Selasa, September 23, 2008

Hutang Darah Dibayar Darah

Dua hari lalu 2 warga asing dibunuh. Pendawai warga Vietnam berusia 25 tahun ditemui mati dengan tangan terikat dan kesan kelar di pipi. Mayat ditemui di rumahnya di Taman Taming Jaya, kajang, Selangor. Manakala pengarah urusan syarikat pembinaan wanita berusia 48 tahun di temui mati di tingkat 17 kondominium Puncak Mont Kiara, Kuala Lumpur. Mangsa cedera di kepala dan leher dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.

16 September lalu, mayat pelajar mangsa culik, bunuh dan bakar, Lai Ying Xin, 16 tahun ditemui di Kulaijaya, Johor Bahru, Johor.

Pembunuh tidak mengenal jantina, usia maupun bangsa. Masing-masing mempunyai motif tersendiri. Antaranya dendam dan cemburu.

Jika pihak polis berjaya menangkap suspek dan didakwa di mahkamah, majoriti tidak mengaku bersalah sehinggan dibuktikan sebaliknya dalam perbicaraan.

21 September 2008, lelaki Melayu berusia 48 tahun dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di Alor Star, Kedah kelihatan tenang menerima keputusan dibacakan hakim. Manakala ibunya melutut menyembah kaki Timbalan Pendakwa Raya merayu anaknya dibebaskan. Lelaki itu terbabit membunuh dan kemudian mengerat lapan mayat mangsa dalam kejadian berlaku pagi 4 Jun 2001 di Taman Datuk Kumbar.

Teringat pesalah didapati membunuh dan membakar wanita Cina, Kenny Ong beberapa tahun lalu. Dia sentiasa memakai kopiah putih setiap kali menghadirkan diri ke sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.

Dia juga menemui ajal di tali gantung.

Hutang darah dibayar darah, itu hukum dunia.

6 ulasan:

  1. tu lah waktu bunuh org tak ingat tuhan..sampai melayang nyawa.. apa nak jd nie? pandai2 lah nak jawab kat "sana" nnt..

    mcm pembunuh adik nurin.. sharlinie & mawi pun tak jumpa lg..takper, ada balasannya nnti, kalau tak cash di dunia, di akhirat nnt.. tunggu ajer masa & ketikanya..

    Hutang darah di byr darah, btl ar tue.. zaman dulu blh ar, ada sistem barter..

    BalasPadam
  2. puncanya hanya penyakit jiwa yang tak terubat oleh doktor... dan masyarakat yang hanya pandang pada nilai material...

    BalasPadam
  3. tak tau kenapa,tp rs kasihan dgn najib(betul kan??) yg bunuh canny ong tu..tp lbh kasihan trhadap canny ong yg tak psl2 jd mangsa..

    p/s:org yg keje kt bhgian jenayah ni sume mst brfikiran objektif kan..klu sume jns mcm sy ni,habisla..kesian je kt pnjnayah,lepaskn..

    dosa dgn Allah,InsyaAllah akn terampun jika taubat nasuha meyirami dosa..
    tp dosa dgn manusia ni nk tak nak kene dihukum..sbg pngajaran kpd manusia lain..hatta si pelaku tu dh insaf skalipun..lgpun,keinsafan seseorang itu bknnya zahir..

    BalasPadam
  4. Dlm kes2 cam nih, ksian kat mak bapak dorang. Bayangkan dr kecik dorang bela, susah payah. Akhirnya dah besar, mati kat tali gantung pulak.Yang dorang masih boleh bertenang lagi. Tak faham....

    BalasPadam
  5. Arryani, hati ibu mana tidak merintih apabila menerima berita anak dibesarkan daripada sekecil tapak tangan akan mati di tali gantung?

    BalasPadam
  6. Kalau lah saya yg jadi mak dorang tak tau la Mazidul. Pengsan agaknye kat court. Tapi nak salahkan siapa? nak kata tak di didik, mcm tak caye la pulak. Didikan bkn cuma kat sekolah, tapi perlakuan kita sehari-harian pun penuh dgn didikan. Contoh, nak pegi mana2, kita diajar minta kebenaran. Nak makan, ibu bapa tak pernah lupa suruh baca Doa. Kalau nak senaraikan semua didikan yang diajar,tak muat kot colum ni...tapi kita fikir2kan lah sama-sama. Mereka anak bangsa kita jgak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.