Rabu, April 30, 2014

OPERASI NIGER I


Kira-kira jam 12 malam tadi, saya membuat liputan operasi bersepadu bersama Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor. Turut membantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara, JPN dan 13 kakitangan Jabatan Imigresen Putrajaya.

Lokasi sasaran, penempatan 'panas' di Flora Damansara.

Dua hari lalu, saya ke lokasi sama. Difahamkan, sejak kebelakangan ini, sebilangan lelaki warga Afrika dipercayai menjadi dalang, melacurkan wanita Filipina.

"Bukan hanya wanita Filipina, gadis Melayu berusia 19 tahun turut dilacurkan. Ada satu unit rumah di tingkat 20, ditampal pelekat polis. Kerap kali saya melihat lelaki Nigeria memasuki rumah itu bersama wanita Filipina," dakwa sumber saya.

Seperti dijangka, warga Afrika terutama dari Nigeria, bertindak bak Belanda mendapat tanah. Mereka semakin berani, menyeringaikan taring, membina koloni di penempatan itu. 

"Lelaki Nigeria amat menakutkan. Satu hari, saya menaiki lif dan menekan butang untuk ke tingkat 19. Dia masuk ke dalam lif sama dan menekan butang ke tingkat 20. Sebaik sampai ke tingkat 19,  saya bergegas menuju rumah. Tanpa berlengah, saya pantas mengunci pintu. Sebelum masuk, saya menyedari lelaki Nigeria itu sedang menuruni tangga dari tingkat atas dan menuju ke arah unit rumah saya. Dia kemudian mengetuk pintu, merayu untuk dibenarkan masuk. Ketika itu tubuh saya menggigil ketakutan, bimbang jika perkara buruk berlaku. Setelah berulangkali mengetuk pintu, dia kemudian beredar," ujar penduduk, 'LIza', 25 tahun.

Kisah ditempuh oleh Liza bukan unik, acapkali dilaporkan berlaku sebelum itu.

Jam 12.10 malan tadi, saya dimaklumkan oleh kakitangan JPN, berkumpul di lobi blok, anggota polis telah naik untuk melakukan pemeriksaan dari unit ke unit di apartmen 26 tingkat itu.

Saya ditemankan oleh sahabat baik, naik ke tingkat 20.


Akhirnya, kami menemui rumah dimaksudkan oleh sumber, pintu unit ditampal pelekat Pasukan Polis Diraja Malaysia.


Tatkala itu Inspektor S. Kali bersama 10 anggota sedang melakukan pemeriksaan di unit lain. 


Mereka tidak bersalah selagi tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah. 


Majoriti lelaki Nigeria diperiksa mendakwa pelajar kolej swasta. Sebilangan daripada memiliki paspot, sebilangan lagi tidak.


"Tengok, pintu rumah ini diselak dua kunci, dari luar bermangga," ujar Kali.

Saya memerhatikan wajah pegawai polis itu, serius tetapi mesra media. Hemat saya, itulah antara kualiti sepatutnya dimiliki oleh setiap pegawai polis di Malaysia.


Semua lelaki warga asing, kebanyakan bertubuh tegap itu kemudian dibawa keluar dari unit terbabit dan dokumen mereka kemudian diperiksa secara lebih teliti oleh penguatkuasa Jabatan Imigresen.


Dua lagi unit diperiksa oleh pasukan sama selepas itu. Di satu daripada unit terbabit, pihak berkuasa, menemui beg pakaian di bawah di dalam bilik.

Pada awalnya, tiada antara lelaki Nigeria di unit itu mengaku pemilik beg. 


Apakah kandungannya? Ikuti kisah seterusnya di siri kedua laporan ini.

4 ulasan:

  1. Salam bro.... banyak level juga didiamin dek negro ni....
    Macam level 11-13 dah jadi macam sarang pelacur plak....

    BalasPadam
  2. Tuan Mazidul, mohon tuan bersama pasukan pihak berkuasa serbu ke unit blok D aras 8 rumah no 20.. banyak aktiviti yang mencurigakan oleh warga nigeria dikesan, TQ

    BalasPadam
  3. Block D level 16..sederet penuh dgn dia saja..aktiviti mmg mencurigakan..pempuan filipina pun kerap keluar masuk..mohon siasat kalau ada rush lagi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.