Jumaat, April 04, 2014

4 SUSPEK KES CULIK MASIH DISIASAT



Sejak awal kejadian, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, polis mempercayai terdapat pembabitan 'orang dalam' berhubung kes penculikan pelajar China, Gao Hua Yuan, 29 tahun dan pekerja pusat peranginan Singamata Reef Resort, warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 tahun, di Pulau Bum Bum di Semporna, Sabah.


7 lelaki, sebilangan bersenjata dan bertopeng, menculik mangsa kira-kira jam 10.30 malam, Rabu lalu. Mereka menaiki not laju.

Petang semalam, polis menahan 4 pekerja pusat peranginan itu, 3 lelaki, 1 wanita, berusia di antara 20 dan 40 tahun untuk membantu siasatan.

Datuk Hamza, dihubungi pada jam 3.15 petang tadi berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan.

Bloomberg Business Week melaporkan, polis maritim dan pasukan anti-penculikan Filipina membantu pihak berkuasa Malaysia menangani kes terbabit. Tentera Filipina juga dilaporkan sedang mengawasi perairan di selatan negara itu.


Berikuan kejadian itu, sebilangan pihak menuding jari kepada pihak pengurusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM.

Ketua Komunikasi Korporat ESSCOM Newmond Tibin berkata ...

"Tugas kami mengkoordinasikan tindakan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa. Setiap daerah mempunyai Ketua Polis dan mereka menerima arahan dikeluarkan oleh Datuk Hamza," ujar Newmond.

1 ulasan:

  1. Yang mengkritik tu ada cadangan ke macam mana dapat dipastikan perairan Sabah tidak dapat dibolosi secara haram ? Kerajaan Amerika sendiri yang begitu maju dalam teknologi nya pun sampai kehari ini masih gagal menghalang pendatang haram terutamanya dari Mexico dari menyeberang masuk secara haram kenegara itu. Kalau tak ada idea yang bernas tapi kalau setakat nak mengkritik aje, lebih baik "keep SHUT UP your stinky mouth"

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.