Rabu, April 09, 2014

RAFIZI RAMLI : AKUI PERTELINGKAHAN DI ANTARA KHALID DAN AZMIN


Pertelingkahan personaliti di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali diakui berlaku oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, PKR, Rafizi Ramli.

Sedang Anwar sibuk memburukkan negara dari dalam dan luar negara, dua orang kuat Ketua Pembangkang itu kini didedahkan tidak sebulu.

Bukan sekadar jangkaan lagi.


PKR hanya mentadbir Selangor, sebuah daripada negeri di Malaysia. Sikap gila kuasa muncul sebelum pemilihan parti Mei ini. 

Rafizi secara nyata mengakui, pertelingkahan personaliti itu tidak menghasilkan kebaikan kepada parti pembangkang itu. 

"Menang kalah, there is always a room for you," ujar Rafizi.

Jika hati sudah membara, sebilangan pasti terbakar diri. Itu kisah pemimpin lelaki PKR, pemimpin wanita juga tidak berpuas hati sesama mereka, klik di sini.

PKR, Parti 'Ketegangan' Rakyat?

Apapun cuba selesaikan masalah catuan air terlebih dahulu. Rakyat Selangor ingin mandi dan menyejukkan diri.


2 ulasan:

  1. Hari ini pula media online dan paper dah menyiarkan satu perkara baru yang bakal ditunaikan kepada rakyat Selangor iaitu menaikkan tariff air selepas pengabilalihan konsesi air Selangor secara paksa.

    Menururt janji semasa PRU13 dan PRK Kajang baru-baru ini, MB Selangor berjanji tidak akan menaikkan harga tariff air, dan semalam semasa Persidangan DUN Selangor, telah terbukti Kerajaan pimpinan PKR/PAS/DAP tidak dapat menunaikan janji mereka kepada rakyat dengan bakal menaikkan tariff air yg bakal membebankan penduduk yg masih dibawah paras pendapatan rendah..

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Mazidul,

    Saya musykil kenapa isu catuan air yg tuan mazidul cuba bangkitkan?
    Ini adalah rentetan dari musim kemarau lepas yg menyebabkan semua empangan air berada pada paras rendah (merah).
    Harap tuan mazidul tdk meng'api'kan lagi keadaan.

    Terima Kasih.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.