Rabu, April 23, 2014

FESYEN TELETUBIES PELAKON MENJADI IKUTAN

Kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, saya singgah makan nasi campur di gerai pinggir jalan di Alor Setar, Kedah.

Gerai itu dikunjungi oleh ramai pelanggan. Setelah mengambil nasi dan lauk, saya duduk di meja di bawah khemah. Taukeh gerai terbabit bersikap peramah.

Belum sempat menyuapkan nasi,  saya terpandang lelaki Cina warga emas. Matanya terbeliak 'mengekori' pergerakan pelayan gerai, wanita bertudung. Setiap kali wanita Melayu itu melintas di hadapannya, lelaki sama berhenti makan. 

Matanya dibesarkan, mulutnya ternganga. 

Saya maklumkan kepada rakan makan bersama. Mereka menoleh dan kemudian tertawa melihat gelagat lelaki itu. 


Lelaki saya anggarkan berusia 60 an itu kelihatan amat terpesona melihat wanita di atas. 

Dia bak teletubies.

Baju dan seluar dipakai amat ketat, sehingga menonjolkan bentuk tubuhnya. Sebelum ini seorang pelakon tempatan, juga mengenakan pakaian kontroversi. 


Ingin melihat gambar sebenar? Klik di sini.

Barangkali fesyen dipamerkan oleh Rebecca Nur Islam menjadi ikutan pelayan gerai itu.


Mujur tiang menjadi penghadang ...

Molek jika kita menasihatkan anak serta saudara mara perempuan, usah meniru pakaian seperti itu. Jika berhijab, laksanakan sepenuhnya.

Rasanya, kalau makanan dihidangkan enak, pencuci mata seperti itu tidak diperlukan. Cukup dengan hidangan pencuci mulut. Mungkin ramai juga pelanggan tersedak tatkala makan lalu dicubit dek isteri sekiranya datang berpasangan.

15 ulasan:

  1. memang memalukan bila perempuan Melayu Islam tidak faham tuntutan berpakaian Muslimah sebenar!

    BalasPadam
  2. Nauzubillah himinzalik..semoga zuriat keturunan kita dijauhkan dari kemaksiatan..Allahumma amin

    BalasPadam
  3. SMTI

    teruk dah fesyen sekarang ni. sangat memalukan.

    BalasPadam
  4. Ramai mek dress up macam tu di gerai makan.

    BalasPadam
  5. Leggings tu hakikatnya lapisan dalam, sebagai pemanas atau lapik. Sepatutnya dilapisi oleh pakaian luar. Ini memang gaya Teletubbies

    BalasPadam
  6. Semoga wanita-wanita Muslim yang berpakaian bak sarung nangka seperti ini mendapat hidayah. Kalau pakaian longgar tapi jarang pun masih belum menepati kriteria menutup aurat seperti yang digariskan agama Islam.

    Wahai wanita... jagalah auratmu kerana ianya boleh menjadi fitnah dan penyebab kecelakaan. Di mana malumu yang lahiriahnya ada pada setiap makhluk terutamanya kita yang bergelar anak, isteri, ibu dan nenek...

    Maaf kalau ada yang tersinggung.

    BalasPadam
  7. Kepada yang laki-laki, ingat saja apa yang Quran suruh buat kalau melihat benda-benda yang macam ni, coba buka quran dengan terjemahannya sekali dan buka surat An-Nuur : 30-31. Solusinya dah beratus tahun ada tapi tak ramai yang buat lah, padahal mudah sahaja, kalau ikut, tak akan sampai ternganga mulut. Kalau tak buat, akan jadi macam pak cik-pak cik kat atas ler. Disclaimer: This is not preaching eh, hanya sharing benda yang sudah ada......

    BalasPadam
  8. orang yang berpakaian mcm ni.. tersangatlah jahil..........

    BalasPadam
  9. Teletubbies pun x ketat camni daa.... - peminat teletubbies dr kecik sampai kini-

    BalasPadam
  10. Memang pelik, sejak dahulu masyarakat kita cukup ‘seronok’ memperagakan pelbagai citarasa fesyen terkini dan canggih yang didatangkan dari luar hingga sanggup menjadi model percuma pereka fesyen jenama berkenaan. Akhirnya kota raya negara kita jadi pusat lambakan fesyen pakaian yang belum dapat ditentusahkan halal haram. Agak membimbangkan sekiranya tiada kawalan, suatu hari nanti fenomena kebebasan berfesyen pakaian lebih mencolok mata akan diperagakan secara percuma di sini sana. Saya fikir kalau masyarakat kita tidak mampu mengawal diri maka kawalan luaran bersifat kod etika berpakaian perlu dipertimbangkan.

    BalasPadam
  11. Ini haram..bukan menutup aurat...tapi membalut aurat....tiada dalam islam..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.