Khamis, Mei 16, 2013

INGIN MEMBELI BEG TAHAN LASAK LIMITED EDITION VIETNAM?



Hari  kedua di Ho Chi Minh, Vietnam.  

Ratusan warga  Malaysia saya temui. Mereka berkunjung ke sini  hanya untuk membeli-belah. Barangkali  berkoyan wang mereka bawa untuk memuaskan hati.

Saya?

Hanya membeli  beberapa barang  sukar diperolehi di Malaysia. Jika pembaca berminat untuk memiliki  beg istimewa pilihan saya,  sila teruskan membaca.  


Saya singgah di Pasar  Cho Dan  Sinh  dan  bertemu  peniaga,  Thiu.

"That bag is for motorcycle," kata peniaga itu.


Bagaimanapun  saya percaya beg itu boleh digunakan walaupun pembaca tidak mempunyai motosikal.


Justeru  saya meminta  jasa baik  Thiu untuk  menambahkan  tali berkualiti tinggi  agar beg itu boleh  disandang secara mudah dan  selesa.


Sling bag dijahit kemas dan diperbuat daripada kain kanvas ini amat ringan dan  sesuai   digunakan  untuk  membawa  laptop,  tablet, dokumen, kamera dan  pakaian. 


Harga beg  B1 ini  RM150  sahaja.

Beg  kedua,  B2 menarik perhatian  saya, beg sandang belakang,  digunakan oleh tentera Vietnam.


Diperbuat daripada kain kanvas, dilengkapi 2 poket tepi dan hadapan. Terdapat juga ruang menyimpan barangan di belakang beg. 


Harga beg,  hanya  RM80 termasuk kos penghantaran Pos Laju ( jika perlu ).

Beg ketiga, B3, beg  sandang belakang, buatan Amerika Syarikat, berkualiti tinggi dan tahan lasak. 


Beg ini rare, sukar didapati, hanya satu sahaja tergantung di kedai  sewaktu saya beli.


Ruang penyimpanan dibuka dari atas.


Tali beg dijamin kukuh dan selesa untuk disandang dan dilengkapi satu poket di tepi kiri. Harga beg  LIMITED EDITION ini, RM250 sahaja.


Beg keempat,   B4 ,  berkain  kanvas,  tahan lasak  dan bersaiz  kecil di bawah  pernah  digunakan oleh tentera Korea.


Beg ini juga LIMITED EDITION  tetapi saya jual dengan harga RM45 sahaja termasuk wang pos.



Usah  tunggu lagi,  buat pesanan dan pembayaran sebelum pagi esok atau selewat-lewatnya sebelum malam esok.  Bilangan pesanan terhad kerana saya tidak mempunyai tenaga untuk mengangkut kesemua barangan dipesan jika terlalu banyak.

1. Segera hantarkan emel ke mazidulakmal@yahoo.com atau Whatsapp 019 2445354. Sertakan  nama penuh,  nombor telefon bimbit dan  jenis beg ingin dibeli, B1, B2, B3 atau  B4.

2. Buat pembayaran melalui Maybank  1141 0600 4713  dan maklumkan kepada saya melalui emel atau Whatsapp.

3.  In Shaa Allah,  saya akan kembali ke Malaysia pada  hari Sabtu ini.  Kepada mereka tinggal  berhampiran Kota  Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sila ambil  barangan dibeli daripada saya  bermula hari Ahad ( 19 Mei 2013). Jika pembaca tinggal jauh, saya akan poskan.

3 ulasan:

  1. memang cantik beg poket di pinggang tu suami saya suka teringin nak hadiahkan tak per tak ada rezeki nanti lain kali en mazidul beli boleh kirim

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.