Rabu, April 09, 2014

ANWAR IBRAHIM PERCAYA ...


[ Petikan daripada The Telegraph ]

Saya tertarik hanya dengan dua perkataan dalam kenyataan dilontarkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu ditemu bual oleh portal  United Kingdom, The Telegraph.

'I believe'.

Maksudnya, 'saya percaya'.

Andai diperhatikan secara teliti, sepanjang kerjaya politik Anwar, banyak perkara dipercayainya tetapi tidak berlaku. 

16 Septermber 2008, DIA PERCAYA Pakatan Rakyat berpeluang memerintah Malaysia. Itu tidak berlaku.

Anwar juga PERCAYA, dia berpeluang dinobatkan sebagai wakil rakyat Kajang dan seterusnya menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.

Itu tidak berlaku.

Paling utama, Anwar PERCAYA, dia berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Itu juga tidak berlaku. 

... kerana semua kejadian itu hanya berlandaskan kepada KEPERCAYAAN Anwar bukan realiti.

Mujur tidak semua orang percaya.



Kita juga barangkali percaya, warga asing memandang remeh undang-undang di Malaysia, tidak harus diberi muka. Seperti Anwar, kita tersilap ...

Klik di sini.

8 ulasan:

  1. Setakat 'percaya' tanpa bukti semua org boleh cakap.

    BalasPadam
  2. Begitulah luahan isi hatinya yg percaya penjara kajang jd rumah tetapnya selepas ini...adun pulak bininya..kan secocok...

    tp bro, minta cari info soheh, ada wartawan (bukan arus perdana) sejak semalam berada di DIEGO GARCIA..ada rombongan bang non ke??

    Sebenarnya wartawan tu kwn sekolah
    .dia yg update status dia..kerja di media selangorku..agaknya sbb tu bang non yakin
    sangat MH370 kat mane...

    bole ke masuk sana?? Mcm special je atau ada agenda tertentu??

    BalasPadam
  3. tapi..masih ada yang percaya 'buta-buta' je..tak boleh nk bezakan langsung..apa saja 'dia' cakap semuanya percaya..

    BalasPadam
  4. Sungguh menjengkelkan sikap pengikut tegar beliau masih juga terpukau mempercayainya sedangkan muslihat kebohongan beliau telah dibuktikan berkali-kali. Tentu masih ramai teringatkan insiden Kg Buah Pala di Pulau Pinang suatu ketika dulu. Mungkin itulah yang dikatakan kesan simbiotik ‘Teori Pelaziman Klasik Pavlov’ yang kerap digunakan oleh kelompok tersebut. Saya bukan ingin mengupas teori itu, sebaliknya ingin berkongsi pesan Nabi S.A.W yang juga amat berkaitan. Maksud sabda Rasulullah S.A.W : “Tiga golongan manusia yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka di Hari Kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”. (Hadis Riwayat Muslim) Fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
  5. I believe he is a real RAJA DRAMA sandiwara. Kartun itu lagi hebat berbanding ksrtun hampas Zunar.

    BalasPadam
  6. Memanglah pihak kerajaan sepatutnya lebih mengetahui sebab dia pemerintah di negara ini. Tak kan pulak semua maklumat yang sudah diperolehi kena serahkan kepada ketua pembangkang yang terkenal sebagai seorang penjenayah dan penipu paling besar dalam sejarah negara. Nak dibuat apa dengan segala maklumat dan lapuran dari berbagai-bagai sumber yang belum tentu kesahihannya itu? Nak buat modal politik? Untuk memburukkan negara? Untuk cetuskan huru-hara dan berarak satu negara? Lebih baik pergi tanya ketua-ketua puak zionis Yahudi dan Kristian member-member kamu itu. Kita ditegah oleh agama untuk bekerjasama dengan mereka dan kita juga tiada kena mengena lagi dengan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka.

    BalasPadam
  7. Kalau yg kerajaan tahu tu boleh menyelamatkan rakyat yg 20 juta dan sebuah negara apa salahnya kannn

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.