Sabtu, April 05, 2014

SYED SAIFULLAH : PESAWAT TERHEMPAS DI SUMATERA SELATAN


Semalam, saya sempat meneliti profil Syed Saifullah. Dia mendakwa sebagai ahli sayap kiri Red Bean Army, RBA. Pemilik akaun facebook ini, menyebarkan berita palsu kononnya pesawat dinaiki Perdana Menteri dan isteri terhempas.



RBA tidak menggunakan profil berwajah asli, maklumat dipaparkan palsu belaka. Mungkin Syed terlalu berani atau barangkali beberapa jam lagi, kelak muncul individu mendakwa, identiti diri disalahguna.



Tatkala saya membuat pemeriksaan terhadap akaun itu semalam, status di bawah telah dipadamkan.




Sejak status itu disebarkan di dunia siber beberapa hari lalu, pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pemilik akaun. Saya tidak pasti, samada siasatan awal telah dilaksanakan atau tidak.

Saya yakin, jika polis di Bukit Aman ingin bertindak, tidak mustahil. Biarpun akaun Syed telah dipadamkan. RBA ternyata kecut biarpun pada mulanya berkokok bak ayam jantan.

Polis memiliki kepakaran, mengesan alamat IP sekaligus mengenal pasti identiti individu terbabit. Pihak Cyber Security, In Sha Allah, komited menghulurkan bantuan. 

Fitnah itu bak kudis. Andai dibiarkan merebak, kelak bernanah dan berbau amat busuk jika pecah. Dalam kes ini, fitnah BUKAN dilemparkan kepada ayam, itik atau lembu di kandang tetapi terbukti menyentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Barangkali Najib juga ingin mengenali individu biadab itu. Jika ditahan dan kemudian dibawa ke Pejabat Perdana Menteri, molek juga. Bagaimanakah agaknya jika Syed Saifullah dan Najib bersemuka?

Identiti Syed dipercayai didedahkan, klik di sini tetapi ikon sama digunakan di sini.

Saya percaya Najib mampu bertenang kerana beliau telah mendepani pelbagai cabaran hitam putih kehidupan sebagai pemimpin nombor satu negara. Saya nukilkan pandangan peribadi, klik di sini.

6 ulasan:

  1. Melayu sekarang nie........ lebih dajjal dari bangsa lain.Nama saja syed...tapi syed haramjadah.

    BalasPadam
  2. melayu yg x bepegang pd agama mmg la biadap.. yg haram jd halal

    BalasPadam
  3. Harap-harap satu hari nanti,kejadian seperti gambar ini akan benar-benar berlaku,budak ini akan menyaksikan didepan matanya sendiri.Tinggal lagi kejadian ini bukan berlaku kepada orang lain,tetapi IBU/EMAK dia sendiri.

    BalasPadam
  4. Iblis yang membuat kenyataan ini patut dihukum sampai mati.

    BalasPadam
  5. Siasat dahulu..teknologi skrg sesiapa shj boleh hack / godam akaun anda diinternet...moga kita tidak salah menghukum org di depan mata, kelak org yg salah terlepas.

    BalasPadam
  6. Memang biadab...Adakala kita rasa sudah hilang sabar dengan dengan karenah penyakit puak-puak yang telah lenyap adab dan silu bak syaitan memarakkan api fitnah. Bila dihukum dikatakan kerajaan tidak berhati manusia tapi bila tidak dihukum ternyata sipelaku terlebih laku bak kera diberi bunga. Apa pun alasan, eloklah tindakan sewajarnya ditegaskan justeru keadilan seharusnya bermula dari dalam diri sendiri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.