Ahad, April 06, 2014

GEMPAR! SYED SAIFULLAH DIBERKAS


Benar, sebelum ini, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah memaafkan pemilik akaun, Syed Saifullah kerana menyebarkan gambar dan berita, kononnya pesawat dinaiki bersama Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak terhempas.

Klik di sini.


Barangkali sebilangan pembaca bakal bertanya, mengapakah suspek diberkas sedangkan Rosmah telah memaafkan lelaki itu? Jawabannya, kerana laporan polis telah dibuat oleh pengadu.  

Berikut maklumat disalurkan oleh sumber berkredibiliti.

Pada kira-kira jam 12.10 malam tadi, pasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Sentul, IPD Perak Tengah dan Jenayah Berat, D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak memberkas suspek di rumahnya di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan laporan dibuat di IPD Sentul.

Dilaporkan, wanita membuka pintu rumah, memaklumkan, suspek, anaknya, tatkala itu keluar makan bersama suami. Mengikut arahan polis, wanita itu kemudian menelefon anaknya. Dalam tempoh kira-kira 20 minit, suspek tiba bersama 2 lelaki. Pengadu, pegawai kanan polis memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa polis serta bertanya ...

"Siapakah Syed Saifullah?"

Suspek, berbangsa Melayu, berstatus bujang, mengaku namanya. 

Pasukan polis kemudian merampas telefon bimbit, komputer dan pelbagai lagi peralatan lain untuk tujuan siasatan. Suspek, berusia 25 tahun ditangkap mengikut Seksyen 233 Akta Komuikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam.

Kini, suspek dilaporkan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan direman hari ini sehingga Selesa.

Sebelum ini ramai pengendali blog mendedahkan kes dianggap amat biadab itu dan memohon pihak polis berindak. Biarpun menyedari statusnya itu dikecam oleh pelbagai pihak, suspek didapati masih terus mengemaskini status di facebook.

Barangkali, pekerja kedai dobi itu sama sekali tidak menduga, pintu rumahnya bakal diketuk dek pihak berkuasa.

Tahniah Pasukan Polis Diraja Malaysia!

Sebelum ini, Syed mencatatkan dia ahli Red Bean Army, RBA. Mungkin kita berpeluang memperolehi fakta sebenar. Lazimnya, RBA menyembunyikan identiti tetapi dia kelihatan terlalu berani tampil, menggunakan butiran diri asli.

Barangklai RBA kamikaze.


Baca laporan terperinci di blog Cucu Tok Selampit, klik di sini.

16 ulasan:

  1. Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.....salah cakap masuk lokap.....

    BalasPadam
  2. jadilah warga negara yg bertamadun itu jer nasihat abg wahai dik.

    BalasPadam
  3. Takpe, automatik dia akan terkencing kena soal siasat dan demam duduk dlm lokap. Siapa nak bela dia? RBA? DAP? Nuar Berahi?

    BalasPadam
  4. Takkan sorang je, yg lain bila nak kutip? Kes lahad datu itu hari pun ada aduan dibuat. Reman lama sikit.

    BalasPadam
  5. Kutip yg lain sekali. Reman max 14 hari.

    BalasPadam
  6. memang padan,, bior kena liwat kt dlm tuh,, dh lah muke jambu

    BalasPadam
  7. memang padan muka! bio kena liwat lak kt dlm tuh,, muka dh la jambu

    BalasPadam
  8. Beribu lg kerja manfaat yg boleh dibuat kenapa budak bodoh ini buat kerja sia2 dn menghina org lain? apakah kalau gambar ibunya dibuat begitu dia suka?? Syabas kpd POLIS krn pantas bertindak. tp jgn hanya pantas pd pesalah laku Melayu shj.. RBA Cina? dilayan VIP?

    BalasPadam
  9. tapi si Anwar AL Juburi lahanat tu masih bebas boss ??!!..guane cerita tu ?..perlukah kami rakyat yg bukan polititcian ambikl tindakkan sendiri?..kenapa ada double standard utk politician pemnbangkang ? masih tiada tindakkan ??...adakah Malaysia mengamalkan undang-undang kasta pariah ???

    BalasPadam
  10. Harap polis bersikap adil. Mereka yang menghina pemimpin pembangkan wajar dikenakan tindakan serupa. Undang-undang bukan saja perlu adil, perlu juga DILIHAT adil. Contoh? Komen kat atas ini!

    BalasPadam
  11. siapa kah pengadunya? adakah dia org yang difitnah itu?

    BalasPadam
  12. Bagaimana pula tindakan ke atas Tian Chua yang nak gulingkan kerajaan, Ng Kok Teng dengan tulisan cina nak hapuskan Najib dan BN, Hew Kuan Yew yang berharap Rosmah mati ketika bermain badminton? Red Bean Army yg lain? Janganlah hanya pada orang Melayu cepat ambil tindakan manakala kaum lain hanya ambil kenyataan.

    BalasPadam
  13. Walaupun kita telah banyak kali diperingatkan bahawa memfitnah itu lebih kejam dari membunuh tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadap peringatan itu hanya empunya diri yang ada jawapan. Janganlah mengharapkan keadilan didatangkan oleh orang lain atau hanya dari ketegasan undang-undang semata-mata. Keadilan mestilah bermula dari dalam hati sendiri. Dari rasa belas simpati dan takwa kita sebagai insan berugama. Bagaimana kalau fitnah itu singgah kepada kita pula? Fikirkan sebijaknya sebelum melakukan. Tahniah PDRM & tahniah warga prihatin…

    BalasPadam
  14. Siapa yg report polis supaya dia ditangkap? Jeng jeng jeng

    ------------------------------------------
    Follow me and I will follow back:

    portberita.blogspot.com
    Portal blog berita nasional, dunia, informasi dan hiburan eksklusif yang terkini di Malaysia

    ceritakaw.blogspot.com
    Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw

    fishyummies.blogspot.com
    Only the special, grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts

    gadgeturtle.blogspot.com
    Portal blog berita gadget dan teknologi terkini laptop, smartphone, tablet, camera dan smartwatch

    BalasPadam
  15. Orang Yang Muflis Di Akhirat.
    Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”
    Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”
    Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no.6522)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.