lain skit... dulu2 kalau kat TV pun payah nak jumpa pembaca berita yg pakai tudung, tp alhamdulillah sekarang dah tak nampak ada diskriminasi dalam hal ini. mungkin kena ada yang memulakan langkah pertama kut, insyaallah nanti akan ada yg ikut serta.

    BalasPadam
  7. alhamdulillah tuan dah laksanakan tanggungjawab sebagai org islam
    tp bukan pekerja hotel je
    ada juga yg bekerja di soping mall yg tidak mengizinkan staff pakai tudung ..
    sepatutnya kita Malaysia agama rasmi agama islam
    perkara ini tidak boleh terjadi .tp diaorg sewenang2nya buat peraturan secara lisan tidak membenrkan menutup aurat ketika bekerja.

    BalasPadam
  8. Bukan setakat hotel tapi rasanya sebuah hospital ternama di KL pon melarang pekerja memakai tudung.

    BalasPadam
  9. Sebuah hotel 5 bintang di KL Sentral tempat saya pernah bekerja dahulu juga mengamalkan diskriminasi yang sama, pekerja wanita tidak dibenarkan bertudung. Pihak berwajib, tolonglah lakukan sesuatu yang tegas demi memartabatkan Islam di negara kita....

    BalasPadam
  10. Sangat susah untuk melihat kerajaan menggunakan kuasa yang diberikan majoriti rakyat.. Ada pula pihak yang sangat gilakan kuasa.. Tanpa disedari sikap kedua-dua pihak banyak menyusahkan rakyat.

    BalasPadam
  11. sy pernah temuduga untuk jadi pekerja hotel..masa temuduga pun penemuduga dah tanya sanggup x buka tudung kalau dpt keje ni..hu..hu

    BalasPadam
  12. Salam. Itulah yang berlaku dan realitinya bila mana kaum kafir memegang majoriti ekonomi di malaysia ini. Sebab itu kaum islam perlu bersatu dari segi politik bagi menekan kaum kafir ini. Jangan dibiarkan kaum ini menguasai politik kita pula.
    Namun segelintir org islam masih buta imannya.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah .. saya tidak berada dalam permaslahan ini .. TETAPI sesungguhnya saya amat sedih dan kesal sebab pemimpin Negara kita seorang MUSLIM .. Negara kita Negara ISLAM ... pemimpin kita dengan bangga melaung-laungkan Negara kita Negara ISLAM contoh .. walhal masalah yang masyarakt ISLAM di Negara ini hadapi tak pula di ambil kisah.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum, tuan.
    Saya mohon pihak tuan fokuskan semula isu larangan ke atas pekerja Islam di sektor perhotelan negara ini memakai tudung. Saya amat sedih dengan aduan seorang rakan saya yang bekerja di Hotel Chorus, Kuala Lumpur. Beliau mengadu tidak dibenarkan memakai tudung ketika bertugas walaupun tugas beliau di dalam bilik pejabat bukan di lobi hotel. Disebabkan beliau baru saja balik umrah baru-baru ini menyebabkan larangan tersebut dibantah dengan jawapan beliau sanggup berhenti kerja jika tindakan larangan itu diteruskan. Saya tidak faham adakah aduan-aduan yang dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini tidak diperdulikan atau pihak yang bertanggupjawab berpandangan isu itu adalah terpencil dan tidak perlu diberikan perhatian. Persoalannya, jika pakaian serban Sikh boleh dibenarkan mengapa pemakaian tudung Islam pula dilarang? Adakah amalan adat lebih diutamakan berbanding syariat? Saya amat berharap Biro Pengaduan Awam UMNO yang menghantar memorandum berkaitan perkara itu kepada Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.
    (Rujukan: http://www.umno-reform.com/URnews/rozmalhotelhinaislam.htm)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.