Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Berita itu dimuatkan di dalam akhbar tempatan dan mendapat liputan Buletin Utama TV3 malam tadi.
Turut hilang, peguam, pegawai bank dan pemandunya. Namun setakat ini tiada pihak menuntut wang tebusan.
Mereka dilaporkan ke Banting, Selangor dan kemudian Sosilawati tidak dapat dihubungi keluarganya. Turut dibawa bersama wang tunai, RM4 juta untuk urusan pembelian tanah.
Kes menarik, pastinya akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Bagaimanapun polis setakat ini mengklasifikasikan kes terbabit sebagai 'orang hilang'.
Sebilangan rakan sebelum ini pernah berkata ...
"Ada duit semua boleh jadi"
Ya, saya akui kenyataan itu benar. Kekadang jika diteliti, individu hidup mewah, berumah besar, berkereta besar dan pemilik syarikat besar juga mempunyai masalah besar.
God is fair.
Apapun saya berharap tiada sebarang kecelakaan menimpa mereka, tambahan pula Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba dalam tempoh terdekat.
Upadate
Kereta BMW Datuk Sosilawati telah ditemui di Subang Jaya, Selangor.
Upadate
Kereta BMW Datuk Sosilawati telah ditemui di Subang Jaya, Selangor.
Hmm..macam2 hal..tak sabar menunggu laporan daripada siasatan polis..
BalasPadamMudah2an mereka semua dalam keadaan selamat. InsyaAllah.
BalasPadamhmmm...yer...harap2 dia dalam keadaan baik
BalasPadamsalam,
BalasPadammacam-macam boleh jadi di akhir zaman ini
terkejut masa dpt berita nie malam tadi...semoga mereka semua selamat..amin
BalasPadamMungkin bagi mereka RM4juta umpama RM400 atau RM4000 sahaja. Paling byk saya pernah ada dlm purse saya hanya RM200 sahaja. Itupun dah cukup berhati2 takut diragut.
BalasPadamApapun semoga tiada kejadian yang buruk menimpa ke atas mereka dan dpt ditemui semula sebelum Aidilfitri.
harap2 tiada apa yang buruk terjadi. sama2 kita berdoa.
BalasPadammybe that sm1 know they bring lots of money do that...nobody knows...erm...
BalasPadamtolong doakan mereka. Terima kasih.
BalasPadamsama macam kes Hazlan, org kaya trg yg hilang bersama lamboghini beliau
BalasPadamBila orang kaya hilang bersama duit banyak - RM4 juta dan masa hilang tu beliau bersama lelaki2 misteri - perbagai spekulasi mesti timbul.
BalasPadam1) Mungkin dicolek untuk tebusan.
2) Mungkin dirompak dan dibunuh.
3) Mungkin lari keluar negara.
4) Mungkin nak elakkan bayar hutang.
5) Mungkin nak lari dari LHDN-cukai.
dan lain-lain kemungkinan lagi
yelah, harap semua okay untuk dia dan family. harap dapat update us more on this. nak tahu!
BalasPadammereka ditahap itu punya seribu satu kerahsiaan tak dijangka.. pada saya satu persoalan juga apa berlaku ? adalah amat dikesali jika sesuatu yg mendukacitakan berlaku.. minta dipelihara allah...
BalasPadamhanya mereka dan keluarga mereka yg tahu ke mna mereka sbnarnya
BalasPadamMoga tiada apa yang menimpa mereka.... berserahlah kepada yang Maha Esa... buat keluarganya " berdoa dan sembahyang hajat".. moga ditunjukkan jalan oleh Allah
BalasPadamharap2 takde pape yg buruk berlaku....
BalasPadamSemoga beliau dan yg lain-lain selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dgn segera.
BalasPadamKesian anak-anak yang merindui terutama dah nak dekat raya ni..
peliknya bwk cash 4 juta...guna cek kan boleh
BalasPadamcara mazidul menulis, seolah2 ada konspirasi di situ, tapi tak mahu mengulas lanjut sebab takut.
BalasPadamkan?
hm...
i smell conspiracy too...
Mengapa bawa duit tunai terlampau banyak.Sehari dua lagi jumpalah tu.
BalasPadamInsyaAllah.
assalamualaikum..
BalasPadamaku doakan mereka semua selamat..
just nak share.. pesanan dari aku sbg seorg yg "so called paranoid" (org lain yg label aku cam tu ~ n i dont care)
1. sekiranya pasangan anda keluar utk beberapa hari/unusual activities (x kira aa laki/bini/anak/bf/gf), pastikan ada bukti drpd majikan/pihak terbabit (bergantung kpd jenis pekerjaan)
2. pastikan jadual (timetable) n lokasi.
3. lakukan pemeriksaan berkala dimasa sesuai mengikut time table (lihat point no 2)
4. copy sim card (contacts/vcards).. simpan dlm harddisk (atau simcard lain)
5. simpan id/pwd online billing (utk pengguna postpaid)
6. share pwd email/social/online acc dgn beberapa org yg boleh dipercayaai (ahli keluarga terdekat atau yg paling jauh yg boleh dipercayai) ~ pesan.. "kalau ada apa2 jadi..."
7. pastikan pasangan anda mempunyai contact no/addr kengkawan anda
* logically, nowadays (esp. within our cyber generation) we r more isolated from ppl yg physically dkt dgn kita ~ but, closer ngan ppl yg kita kurang kenal/x kenal langsung. most ppl yg kita x kenal (eg: forum, banks, website, etc) ada access keatas our data/account/id/pwd, why not just share ngan org yg kita betul2 kenal n percaya..
Wahai Penari Laut, keluarga pun tak tau mana menghilangnya... kami sedang menunggu mereka pulang. Hari2 kena mengadap kat IPD.
BalasPadamYang menjadi kemusykilan, semua yang hilang bersama Datuk Sosilawati tu pun macam sudah berpakat untuk menghilangkan diri selama beberapa hari.....Tak berhubung langsung pula dengan keluarga masing2 sehingga kini. Kena sorok dengan bunian ke? Misteri sungguh !
BalasPadam