Selasa, Mei 31, 2011

Siapa Jahat? Hantu Atau Manusia

Zaman dahulu, jika anak kecil berkelakuan terlalu nakal, orang tua berkata ...

"Anak siapalah jahat sangat macam hantu ni?"

Hantu Kopek menurut cerita diperturunkan zaman berzaman, gemar menyembunyikan mangsa di bawah liptan buah dada dikatakan lanjut dan terlalu besar. Hantu Galah kononnya suka menyakat dan menakutkan mangsa dengan mempamerkan fizikal tinggi, besar dan badan berbulu. Manakala Langsuir dilaporkan taksub ketawa mengilai dan menakutkan manusia sambil berterbangan di atas atap rumah diperbuat daripada pohon rembia.

Kita semua tidak pernah mendengar kes hantu terbabit mecedera, merogol, merompak atau membunuh manusia.

Pernah saya dengar kisah hantu mencekik manusia mengakibatkan mangsa sukar bernafas tetapi sekadar itu sahajalah kisahnya, dia tidak membunuh manusia terbabit.

Jika kini semua keluarga hantu berkumpul, mereka barangkali berada dalam ketakutan. .

Datuk hantu mungkin berkata ...

"Kamu semua baik baik. Zaman dahulu, manusia kata, orang jahat macam hantu. Sekarang? Cuba renung dan lihat kembali, manusia membunuh manusia, manusia merogol manusia, manusia menyamun dan merompak manusia, manusia  menyimbah asid kepada manusia, manusia menipu manusia, manusia ...."

Dia kemudian berhenti bercakap buat seketika setelah penat mengulangi perkataan 'manusia'  dan berkata ...

"Kepada semua anak dan cucu hantu, di sini, datuk nak ingatkan, kamu semua jangan jahat macam manusia!"

Boleh jadi, kan?

Kelibat Lembaga Hitam Di Kubur

Jam 3.15 pagi, lokasi, Krematorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya,  Jalan 229, SS1, Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.


Difahamkan, kelibat lembaga hitam pernah dirakamkan di kawasan kubur berhampiran tempat pembakaran mayat terbabit.

Setelah menyediakan peralatan untuk merakamkan gambar, saya kemudian menyertai kumpulan diketuai pengkaji paranormal, Rahmat Mokhtar bersama 5 rakannya memasuki tanah perkuburan berhampiran.

"Uniknya, kawasan ini ada 3 tanah perkuburan. Kubur untuk penganut Kristian, jerat Cina dan kubur orang Islam, terletak berhampiran antara satu sama lain," ujar Rahmat.

Saya dapati, tanah perkuburan terbabit agak luas. Gambar di sepanjang field trip dirakam menggunakan kamera Canon Power Shot G12.


Mujur saya memakai jaket dan topi, jika tidak darah saya pasti menjadi cecair hisapan banyak nyamuk berterbangan. 


Lazimnya, kubur, tempat persemadian orang mati, sering kali dikaitkan dengan suasana menggerunkan namun pengalaman malam tadi, berbeza. Barangkali kerana ramai kenalan berada di lokasi sama, perasaan itu tidak timbul. Bagaimanapun, sesekali debaran tetap menyelinap di tubuh.

Untuk rekod, saya tidak pernah berkunjung ke kawasan perkuburan pada waktu malam sebelum ini.

Tujuan utama kami ke lokasi terbabit, merakamkan gambar entiti tidak dikenali.


Berjalan di dalam gelap, sesekali kaki tersadung batu nesan dan pantas saya cuba mengelak kejadian berulang.


Jam 3.38 pagi, saya menghalakan alat penyukat suhu menggunakan cahaya laser ke bahagian atas pucuk pohon kemboja. 


Perhatikan bacaan meter asal, 80 darjah Fahrenheit (27 darjah Celcius).


Suhu tiba-tiba jatuh ke 51 darjah Fahrenheit (10.5 darjah Celcius).

Jika arah pancaran cahaya laser diubah di antara 1 dan 2 meter, samada ke kiri, kanan, atas atau di bawah posisi asal, suhu kembali meningkat ke bacaan asal (base reading), 80 darjah Fahrenheit.

Mengikut pengkaji paranormal negara barat, perubahan suhu di antara 5 dan 10 darjah Fahrenheit (lebih sejuk atau lebih panas) menunjukkan kewujudan aktiviti paranormal. Apapun, hanya Allah maha mengetahui berhubung kejadian sebenar.

"Ada juga orang minum arak di kawasan kubur ni," keluh Rahmat.


Peristiwa dilalui awal pagi tadi akan menjadi satu lagi pengalaman menarik bakal diabadikan di lipatan kenangan.

Berminat membeli kamera digital pada harga LEBIH murah? Sila klik Kedai Kamera Kami.

Isnin, Mei 30, 2011

Jangan Cekik Aku! Jangan Cekik! Tak Boleh Bernafas

'Saya nak pergi ke banglo tinggal di belakang Tugu Negara'

Itu antara mesej dihantar kenalan, Rahmat Mokhtar melalui ruang sembang Facebook pada jam 11 malam tadi, ketika saya berada di rumah.

Hampir jam 1.30 pagi, saya menyertai Rahmat, 24 tahun dan 2 rakannya meninjau banglo terletak di pinggiran Bukit Tunku, Kuala Lumpur.


"Just point sahaja alat ni, nanti ada titik cahaya laser, kalau bacaan meter kurang 70, maksudnya dipercayai wujud kegiatan paranormal," ujar anak kelahiran Klang, Selangor itu.


"Cuba abang tengok pokok tu," ujar Rahmat.

Pantas saya menghalakan lensa kamera Canon G12 ke arah rimbunan pohon dimaksudkan dan merakamkan gambar berikut.


Jika bacaan alat digunakan tepat, beberapa lokasi di sekitar banglo terbabit didapati bersuhu kira-kira 14 darjah Celcius biarpun tubuh saya berpeluh kerana mendaki bukit untuk sampai ke lokasi dan cuaca di sekeliling saya rasakan agak panas.

Selain banglo, struktur dipercayai garaj dan dapur turut ditinjau pasukan sama.


Jam 2 pagi, kami disertai 2 rakan lain sebelum menyusup masuk ke dalam banglo sama. Saya rakamkan beberapa gambar untuk dikongsikan bersama pembaca.


"Enam puluh, empat puluh tujuh, empat puluh empat ...," kira seorang daripada ahli kumpulan.

Tubuh berasa seram sejuk tetapi saya tidak melihat kelibat entiti tidak dikenal pasti di dalam banglo terbabit. Didakwa, sebelum ini, ahli kumpulan sama merakamkan gambar bayangan wanita dan anak kecil di dalam bangunan ala kolonial itu.

Jam 2.20 pagi, remaja saya anggarkan berusia lingkungan awal 20 an menyertai kami.


Sebaik tiba di lokasi, dia kelihatan sibuk merakamkan gambar sebelum kami berhenti berjalan dan kemudian berehat di halaman banglo tersergam di atas bukit terbabit. 


Gambar di atas BUKAN aksi mengangkung.

Jam 3 pagi, tiba-tiba Ahmad Adam Aliff berlari ke arah banglo dan mengajak saya mengikutinya untuk merakamkan gambar.


Suhu dirakamkan di sudut banglo, kurang 20 darjah Celscius dan semua ahli pasukan, bersama meninjau ruang dipercayai bekas tandas di bahagian belakang banglo.

"Jangan takut, aku datang nak bertanya, apa membuatkan engkau tidak tenteram di sini. Ini semua kawan aku, dia orang bukan nak kacau engkau," ujar Adam sambil berjalan.


"Suhu semakin turun, enam puluh (Farenheit), empat puluh tujuh ...," jerit rakan Adam.

Saya melangkah lebih berhati-hati sambil merakamkan video kerana lantai banglo tinggal itu dipenuhi papan berpaku.

"Dia nak tarik seorang  daripada kita ni, jom keluar, keluar, keluar!," jerit Rahmat.

Jam 3.18 pagi, sebaik berada di luar banglo, gadis menyertai kami berhenti berjalan. Dia kelihatan binggung dan mula muntah.


"Jangan cekik aku! Jangan cekik! Tak boleh bernafas," jeritnya sambil memegang leher.

Matanya berair, dia kelihatan penat sebelum kami beredar.

Lihat gambar berikut.


Ruang udara pada awalnya kelihatan kosong dipenuhi entiti majoriti bulat dan bercahaya bagaikan mengejar kami.


Pengalaman menarik.