Rabu, April 02, 2014

MENGAPAKAH KAPAL SELAM MALAYSIA TIDAK DIHANTAR KE LAUTAN HINDI?

Isnin lalu, kapal selam, United Kingdom, UK, British HMS Tireless, dipacu oleh tenaga dibekakan oleh reaktor nuklear, tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mencari pesawat MAS MH370 dilapor mengakhiri penerbangan di lokasi itu pada 8 Mac lalu.


[  British HMS Tireless ]

Tugasan British HMS Tireless, dilaporkan bermula hari ini. 

Apapun, saya tertarik membaca entri blog dimuatkan di portal Free Malaysia Today, dinukilkan oleh Ahli Parlimen DAP, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Pengendali blog itu mencetuskan soalan sinis, 'di manakah kapal selam kita?'

Dia mendesak kerajaan Malaysia menggunakan kapal selam dimiliki.

Ariff, blogger dan juga AHLI POLITIK. Barangkali tulisannya tersirat kepentingan tersendiri. Manakala saya, blogger, bukan politikus.

Sejak operasi mencari MH370 bermula, sebilangan rakyat Malaysia lain juga menimbulkan persoalan sama. Mengapakah kapal selam milik negara, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak tidak digunakan tatkala usaha mencari  MH370 dilaksanakan?


[ Kapal selam Tunku Abdul Rahman ]

Berikut antara kenyataan dicatatkan oleh Ariff.



Lalu saya melakukan sedikit penyelidikan berasaskan fakta untuk menghuraikan kenyataan itu. 

British HMS Tireless dan kapal selam Amerika Syarikat, AS, USS Seawolf, mampu menyelam di antara 60 dan 100 meter LEBIH dalam berbanding keupayaan kapal selam Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Kedua kapal milik negara juga tidak dilengkapi sistem sonar canggih untuk mendengar di bawah air, mengesan MH370 sekiranya tersadai di dasar lautan dalam.

Rujuk di sini untuk memperoleh maklumat berhubung kapal selam Tunku Abdul Rahman.


[ USS Seawolf ]

British HMS Tireless serta USS Seawolf menyelam menggunakan sumber tenaga dibekalkan oleh reaktor nuklear. Maksudnya, kapal selam itu tidak perlu ditimbulkan untuk mengisi minyak. 

Sila rujuk di sini dan di sini.

Tentunya, keupayaan itu LEBIH melicinkan lagi operasi mencari di lautan dalam. 

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Rizal Arshad, kedalaman lautan itu, di antara 4,000 dan 7,000 meter.

Manakala 2 kapal selam Scorpene, aset Malaysia harus mengisi minyak sekali, pada setiap jarak 140 batu selaman. 

Melalui pembacaan, saya mendapati, British HMS Tireless mula beroperasi sejak 30 tahun lalu, USS Seawolf, 19 tahun. Mereka mewarisi pelbagai jenis KEPAKARAN berlandaskan pengalaman di banyak lautan termasuk ditugaskan di kutub selatan.

Kapal selam Malaysia ditauliahkan hanya kira-kira 7 tahun lalu.

Tentunya pengalaman diraih oleh anak kapal selam AS dan UK itu tidak mampu disangkal mahupun ditandingi. Mereka telah menempuh pelbagai cabaran getir di sepanjang operasi kapal selam terbabit.


Usaha gigih kerajaan Malaysia mencari MH370 tanpa berputus asa, terbukti dan kini diperakui oleh dunia. Jika kapal selam Malaysia tidak mempunyai kekangan dan kru memiliki kepakaran mencari pesawat di laut dalam, sudah pasti kerajaan berlapang dada membenarkan penggunaan aset itu. 

Tambahan pula diketahui, 38 daripada 227 penumpang MH370, rakyat Malaysia. 

Rakyat negara KITA. 

Hemat saya, mengetahui fakta kekangan terbabit, Malaysia mendepani risiko jika 2 kapal selam milik negara dihantar menyertai operasi mencari di selatan Lautan Hindi. Adakah kita sanggup memperjudikan nyawa 64 anak kapal selam, hanya kerana desakan tidak berasas dicetuskan oleh sesetengah pihak?

Kelak, sudah jatuh ditimpa tangga. Cukuplah kita menangis sekali, sedangkan airmata ini masih belum kering lagi.

20 ulasan:

  1. Ariff Sabri ni orang yang paling cerdik di Malaysia. Tiada siapa lagi di kalangan Melyu boleh tandinginya. Tetapi cerdik2 dia pun dia buat bodoh semata2 nak kaut keuntungan politik. Bodoh punya bahlol.

    BalasPadam
  2. bila dah benci fakta pun tak mau dikaji. itulah penyakit org politik ni

    BalasPadam
  3. Sedihnya sebab masih ramai org kita tak tahu fakta. Mungkin malas membaca

    BalasPadam
  4. Nk jd cerdik jd rakyat..nk jd bodo piang jd ahli politik pr....

    BalasPadam
  5. byk org zaman skrg hnya suka terima crita dari fb/blog tanpa semak/kaji fakta yg btul.. tu yg byk AHLI POLITIK amik kesempatan atas 'kepandaian' org2 zaman ini.. mereka AHLI POLITIK ini tahu fakta yg btul/benar tapi sengaja memutarkan belit demi kepentingan sendiri.

    BalasPadam
  6. Cakap yang tidak berlandaskan fakta dan kajian.Orang politik nie tak semuanya pandai...ada juga dikalangan mereka yang bodoh dan buat-buat pandai,dia nie termasuk la dikalangan mereka yang bodoh.Tidak semua kapalselam,kapal perang,jet pejuang atau apa-apa senjata perang yang dicipta sama kebolehan dan fungsinya.Aku nie keja security saja pelajaran tak seberapa, tapi tidak la bodoh sangat macam bebal sekor nie.

    BalasPadam
  7. haii rasanya dah cukup mahal dah kapal selam kita. takkan kapal britain yg dah 25 tahun lebih canggih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. en hafizhuddin,secanggih manapun kalau kapalselam itu pakai minyak diesel mana boleh lawan kapalselam yang berkuasa nuklear walaupun telah berusia perpuluh puluh tahun.Lagipun kita tak tahu apa teknologi yang ada dalam HMS Tireless tu.Dari segi pengalaman krew ......takyah citer la,en.mazidur dah jelaskan diatas.Ko tengok bentuk fizikal HMS Tireless tu pun mengerunkan berbanding bentuk KD Tunku Abdul Rahman macam comel je.

      Padam
    2. kosnya 2 billion ringgit. 2ribu juta tau. M'sia tak pandai beli ke, @ perancis pandai jual?

      Padam
  8. Perkara desakan itu kalau dilihat artikel-artikel dari pembangkang lebih kepada asakan pembelian aset tersebut dan rakan-rakan military ada info perkara berkenaan -

    BalasPadam
  9. Tak tahu nak komen apa apa, saya tak pandai, dengarlah kata mereka yang lebih arif.

    BalasPadam
  10. sebelum ni cakap kapal selam malaysia xde search and rescue (SAR) mode, tapi disuruhnya nelayan mencari sekitar Laut China Selatan,xtau la plak bot nelayan ade SAR mode?sekarang timbul isu pasal spesifikasi teknologi kapal selam tidak menepati piawai untuk mencari flight mh370 yg hilang..persoalannya,waktu beli kapal selam scorpene dulu,siap cakap high spec submarine, sangat berbaloi la kononnya..ke our government bought a submarine yg underated dengan harga overprice..who know?publish please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buka mata dan minda. Nelayan diminta memberi info sekiranya dlm kawasan tangkapan mereka terjumpa serpihan atau barang yg disyakki ada kaitan dgn kapalterbang yg dicari. Mmg betul kita punya sub high spek, high spek utk tenggelamkan kapal aka segala sistem yg ada utk offensive and defensive terhadap armada musuh. sub kita kecik je bang panjang pun 60m jer.kalau pakej sekali dgn sistem SAR lg melolong la puak2 yg buta hati nak hentam org tanpa usul periksa, apapun do it homework kalau nak komen

      Padam
    2. Bila puak yg xtau teknikal bersuara,sori bang,bukan mendabik dada atau mengangkat diri,im an engineer and i know about technical issue and spec..perhaps next time dun give rubbish comment to back up your statement..im speak as people of malaysia,not as oppose either government side,tq

      Padam
    3. Teknikal ape yg ko tau? Ce..crita sikit? Ooo.. engineer! Engineer ape bang?.. kongsi sikit kt kitaorg.. nk tau juga ulasan pakar ni..

      Padam
  11. fakta yg sangat berguna tp sebagai rakyat Malaysia kita juga akan bertanya knp kapal selam.kita tak digunakan..dah beli tp tak boleh guna..baru 7thn tp tak mampu utk ke lautan hindi..menunjukkan yg kita masih tidak canggih lg..kapal yg 25 thn lebih canggih..jd..kalu le ada peperangan..mampukah kita menggunakannya...alan2 membeli..biar berbaloi..itu yg difikirkan oleh pembangkang kut..membeli bkn.seringgit dua tp mahal tu...alang2 membeli biar berbaloi..masa mcm ni lah ng2 yg ingin mengambil kesempatan.melihat kelemahan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikbi, laut cina selatan sekitar perairan Malaysia agak cetek (tambah lagi pentas Sunda antara Sabah Sarawak dan peninsular), jadi tak perlulah capability untuk dive sedalam tu. Lagipun kita takde kepentingan nak pi jauh-jauh sampai ke ceruk Hindi nun...kalau dibeli yg mahal2 nanti disoal dlm parlimen pulak "Kenapa beli yang tak perlu?"

      Padam
    2. Pembelian 2 kapal selam scorpane bernilai hampir RM4.7 bilion. Sedangkan dari page official DCNS company (boleh google sndri scorpane), harga 1 unit adalah USD450 million, iaitu kira2 RM1.5b. So RM3billion.takkan la urus niaga n khidmat jual beli smpai RM1.7b? Dgn hrga tersebut kita mampu beli nuclear powered submarine. Knp nk bli diesel-electric submarine?

      Padam
  12. hairan dengan sikap segelintir rakyat MALAYSIA amnya orang MELAYU,macam2 komplain,itu ini...adakah mereka ini tak membaca atau buat2 BODOH??dalam laporan akhbar sebelum ini pun dah nyatakan bahawasanya KD TAR tiada keupayaan untuk menyelam dengan kedalaman 7,000 kaki dan ianya dicipta untuk menyerang bukanya untuk tugasan SAR...satu persoalan kenapa PUAK PR boleh pula minta kerajaan khususnya TLDM untuk menghantar kapal selam kelautan hindi untuk tugasan SAR sedangkan MEREKA INILAH YANG MENGATAKAN BAHAWA KAPAL SELAM MALAYSIA (SCOPENE) TIDAK BOLEH MENYELAM tapi mengapa menyuruh kesana pula??adakah mereka ini jenis LIDAH BERCABANG??? atau BEBAL??? pikir dulu sebelum bercakap bahawa kapal selam malaysia tak boleh menyelam...dah jadi kes macam ini (MH370) baru sanggup nak menelan FAKTA BAHAWASANYA KAPAL SELAM MALAYSIA BOLEH MENYELAM!!! nampak sangat selama ini mereka ini tergolong manusia OTAK LEMBU!!! kepada TLDM & TUDM teruskan usaha dan misi anda untuk mencari MH370 SEDIA BERKORBAN!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.