Selasa, April 01, 2014

71 WARGA ASING DIBERKAS DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (EKSKLUSIF)

Jabatan Imigresen Malaysia, JIM di Putrajaya memberikan kerjasama sepenuhnya untuk saya mendedahkan fakta di sini.


Di entri terdahulu, klik di sini dan di sini, saya mendedahkan muslihat warga asing, pemilik kad atau dokumen dikeluarkan oleh UNHCR, mengecapi rawatan murah di hospital kerajaan di seluruh negara.

Sebilangan mereka dilapor tampil dengan dokumen meragukan kakitangan hospital.

Berikutan itu, saya menghubungi Pegawai Perhubungan Awam, JIM, Haidir Mohd Sukor pada jam 4 petang tadi.

"Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menempatkan 4 pegawai penguatkuasa di pusat setempat di Hospital Kuala Lumpur, HKL. Mereka bertugas memeriksa dokumen warga asing datang untuk mendapatkan rawatan di hospital itu, 7 hari seminggu,  di antara jam 10 pagi dan 10 malam. Menurut Pengarah Penguatkuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, James Musa Singah, dalam tempoh 2 minggu, 71 warga asing diberkas melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Jabatan Imigresen 1959/63. Ini projek perintis dilaksanakan, hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imigresen. Setakat ini, kelihatan amat berjaya," jelas Haidir.


James Musa Singah

"Adakah bilangan warga asing mendapatkan rawatan di HKL berkurangan?," soal saya.

"Berkurangan 50%, berbanding statistik sebelum penguatkuasa kami ditugaskan di HKL," sambung beliau.

Alhamdulillah.

Kerjasama dan usaha itu terbukti mampu menyaring identiti warga asing mendapatkan rawatan di HKL. Mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa berbanding tempoh dibenarkan dan pemilik dokumen palsu pastinya tidak layak menerima rawatan di negara kita cintai ini.

Sebelum ini menjadi kelaziman buat warga asing, datang ke HKL dan dirawat tanpa banyak soalan dikemukakan berhubung identiti diri. Pemegang kad atau dokumen dikeluarkan oleh UNHCR tanpa ragu-ragu masuk mendaftar, seperti sebelumnya pasti tersentak tatkala ditahan serta diperiksa oleh penguatkuasa Imigresen bertugas.

Di entri seterusnya, saya bakal mendedahkan jawaban kepada soalan, adalah Malaysia mengiktiraf status pelarian? Jika tidak, mengapakah mereka membanjiri negara kita?

Apapun, bravo! 

...  Jabatan Imigresen Malaysia.

3 ulasan:

  1. Pasti selepas ini warga asing ini akan mencuba nasib di hospital-hospital daerah yang lebih kecil dan kurang tumpuan. Saya rasa KKM perlu membantu dengan mengeluarkan notis dan peringatan kepada hospital-hospital kerajaan.

    BalasPadam
  2. kebanyakan mereka menggunakan kad unhcr utk dpt keistemewaan.saudara mazidul boleh tolong cari info tentang keistimewaan pemegang kad unhcr ni teutamanya berkenaan charge rawatan.kdg2 mereka dtg ke klinik dan mendesak utk diberikan rawatn sebagaimana warganegara.terimakasih.

    BalasPadam
  3. Harap lepas ni pihak Imegresen Putrajaya bt pula di hospital-hospital sekitar lembah klang yang lain.Contoh terdekat Hosp. Serdang dan Hospital Kajang.(Pernah berurusan di Hospital Putrajaya,tapi rasanya kurang pendatang yg kesana) Xpatut bila mereka yang tidak sepatutnya hanya dikenakan caj/dapat rawatan spt warganegara kita, sedangkan bukan bayar cukai pon, sebaliknya pengaliran wang kita ke negara asal mereka setiap bulan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.