Khamis, September 18, 2008

Period 7 Bulan

“Hih! Kamu ni pasang telinga ya? Itu hal orang perempuan, tak payah menyibuk nak dengar,” itu kata orang tua perempuan dulu kepada anak lelaki mereka.

Kata remaja sekarang ..

“Period tak kisah! Kotex kan ada”

Zaman berubah, begitu juga sikap dan penerimaan manusia. Dulu topik ‘haid’, ‘datang bulan’, ‘datang kotor’, ‘lampu merah’ dianggap taboo, tidak dibicarakan secara terbuka apatah lagi diiklankan di kaca televisyen. Kini jauh berbeza.

Bagaimanapun saya percaya, tidak ramai lelaki berminat dengan isu ini, barangkali. Isu membabitkan darah, isu turut dianggap remeh sesetengah wanita. Majoriti lelaki enggan ambil tahu tetapi menyedari kesan lumrah pusingan biologi kehidupan setiap wanita itu kepada diri mereka.

“Huh! Kerja dia asyik nak marah, mengamuk, angin satu badan, emosi. Macam period dah 7 tahun dia tu,” antara komen sinis mereka lontarkan.

“Alamak! Tolonglah you. Tak boleh pergi sendiri ke?,” keluh suami apabila didesak isteri membelikan tuala wanita di kedai.

“Risau gila ni, period girfriend aku dah lewat 2 minggu, silap-silap jadi ayah instant pulak,” komen diiringi seribu kebimbangan.

Period, antara keistimewaan wanita. Mengajar mereka berurusan dengan kejadian remeh sekaligus dianggap simbol kedewasaan dan kematangan. Perempuan tidak kecoh, period ditangani secara tenang setiap bulan. Jarang terdengar keluhan kecuali segelintir wanita mengalami senggugut atau ‘period pain’.

Bayangkan kalau lelaki period ..

9 ulasan:

  1. oh tidak....mahu huru hara dunia nie bila emosi mudah terganggu, asik bertindak ikut perasaan je.. asik nk marah je (sebab tue lelaki diutuskan menjadi khalifah)

    p/s- kalau lelaki yang priod.. sure ada yang bg alasan xpose sebab priod..

    BalasPadam
  2. kalau lelaki period.. camne lak tu ek? .. tak dapat nak bayangkan ... tu sebab manusia dicipta bukannya semua serupa...

    BalasPadam
  3. tak dapat ku bayangkan...tuturmu bagai sembilu..

    itu kata ella, kata sy mmg kasihanlah kalau lelaki period.. lelaki tak tahan sakit, sbb tu lah Allah tak kasi d'orang bersalin.. kejang urat otot, putus urat perut..
    dugaan... dugaan..

    BalasPadam
  4. ahahha...bayangkan kalau lelaki datang bulan, mau disepak-sepaknya semua yg ada kat depan mata...sbb period pain ehehhe...pastu pad pakai terbalik :D ...just joking...

    apa2 pun, hubby saya mmg cool...dia yg suka rela belikan saya pad kat kedai or pasaraya or mana2 saja pun tak kisah...kadang2 tak payah suruh pun, dia yg terpk nak belikan sbb dah alang2 kluar membeli barang...kalau dia cari pad tak jumpa or tak sure which one, dia nanti call kat saya and tanya...then belek2 pad yg mana satu saya nak ahahah...itulaa suami ku...

    BalasPadam
  5. mule2 saya malu bile ade iklan pad...tp lama2 dh lali...pikir blek bende neh natural...
    kalo lelaki period???hmm tentula lelaki yg kene mengandung bukan perempuan....hehehe

    BalasPadam
  6. hahahaha...lelaki period...susah nak bayangkan...kalau lelaki nak tau macam mana atau apa yang dia org alami..dekatkan lah diri dengan dia org masa dia org tengah PMS...hahahahahah....tak pun baca magazine such as Clue..saya tau banyak pun pasal adik beradik saya semua perempuan..saya lelaki tunggal...so..dah biasa dah dgn benda 2 mcm nieh..bak kata :aku: saya pun kengkadang pergi belikan jugak...sama laa..tak jumpa jer..call hahahahaha....

    BalasPadam
  7. klu lelaki period,mknanye prmpuan la yg jd ketua keluarga..sbb lelaki pulak yg akn jd emo nnt..prmpuan akn jd lbh teknikal n rasional..

    tp sbb lelaki tak period,lelakilah ketua keluarga...

    BalasPadam
  8. haii, pada saya nak cakap2 pasal period ni perkara memalukan, apatah lagi cam kat dalam tv, siap zoom kat area kemaluan semata2 nak bagi tau bagusnya pad dia...

    kalo pompuan secara open bincangkan pasal bendalir yg keluar dari kemaluan mereka secara open tak dianggap kurang sopan, jgn pula cakap lelaki ni kurang ajar bila mereka berbincang tentang bendalir yang keluar dari kemaluan mereka secara open, beza tak pakai pad je....

    BalasPadam
  9. tanpa nama : 2 perkara yg berbeza.

    tah ape2 kau ni

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.