Khamis, April 10, 2014

MAJLIS PERBANDARAN KLANG : USAH MENUNGGU KUCING BERTANDUK


8 April lalu, saya menukilkan entri mengenai 'kebangkitan' semula kedai runcit diusahakan oleh warga Bangladesh di Jalan Teratai, Taman Abadi, Meru, Klang,  Selangor, setelah dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang, MPK, pada September 2013.

Klik di sini.

Kira-kira 6 bulan setelah tindakan dilaksanakan oleh MPK, kedai warga asing terbabit, kembali beroperasi.


Perkembangan terkini itu turut disedari oleh masyarakat tempatan tinggal di sekeliling, terutama sebilangan peniaga Melayu, gerai mereka dirobohkan pada bulan Ogos 2013.

Jika kita perhatikan, orang Melayu, lazimnya enggan rugi. Sekali gerai mereka dimusnahkan, struktur itu tidak akan didirikan kembali. Mereka khuatir, sebaik gerai tanpa lesen dibina, gerombolan penguatkuasa MPK menjelma.

Tung! Tang! Tung! Tang!

Gerai mereka, menyembah bumi.

Warga Bangladesh, berbeza. Undang-undang seperti berada di dalam poket mereka. Kedai haram, tersergam gah. Dibina pula dinding untuk mengaburi penglihatan masyarakat di sekitar.


Adakah seorang pun penguatkuasa MPK tidak menyedari kewujudan deretan kedai itu? Jika kamera digital mampu merakam visual, masakah mata gagal melihat?  

... atau hati masih tidak terbuka untuk bertindak?


Saya telah menghubungi Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norfiza Mahfiz, melalui sistem pesanan ringkas dan beliau telah dimaklumkan mengenai struktur haram itu. Namun mengetahui, berbeza berbanding melaksanakan tindakan segera.

Tidan perlu menunggu sehingga kucing bertanduk.

Lihat gambar di bawah, tempat mandi pekerja kilang warga asing didirikan bersebelahan asrama. Adakah struktur itu sah pembinaannya?

Ini bukan gambar dirakamkan di Dhaka,  BANGLADESH tetapi di Klang, SELANGOR.


2 ulasan:

  1. Sebagai pengadu, saya dapat merasai betapa sukarnya untuk mencari penyelesaian apatah lagi keadilan kepada pihak terlibat bagi merungkai suatu aduan yang dikemukakan. Ini belum termasuk korban masa, tenaga dan kos yang dibelanjakan. Malahan kemungkinan impak tindak balas yang tidak terduga akan meningkatkan risiko aduan oleh pihak awam. Sementara pihak yang menguatkuasakan peraturan dan undang-undang haruslah peka serta prihatin terhadap sesuatu aduan awam. Jika perlu siasatan telus segera mulakan tanpa perlu mencari suatu ‘tarikh keramat’ untuk bertindak. Sebenarnya aduan pihak awam hanya salah satu alternatif untuk membantu badan penguatkuasa melicin kerja. Namun jika alternatif itu juga tidak berkesan, kita khuatir pihak penggubal peraturan sendiri pula yang akan turun padang untuk bertindak. Bersegeralah...

    BalasPadam
  2. mazidul...datanglah ke Taman medan , PJ...kedai pendatang asing..memang bersepah..tapi yang lebih memeranjatkan ialah rumah apartmen projek terbengkalai diduduki oleh pendatang asing sejak 5-6 tahun yang lalu...siap ada aircond...elektrik dan air free untuk mereka kerana diambil secara haram dari tiang jalan..yang lebih menghairankan semua buat tidak tahu...sedangkan sudah jelas lagi bersuluh..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.