Ahad, September 21, 2008

Hanya Berbumbungkan Langit

[ Dari kiri: Mazidul, Teh, Datuk Johnny, Datin Lily, Harris, Liza dan Iskandar ]

Semalam saya dan semua wartawan 360 berada di Kuantan, Pahang menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Pahang, Datuk Johnny dan keluarga. Turut diundang 70 anak yatim dari Rumah Penyayang Tun Abdul Razak.

“Lebih 20 ribu ringgit Datuk spent buat majlis ni,” bisik wartawan 360, Liza kepada saya.

Apapun majlis itu meriah, dihadiri tetamu disajikan pelbagai juadah.

“Tukang masak kueh tiow ni saya panggil khas dari Kuala Lumpur. Bayar seribu termasuk kos pengangkutan, hotel dan makanan dia sediakan. Tapi dia masak memang sedap. Saiz udang kita tentukan sendiri. Mazidul dah cuba?,” soal Datuk Johnny.

Saya mengangguk dan tersenyum. Dua kali saya membuat pesanan hidangan sama.

“Udang extra, boleh uncle?,” pinta saya setiap kali.

"Boleh! You punya fasal, apa ada hal," balas tukang masak berusia 45 tahun itu.

Di dalam majlis sama, selain anak yatim, sepasang suami isteri Melayu hidup daif menerima sumbangan kewangan.

“Tidur mereka hanya berbumbungkan langit. Bekerja menanam sayur dan menternak ayam telur. Jadi kalau ada nak pesan telur ayam, boleh bagi tahu,” ujar pengacara majlis, rakan baik berketurunan baba Melaka, Jerry.

Dalam gurauan Jerry, saya terpandang air mata bergenang dan menitis malam itu. Air mata mereka memahami, dalam mengecapi kemewahan hidup, ada insan hidup terbiar perlu dibantu.

Itulah dilakukan penganjur biarpun mereka berbeza agama dan bangsa.

[ Kata Mazidul: Happy Birthday Datin Lily. Iskandar, terima kasih menjalani latihan praktikal bersama 360 ]

7 ulasan:

  1. thats the beauty about being a Malaysian :)

    BalasPadam
  2. Nik, yup. We should stay united. Some just like to see us getting divided. At the end everyone is going to regret our unthinkable actions. We will see about that ..

    BalasPadam
  3. Ahh.. but why when only in ramadhan people will compete each other to show donate and etc..

    Anyway.. syabas TV3 for "bersamamu"

    BalasPadam
  4. sekadar bertnya...boleh x student jurusan BBA praktikal di 360

    BalasPadam
  5. belibuy, normally, saya cuma terima pelajar mass com, senang. At least dah ada basic knowledge, tak perlu nak dimarah2 ..

    BalasPadam
  6. Faizal, bukan bulan Ramadan pun ada orang bersedekah, mungkin tak di highlight saja ..

    BalasPadam
  7. "At the end everyone is going to regret our unthinkable actions" memang betul...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.